Sunday, January 1, 2012

goodbye 2011 welcome 2012



assalamualaikum dan selamat tengah hari .



lagi beberapa jam saja tahun 2011 akan meninggalkan kita and say hye to 2012 . pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru . rasa sekejap je masa berlalu . rasa macam baru dua minit tiga puluh tujuh saat je aku meninggalkan zaman sekolah aku yang penuh suka duka , konflik dan kegilaan bersama rakan rakan . tiba tiba pulak rasa rindu dekat kawan kawan sekolah , sobsob . malam ini awak awak semua pergi mana ? hurm , saya hanya duduk didepan tibi sambil menonton bunga apa yang tak berapa real je kot . itu pon kalau dapat tukar channel sebab remote control dirumah selalu dieksploitasi oleh kakak saya . sedih sedih .



banyak kenangan yang berlaku sepanjang tahun nie . ada best dan ada jugak yang tak best . kita cerita yang best best dulu laa ye ? yang bestnya tahun nie , aku baru dapat rasakan yang aku ada bestfriends yang cool . i called them BABES . dulu time kat sekolah aku kawan biasa biasa je dengan dorang . then after spm aku mula rapat dengan dorang . and alhamdulillah sampai sekarang kitaorang still contact even jarang jumpa . ingatkan bila semua dah futher study masing masing buat hal sendiri . tapi nasib baik semua tu tak jadi dan insyallah tak akan jadi . hope kita semua akan jadi BABES forever *tadah tangan sambil berdoa , amin . and aku pernah janji dengan dorang , kitaorang nak pergi picnic bila aku dah pro bab masak masak nie . time tu biar laa semua dapat berkumpul baru gempak bukan .


masa form 5 , babe amira yang snap kot . sebab tu dia tak ada dalam nie .



then , lepas tu aku dapat ramai kawan since masuk kolej . tak ada laa ramai sangat tapi bole laa . orang pertama  yang aku jumpa masa nak masuk rumah sewa ialah hajar . masa aku masuk rumah tu hajar and family dia je yang ada . yang lain tak sampai lagi then sembang punya sembang , aku tanya laa ambik kos apa . dia cakap culinary arts . haa , time tu aku dengan mama dah happy dah . ada pon housemate yang sama kos . sebab aku rasa aku tak pandai berdikari berbanding kakak dan adik aku tu . may be sebab aku sorang je belom pernah pisah dengan mama . nie laa first time aku hidup tanpa mama , before nie aku banyak bergantung dengan dia je . tapi sekarang dah boleh bedikari sikit sikit kot . kan mama kan ?



setakat nie hajar dengan babe amira je kot orang yang paling aku rapat kat kolej . hajar nie kira penting laa jugak untuk aku , kalau tak ada dia hancus aku . dia nie dah macam PA aku dah . amboi , PA laa sangat , kau hengat kau datin ? *tunjuk jari di muka sendiri . mana tak nya , segala assignment yang ada semua aku tanya dia . bukan tu je , yang remeh remeh pon dia yang selalu ingatkan aku . maklum laa , masalah hilang ingatan aku dah tak dapat dibendung lagi rasanya . masalah lupa aku nie makin menjadi jadi pulak . macam hari tu , aku baru lepas makan then nak basuh laa pinggan tu . orang basuh pinggan kat sink laa kan , nie aku pi masuk toilet . benda nie secara tak sengaja , sebab masa tu aku tak sedar . dah masuk dalam toilet tu baru aku sedar then pergi kat sink . sebab tu laa aku kata hajar nie penting .



then lepas pertandingan dikir barat hari tu , aku mula rapat dengan budak budak nie . kos berlainan tapi majoriti nya kos sama dengan aku dan sekarang kalau ada apa apa or pergi mana mana pon selalu dengan dorang nie . kira dorang nie dah sebati laa dengan perangai pelupa plus gila gila aku . semuanya best best , dorang jugak laa yang celebrate birthday aku time puasa hari tu . thanks yea friends . so kalau nak tau aku kat mana , cari laa mereka mereka ini . pasti terjumpa aku terselit di mana mana .


























geng dikir barat , kiteorang dapat nombor 2 dari 20 group oke .



benda yang best best ever ialah aku dapat encik domo oke . tu hadiah birthday aku , encik eym bagi . hadiah yang lain lain tu best jugak . tapi aku kan fanatik domo , so mesti laa hadiah encik domo nie yang aku paling sayang . dah laa besau , gemok pulak tu . selalu kena smackdown time aku tido . tapi dia tetap tabah dan kental . see , encok domo pon sayang aku . dah lama aku dok usha binatang berwarna coklat nie , tapi tak terbeli lagi . last last encik eym yang bagi . start tu aku belai belai dia tau , bangon pagi selalu cakap dengan dia . entah dia faham ke tak apa yang aku bebel . saya sayang awak tau encik domo .


encik domo yang gemok .



yang terakhir sekali , pada tahun nie jugak . mama aku berjaya menjadi businesswoman dengan titik peluh sendiri . bulan tujuh hari tu kalau tak silap , mak aku bukak kedai mini market dekat dengan rumah aku . macam tak percaya pulak mak aku sepower itu , padahal plannya macam plan plan ayam je *power ayat aku . taktau laa mak aku nie serius . tengok tengok bulan tujuh tu plan plan ayam mak ku nie jadi kenyataan . bila masa dia bukak kedai pon aku taktau , sebab time tu aku kat kolej , tak balik rumah . then nak dekat sebulan lepas tu kot baru aku tau . sampai hati tak bagi tau kan , sobsob *lap hingus . apa apa pon tahniah laa kat mak aku yang power nie *minum superpower barangkali .




oke , sekarang yang tak best pulak . sesi pembelajaran aku untuk memandu tertangguh sebab nak futher study hari tu and sampai sekarang tak sambung lagi . orang lain semua dah boleh drift aku je yang still terkial kial . tapi ikutkan hati memang macam dah tak ada mood . ditambah lagi dengan kena test jpj and kena hafal jalan , lagi laa buat aku malas . aku tak pasti laa aku ingat lagi tak nak drive . kesian mama saya , asyik dia je kena drive , yang lain semua tak ada lesen lagi . kakak aku pon tak ambik lesen lagi ye . adik aku nak ambik lesen tapi lesen motor je laa . kereta tak tau lagi bila . bersabar laa mamaku .



p/s : yang tak best sikit sikit sudah .





No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)