Wednesday, April 22, 2015

baling topi




Assalamualaikum



ada satu lagi berita baik nak share kat sini yang mana last week kite dah graduate , yeay !*baling topi .  sebagai student yang dah habis belajar memang ni la yang kiteorang tunggu tunggu sebab dia boleh dikira sebagai hari bersejarah yang menandakan kite officially graduated . yelah mana tak nya , dulu time belajar sanggup tak tido siapkan assignment . yang tak tido tu kes buat kerja last minute la . lepas tu masuk pertandingan itu ini untuk dapatkan markah supaya tak fail dan macam macam lagi la




so bila time konvo memang semua excited walaupun masa tu dah habis belajar lama dah . bila jumpa balik je masing masing dah kerja dan ada komitmen sendiri tapi still dapat bahagi masa untuk hari bersejarah ni . lagi lagi dapat jumpa kawan kawan masa belajar dulu . sekarang dah kerja mana ada masa nak lepak sangat macam dulu . kalau yang jauh tu memang tak jumpa dah la ceritanya . hari konvo ni la hari untuk semua berkumpul balik .



nak cerita persiapan nak pergi konvo tu agak kelam kabut sebenarnya . kite konvo waktu petang so pagi tu baru nak iron baju kurung , jubah dan siapkan barang barang yang kena bawak masa hari tu . sampai je sana terus hantar mama dengan kakak masuk dewan sebab graduan masuk lambat sikit . lepas hantar dorang kite pon sarung la jubah tu then terus beratur dengan kawan kawan . bila dah pakai jubah baru rasa tak selesa sebab asyik londeh . nasib baik la ada akak ni bawak pin datang kat sorang sorang untuk betulkan jubah . kemas la sikit lepas tu .



masa perarakan masuk dewan tu rasa dia lain macam wo , rasa puas hati sebab dapat buat parents kite bangga dengan kejayaan kite . rasa seronok sebab inilah hari yang kite tunggu tunggu . tapi masa beratur nak ambik scroll tu kemain berdebar wey . menggigil lutut taktau pasai apa, makin dekat nama kain lembut lutut ni .dok fikir mana nak berhenti , belah mana nak pegang scroll . masa dia panggil nama nasib baik semuanya okay . nasib tak ada yang tersadung .



lepas habis majlis tu mama pon bagi bunga , imran kasi kite belon gas banyak banyak . dua dua benda ni kite tak penah dapat lagi . kalau belon gas seketul dua tu penah la , tapi kalau selambak tu tak pernah lagi la . sadis kan . bila dapat tu seronok gila la . bawak bergambar ke hulu hilir . nak jadikan cerita , lepas majlis tu hujan lebat . masa tu nak pergi toilet so ikat la belon tu kat kerusi . kakak dengan mama yang jaga . lepas balik dari toilet tu kakak cakap . cuba teka apa yang hilang ? kite cakap la belon . ingatkan dia saja nak usik . rupanya belon dah terbang sebab angin kuat sangat . sedih sejenak wey . tapi nak sedapkan hati cakap jelah dah tak ada rezeki . sobsob *lap hingus







betapa seronoknya hari konvo sampaikan hari ni kite tak boleh nak lupa . hari hari tengok gambar dengan kawan kawan , rindunya rasa . automatik throw back zaman belajar , 3 tahun kite semua harungi pahit manis . ada yang bergaduh , salah faham , masam muka , berpuak  tapi alhamdulillah sampai sekarang kite still berkawan . betul la orang kata pengalaman mematangkan kite . kite belajar dari kesilapan yang lepas , perbaiki diri untuk jadi lebih baik .



untuk kawan kawan semua terima kasih  sebab sudi kawan dengan kite , terima baik buruk diri ni .  mintak halalkan apa yang terambik , termakan , terminum ke . mintak maaf salah silap yang mungkin tak sengaja atau apa apa yang dah menyusahkan korang . hopefully kite semua akan still berkawan sampai bila bila . Insyaallah .



tak grad la kalau tak baling topi kan 


pada chef chef dan lecturer yang pernah mengajar kiteorang , kalau ada chef chef yang baca blog ni kami nak mintak halalkan ilmu yang chef semua dah bagi . mintak maaf atas segala kesalahan yang pernah kiteorang lakukan . mintak maaf jugak sebab tak sempat jumpa masa konvo hari tu .




amik gambar puas puas dulu sebelum pulangkan jubah



p/s : thank you buat family yang sudi datang hari konvo kite . ni antara kenangan manis yang takkan kite lupakan .

Friday, April 3, 2015

I'm back , seriously .


Assalamualaikum semua .


kenal kite lagi ke idok ni ? ye tau lama sangat tak update blog . almost a year ada kot . lappy yang salu guna untuk update blog rosak and tak pergi repair pon . lama sangat tak bukak blog ni sampai lupa macam mana nak bukak . nasib la boleh , ingat email ngan password . kalau tak nangis la , sayang kot blog ni . tempat simpan kenangan . nanti dah tua boleh la bagi anak cucu baca kisah kite ni .



okay just nak share , last week iolls pergi bercuti cuti Malaysia dengan family . just a  short vacay actually . 2 hari 1 malam kat Port Dickson je pon sebab masing masing dah busy . kakak kerja , aku pon dah kerja . adik sambung belajar duduk asrama pulak tu . so memang dah jarang dapat kumpul sama sama . mama pulak nak release tension penat kerja katanya .



so mama booking dekat Paradise Lagoon Apartment sebelah je dengan Resort dia . lepas mama dah booking baru mama baca komen pasal tempat tu . ada yang kata servis teruk, tempat kotor, katil keras , berhantu dan macam macam lagi la .dah bayar punya pasal kiteorang pon redha jelah . kalau nak cakap berhantu , banyak je hotel yang berhantu kan . as long as kite jaga solat and behave Insyaallah tak ada apa apa .



Tibanya hari kejadian . ecehh suspen pulak bunyinya . kiteorang gerak pukul 10 pagi sebab check in pukul 3 , cari jalan guna maps dengan waze sebab tak tau jalan . so sempat la sesat sampai KL dulu pastu patah balik sambil semua moody stress then baru jumpa jalan yang benar . sampai sana dalam pukul 1 lebih terus pergi lobby tanya bilik dan terus dia bagi check in awal . Alhamdulillah tak payah tunggu lama lama.



Dah ambik kunci terus menuju ke destinasi . terkejut jemah sebab tempat dia memang nampak scary . berhadapan parking dah macam hutan rimba . banyak sangat pokok pokok yang berserabai tumbuh tak tentu pasal. siap ada tersangkut seluar pendek kot . tak lupa juga sampai sarap yang bersepah kat situ . okay takpe masa tu okay lagi . jalan nak pergi lif tu baca apa yang patut dulu sebab takot la apa apa jadi kan sebab kite ni masuk tempat orang .

 macam la view dekat pintu masuk . rasa macam duduk dalam gaung pon ada 



Sampai depan pintu try la bukak pintu . okay berjaya . tapi masalahnya dia tak bagi kunci grill , bagi kunci pintu semata . apakah ? kiteorang pon call orang yang berkenaan lepas tu dia datang naik tangga sambil berlari lari anak then tolong bukak grill tu . ehh tak boleh , salah kunci rupanya . matilah nak *tangan di dahi . dia pon patah balik ambik kunci , kesian pulak aku tengok dia sebab dah tua pastu ke hulur hilir naik tangga padahal ada lif tu . akhirnya dapat la masuk . macam biasa kalau masuk semua berebut nak cop bilik cop katil kan kan ? haha tipu la kalau tak pernah buat .



Dah simpan barang semua air cond bilik kakak pulak tak function . terpaksa la call lagi suruh tengok air cond tu . orang tu sampai terus tengok air cond pastu keluar balik nak ambik barang . dia datang balik kejap lagi . ada la dekat 2 jam tunggu tak datang pon . malas layan kiteorang terus keluar pergi cari makan plus shopping sikit . time shopping tu hujan pulak tapi kiteorang redah je asalkan dapat beli muehehe .



On the way balik bilik tu hujan dah renyai renyai . kteorang lepak bilik jap , pastu orang nak repair air cond tu datang repair . katanya rumah tu dah 2 minggu tak ada orang masuk . no wonder la macam macam masalah . dengan taik lipas bersepah sepah belakang pintu toilet hadoi sabar jelah nok . nasib baik view kat balkoni cantik , betul betul depan pantai .






lepas air cond dah function kiteorang pon lepak la depan tv , nak tengok astro la kononnya . sekali bukak ada tv2 dengan tv3 je . alahai lagi sedih . masa nak booking kata ada astro bagai , usha kat luar ada je piring astro nya tapi tak function jugak . nak tak nak layankan jelah channel apa yang ada . 



tengok tu , ada kan piring astro ? tapi...tapi....tapi sayang , kehadiran kekasih lamamu ~~




belanja pipi sekilo sikit


adik sape la ni . layankan jelah hahaha



so apa apa pon syukurlah kiteorang semua selamat , tak ada yang cedera ke kena ganggu ke . semua selamat pergi dan balik . so sampai sini dulu la ye , kering otak dah nak menulis . tulah  dah lama sangat tak update blog kan . thanks pada followers blog ni yang setia follow even dah lama tak update blog . kite bukan sengaja tak nak update cuma bila dah makin tua umur ni makin busy jadinya . so jumpa lagi dalam next entry Insyaallah :)


Monday, June 2, 2014

lama sangat menyepi ni . kenapa ?


Assalamualaikum .

Rasa dah dekat setahun tak update blog . dulu kemain banyak story nak update tapi bila nak bukak blog je takde internet la , lappy rosak la . banyak nau dugaannya .


And now kite tengah praktikal kat KL , sikit lagi nak habis . sekarang tengah menghitung hari nak habis praktikal lepas tu buat report , presentation then merdeka hihi . tahun ni dah boleh beruasa dan beraya dengan senang hati .


Tak payah nak fikir exam ke assignment ke . and plan kite untuk bulan puasa ni kite nak buat bisnes kuih raya . insyaallah , kalau kalau tak ada aral melintang .


Okay kali ni update pendek je , sambil2 tunggu kawan sebenarnya .okay bye uolls

Friday, September 13, 2013

dulu tak pandai sekarang dah pandai .


assalamualaikum .


hari tu kolej kite ada buat book of records anyam ketupat paling banyak,
semua orang terlibat dan kena anyam ketupat,
kite memang sejak azali tak pandai anyam ketupat,
dulu masa sekolah pernah belajar buat,
sekali dua try tak jadi jadi terus malas nak buat sebab susah.


so bila hari tu semua kena anyam ketupat memang ada niat nak belajar,
sebab macam memalukan kaum hawa kalau tak pandai anyam ketupat,
lagi lagi amik kos kulinari kalau tak pandai sila hantuk kepala kat dinding
supaya hilang ingatan lantas lupa pernah amik kos ni.


group kiteorang ada dalam 30 orang tapi sorang je yang pandai anyam ketupat,
nasib baik kau perempuan , kalau lelaki yang pandai tu kite pon rasa nak hantuk kepala,
so yang pandai ni la ke hulur ke hilir dok ajar kiteorang yang tak tahu ni.
kite buat empat kali tak jadi jadi jugak,
masa tu nak surrender dah tapi fikir sampai bila nak pandai kalau tak cuba,
then terus anyam sorang sorang sampai la jadi.


ceh bila dah jadi tu dengan bangganya pergi masuk pertandingan anyam ketupat beramai2,
dia bagi masa setengah jam then tengok group mana buat paling banyak,
dalam masa setengah jam tu kite kira kira rupa rupanya kite baru buat lima ketul je,
boleh la dari takde kan , mula mula memang la slow sikit.


bila dah pandai buat tu rasa macam ketagih pulak,
pantang jumpa daun tu mesti nak anyam,
yelah bila lagi nak belajar kalau tak sekarang,
tengah ada peluang baik kite ambik.


btw thank you dayana sebab ajar kite anyam ketupat sampai pandai,
lepas ni boleh kecoh dekat orang kampung yang kite dah pandai anyam ketupat, haha.



practice makes perfect :)


from left ila, finaz and me .


crazy classmate , haha


yeay , dah pandai anyam ketupat :)


Friday, August 30, 2013

cerita minggu lepas baru nak update .


assalamualaikum semua .

rasanya belum terlambat lagi nak wish korang selamat hari raya !
maaf kalau ada salah silap , harap diampunkan .
puasa sebulan maka raya pon haruslah sebulan kan .
so last week kite ada plan ngan schoolmate nak pi beraya rumah cikgu BM ,
plus cikgu sejarah masa form 2/ cikgu tarian masa form 4 .
rumah dua2 cikgu ni berjaya di gegorkan oleh kiteorang ,
cuma cikgu akaun je tak dapat nak jumpa sebab dia ada hal .
lepas habis sekolah sekali je pernah jumpa cikgu akaun ,
tu jelah last time jumpa ngan dia . takpe la takde rezeki kot nak jumpa .


masa sampai je rumah cikgu fauziah/cikgu tarian kiteorang nampak ada stroller baby ,
terus semua terfikir cikgu ada baby ke ?
sebab tak dengar cerita pon .
masuk je makan makan macam biasa then sorang kawan ni perasan ada buaian ,
pergi je tengok ada baby dalam tu ,
rupa rupanya cikgu ada baby baru , pandai cikgu main sorok sorok baby ehh ?
nasib baik kiteorang sempat peluk cium baby cikgu tu tau .

next , pergi rumah cikgu BM pulak .
tak sangka cikgu still ingat semua pasal kiteorang ,
kiteorang batch berapa semua dia ingat ,
ingatkan dah lupa , yelah student bukan sorang dua je kan .
kat rumah cikgu dapat makan benda baru ,
cikgu masak nasi impit goreng kalau tak silap nama dia .
before ni tak pernah dengar and tak pernah rasa langsung .
tapi bila makan hari tu memang sedap la .
raya tahun depan kalau nasi impit tak habis boleh cuba resepi cikgu .
biar menangis mama rasa nasi impit goreng yang sedap tu , hihi .


yang bestnya raya tahun ni dapat jumpa kawan kawan sekolah yang dah lama giler tak jumpa .
yelah bila dah masuk ipt ni semua busy , tempat pulak jauh jauh .
bila dah dapat jumpa memang jejak kasih la cerita dia .
tapi dalam jejak kasih tu bukan semua ada .
dalam kelas dulu punya la ramai lelaki tapi yang dapat jumpa raya tahun ni dua orang je .
yang lain taktau kemana , yang ada hal tu lain hari jelah kite jumpa . sampai ketemu ya kawan2



cikgu fauziah/cikgu sejarah/cikgu tarian still bagi kiteorang duit raya walaupun semua dah besar2.


cikgu BM merangkap guru kelas masa form 5 *amboi bercahaya guna 360 




semua dah besar sekarang . kite tengok sape kawin dulu , haha


ni gambar sebelum kejadian , beraya rumah nazirah (rambut pendek)




p/s : terima kasih sudi baca walaupun dah lama sangat tak update . iolls busy la uolls . 


Monday, June 10, 2013

selamat bertunang kawan menari :)



assalamualaikum readers .


ni cerita minggu lepas punya lepas , cerita dah basi sebenarnya . tapi nak share dengan korang jugak . hari tu kawan kite dia bertunang , so dia jemput la kawan kawan yang duduk dekat ni datang . masa datang kite ingat kiteorang je kawan dia yang datang . sebab yang lain tak confirm . tapi bila sampai je tengok ada schoolmate yang lain datang .


seronok la sebab jumpa kawan kawan sekolah yang dah lama gila tak jumpa . ada yang dah 6 tahun tak jumpa , bila dah jumpa tak ke kecoh jadinya . jumpa pulak dengan geng geng menari masa sekolah dulu , rasa macam nak menari lagu telur telur telur telur telur tu dadada *lagu tamil . rindu giler kot . sembang punya sembang macam kat mamak dah bising dia . kejap kejap gelak , padahal kat majlis tunang orang ni . tapi yang bertunangnya pon join sekaki memang tak boleh buat apa la kan .


majlis tunang dia ni meriah sangat , dah macam majlis akad nikah . siap ada khemah , makanan banyak sangat choice sampai tak tau nak makan apa . ni baru bertunang ye , kalau kahwin nanti lagi meletop majlis rasanya hikhok . tapi yang specialnya majlis tunang kawan kite yang membuatkan gua tabik spring toing toing ialah tetamu yang datang tu . ada dari kaum india dan juga afrika uolls , zamina mina eh eh waka waka eh eh *nyanyi . gila rare kot , ni tak panggil 1 malaysia dah . kite panggil 1 dunia .


nampak tak hubungan kejiranan dan persahabatan dorang ni akrab . yang orang afrika ni pon bagus jugak , bila datang siap salam tetamu yang ada kat situ . kira dia tau jugak hormat orang kite . lepas tu terus makan . dalam hati kite dok fikir pandai pulak dia makan makanan melayu ni . sah dah menetap lama kat malaysia yang aman makmur dan orangnya baik baik lagi manis seperti adik manissss *slank bangla .


dengan ini kite nak ucapkan tahniah kepada farahain yang telah selamat ditunangkan dengan syafiq yang mana merupakan jiran beliau jugak . rumah sebelah blok je kalau tak silap . dekat sangat jodoh . teringat pula tips kawan kite bila jumpa hari tu . dia kata kalau nak tau jodoh kite jauh ke dekat tengok pusat . kalau pusat terjojol tu maknanya jodoh kite jauh . haha kelakar gila tips dia weyh .





boleh teka tak mana satu yang bertunang tu ? tetttt lambat , haha . yang jubah merah tu la .


dia tunjuk cincin emas , iolls mampu tunjuk cincin silver je dulu :)



p/s : farahain , dah kawin jangan lupa jemput iolls . nak tengok kaum apa lagi yan datang hahaha . selamat bertunang dan semoga cepat menikah jugak :)


Sunday, June 9, 2013

Tak sangka dah terjebak .



Assalamualaikum.


Kite tak pernah terfikir nak menjebakkan diri dengan kancah fashion show , kerana sesungguhnya dahku memang tiada pakej pakej yang diperlu kan.Tetapi kite telah terjebak secara paksa rela untuk fashion show kolej . Jadi wakil untuk kumpulan kite untuk bertanding dengan kumpulan lain.


Tema yang diberi adalah arabic . Kite yang dapat tau last minute memang menggelupur la cari baju untuk tema tu . Kalau tau awal awal dah lama angkot segala jubah atau dress yang ada.Jalan pintas yang ada ialah pinjam je baju kawan yang sesaiz dengan kite . Mekap tak payah fikir sebab akan ada jurumekap tak berbayar yang sedia untuk mencorakkan muka iolls ni . Toceyh toceyh finaz :)


Sebelum fashion show start semua siap practice catwalk and pose . Iolls blur je duduk tepi , segan nak practice depan orang . Practice dalam otak je . Sampai juling juling mata kejap kiri kejap kanan fikir pose .
Bila sampai time kite nak jalan , serius nervous gila . Ketaq lutut , ketaq badan . Rasa macam semua benda nak terkeluar masa tu jugak . Sampai lecturer suruh relax , jangan nervous sangat .


Bila dia dah panggil nama tu , kite pon buat la apa yang patot . Jalan then pose sini pose sana . Ntah apa apa pose kite buat . Senyum pon rasa dah macam plastik sangat sebab dok fikir pose.Bila tengok balik kawan kite record rasa macam kite buat okay jugak *perasan model sejenak . Tapi tak ada rezeki masa tu , so kite tak menang.


Menang kalah tak kesah sangat sebab fikir tugas dah setel . Tapi yang bestnya dapat pengalaman baru . Seronok cuba benda benda yang diluar bidang kite ni , dapat banyak pengalaman . Tapi bukan yang negatif la.





dialah jurumekap kite , hikhik :)


wakil dari kumpulan kite .


masa ni tengah buat gwiyomi , haha lawak gila muka kite 



p/s : thanks kawan kawan yang datang support , really appreciate it :)