Monday, December 31, 2012

Apa kena mengena dengan seluar bro ?



assalamualaikum .


sejak praktikal ni memang busy betol , sampai nak hapdet blog pon tak sempat . bukan tak sempat hapdet blog je . nak clorox baju kitchen kite yang kena kuah jeruk tu pon tak sempat . hari hari pergi kerja dengan baju comot . i tension tau macam ni . tapi ? macam drama melayu mesti ada tapi ? kan . haa tapi kite dapat cuti dua hari ! *tepuk tangan . maka dalam masa dua hari ni kite pulun buat apa yang patot . clorox baju tapi still tak hilang -..-'


so kite dan kawan kawan dah decide nak pergi mandi manda kat tambun . masing masing nak release tension kerja kan . so gigih jugak pergi jalan sampai ke Ipoh . masa perjalanan nak ke sana ambik masa dua jam . tapi kalau kawan kite yang drive macam pelesit tu , sejam setengah pon dah sampai .


tengah excited dalam perjalanan nak pi tambun tu tiba tiba perut buat hal . rasa tak sedap perut then nak muntah pulak . kite yang dari awal potpet potpet terus senyap tahan muntah . perut masuk angin atau gastrik kot . takkan nak gastrik lagi , dah laa baru je baik hari tu . lepas tu imran kasi kunyah singgam elok sikit , terus sendawa macam hape . dah agak dah mesti masok angin .


sampai kat sana kite excited bebenor nak main buai pusing pusing tu . tapi budak budak ni sebok je nak mandi dulu . orang main laa kering dulu baru main basah basah kan . entah pape je dorang ni *emosi . kite pon ikot je la . dua lawan satu mana nak menang kan . orang dewasa kenalah mengalah hahaha .


kiteorang punya laa excited nak main gelongsor tu kan . sekali orang tu kata tak boleh masuk sebab seluar kiteorang tak sesuai katanya . kite pakai tracksuit , depa ni pakai seluar pendek . kira tak pakai tight tak boleh naik laa . ekeley , kenapa pulak . apakah hubungkait antara seluar dan gelongsor itu ? adakah ia menghalang laluan air sedangkan kite duduk diatas pelampung ? apahal weh *hantuk kepala .


then kiteorang pasrah je tak dapat main kan . tapi nasib baik tambun tu best . macam macam ada . tak ada laa gua berdendam sangat dengan abang gelongsor tu . kiteorang mandi kolam air panas . serius segar sangat , rasa macam nak tidur dalam kolam tu pon ada . then kiteorang masuk petting zoo dan dapat tengok macam macam binatang . yang tak penah tengok pon ada macam hedgehog . dia ni spesis landak tapi versi comel . dulu tengok kat google je . sekarang dah tengok depan mata , siap boleh pegang lagi tau .




lepas tu kiteorang masuk tempat burung burung . yang ni best sebab dia biarkan burung burung tu bebas . so dia berkeliaran la keliling kite . agak kelakar bila imran lari time burung merak tu mengamuk . burung tu lari sini sana . kecoh laa kejap bila semua orang lari . tapi kite pon lari jugak haha . gila kau tak lari kang dia patuk ke hape ke sia sia je balik cacat .






 see , excited sangat kannn .


gigih pakai peplum membajet kawaii .









p/s : entri penutup 2012 . thank you readers yang comel :)

Sunday, December 9, 2012

Matluthfi dan Anwar Hadi



Assalamualaikum


petang tadi masa kite tengah setting buffet ,
tiba tiba selisih dengan Anwar Hadi ,
then cepat cepat kite pergi kat kawan kite ,


kite : ehh tu Anwar Hadi kan ?
kawan : mana mana ?
kite : tu lah , tadi kite selisih dengan dia .
kawan : a'ah laa .


lepas tu kawan kite cakap ada matluthfi sekali ,
lagi laa meroyan kite nie , dah laa kite minat dia ,
cepat cepat kite cari kat mana dia duduk then usha dari jauh je ,
niat di hati nak tangkap gambar dengan dia , apa kan daya kite tengah bekerja ,
bak kata kawan kite ' bukan senang dorang nak balik Malaysia ' *baru tau Anwar duduk luar negara jugak .


banyak kali kite kuar masuk dapur ,
nak tengok dia plus nak jadi minah kepoh kejap ,
kalau boleh nak bagitau semua orang yang matluthfi ada kat luar wey ,
tolong laa teruja macam kite nie ,
tapi dorang semua tak teruja pon ,
sorang je kawan kite yang layan keterujaan kite nie , so sad .



p/s : matluthfi , datang concorde lagi please ?


Saturday, December 8, 2012

Maskara Arab D'herbs


assalamualaikum





sekarang dah kecoh sini sana , dalam surat khabar , majalah pasal mascara arab ,
mascara ni boleh memanjang , melebat dan melentikkan bulu mata ,
disebabkan bulu mata aku seperti hidup segan mati tak mahu ,
maka aku mengambil inisiatif untuk menggunakan mascara ,
nak test power laa konon , kot kot bulu mata aku lebat macam bulu mata unta ke kan .


aku dah try pakai dalam seminggu lebih dan aku rasa mascara ni memang berkesan ,
bulu mata aku bahagian bawah nampak panjang sikit ,
sebab sebelum nie memang pendek dan jarang ,
tapi tang melebatkan bulu mata tu aku tak nampak lagi ,
mungkin dah lama pakai baru lebat kot ,
so far memang puas hati sebab kesan dia cepat .


yang lagi best bila guna mascara ni bulu mata nampak lebat ,
then senang cuci , just guna air dah boleh hilang ,
lepas tu dapat bulu mata palsu free lagi kat dalam dia ,
harga pon tak ada laa mahal sangat , rm26.90 je
kira mampu laa student macam aku ni nak melaram .



p/s : nak order ngan kite pon boleh . pm je kat fb okay .



Friday, November 16, 2012

sunsilk nourishing soft & smooth


assalamualaikum dan salam maal hijrah .


tengok iklan syampu sunsilk yang baru tu memang menarik hati betol ,
terutama untuk yang berambut kering ,
rasa macam perli habis ,
lantas aku berlari lari anak ke giant sebelah rumah lalu mencapainya ,
puas hati dapat jugak beli akhirnya ,
tapi dia tak ada jual 1 set , kena beli satu2 .


so apa yang aku dapat beli ialah syampu , conditioner dan nourishing spray ,
first time guna rasanya sangat best ,
perasaan berbunga terasa ingin melonjak keriangan ,
mana taknya , rambut jadi lembut , licin dan lembap ,
tiada lagi kekeringan *goyang jari telunjuk
spray dia tu kena guna hari hari baru lembut ,
syampu dengan conditioner tu aku guna 2 hari sekali je .





harga semuanya lebih kurang rm32 ,
nourishing spray tu nampak je kecik ,
tapi harga dia paling mahal antara yang besar besar tu ,
inilah yang dinamakan kecik kecik cili padi .



p/s : you should try this kalau nak rasa melonjak keriangan seperti ku .


Saturday, November 3, 2012

3 serangkai kecik vs besar



assalamualaikum



dulu ada readers yang pernah request entri pasal family , sekarang baru ada idea nak buat .  tapi nie bukan pasal family tapi pasal 3 serangkai iaitu adik beradik aku yang ohsem .




aku anak kedua daripada tiga adik beradik . atas aku kakak yang beza umur 4 tahun dan bawah aku adik lelaki yang beza umur 2 tahun . dari kecik sampai umur 3 tahun aku duduk dengan nenek aku dekat kampung . so aku memang jarang jumpa parents dan kakak aku masa tu sebab diorang stay dekat KL . sebab tu lah aku rapat dengan nenek aku sampai sekarang . tak heran jugak kalau balik kampung memang port aku tido sebelah nenek aku . tapi lepas 3 tahun mama bawak aku tinggal dengan diorang sekali .


disitu bermulalah bibit bibit perkenalan dengan kakak aku . menurut cerita mama , masa kecik aku memang tak ngam dengan kakak aku . ada je yang nak digaduhkan . sebab masa aku tinggal dengan nenek aku , kakak aku ditatang bagai minyak yang penuh , ewahh . yelah masa tu dia sorang je besar dan adik aku kecik lagi . bila aku datang , mama dengan abah kena bahagikan kasih sayang diorang sama rata . mungkin sebab tu laa kitaorang tak boleh ngam . *kakak jeles sebenarnya . tapi lama kelamaan kami mula bersatu padu kerana air dicincang takkan putus .


bila adik aku dah besar sikit , aku jaga dia dengan kasih sayang seorang kakak . kasih sayang sangat kan ? dulu aku rasa kiteorang adalah adik beradik paling sweet dekat apartment kiteorang duduk tu . kalau keluar je dari rumah aku mesti pegang tangan adik aku , walaupun nak pergi rumah jiran . aku ingat lagi bila seorang  makcik tu tegur kiteorang . dia cakap ' amboi , siap pegang tangan lagi '. ehh , haruslah makcik oii , saya sayang adik saya . * bermonolog sendiri .


aku punya tahap sayang kat dia tu , sampai aku tak boleh tengok orang buli dia . masa kecik adik aku nie lembik sikit , asyik nak nangis je . *masuk tadika pon nak nangis , tak paham aku . pasrah je bila orang buat jahat kat dia . so dia asyik mengadu je lah kalau ada apa apa yang tak kena . aku pon kalau dengar cerita yang tak sedap nie mula laa baran . aku pernah marah kawan dia sebab buli adik aku . masa tu dia darjah 3. masa dia darjah 5 pulak , ada jugak kawan kawan dia buli . aku cakap nak jumpa budak tu , tapi adik aku tak bagi . mungkin dia segan sebab dia lelaki tapi aku yang perempuan nie pulak nak defend dia . 


aku pulak masa tu dari segi fizikal memang laa perempuan , tapi dalam hati gua rock bhai . aku kasar sikit dulu , sekarang pon kasar jugak kot . tu sebab berjangkit dengan adik aku laa tu . dah terlampau rapat punya pasal , aku banyak luangkan masa dengan dia . bila dia tengok wrestling aku join sekaki . hasil daripada tengok wrestling tu laa aku start minat john cena , randy orton dan sebgainya . sampai satu tahap aku pernah main wrestling dengan dia . *masa muda muda dulu . masa tu aku kuat , dia asyik kalah je . lembik punya budak hahaha .


sejak dua menjak nie aku baru perasan yang aku still memanjakan adik aku , walaupun dia dah besar panjang . aku nie sebenarnya cepat kesian kat orang , kalau dia mintak tolong tu jarang laa aku tak tolong kan . sebagai contoh , hari tu dia on the way balik rumah , then dia mesej aku dengan ayat ayat yang sangat menyentuh hati macam nie . ' kau masak tak kat rumah ? aku lapar laa '. aku pon masak cepat cepat dengan harapan supaya balik balik je dia terus boleh melantak . dan kalau dia suruh aku hidangkan dia makanan masa dia nak bukak puasa , aku akan hidangkan jugak . bila aku puasa nan hado pulak dia nak layan aku macam tu ? kesimpulannya , aku tak boleh tengok adik aku berduka lara . lapar pon kira berduka lara jugak tu .


tapi bila dah besar nie , aku lebih rapat dengan kakak aku . mungkin sebab kiteorang nie gegirl , so selalu laa share minat pasal gegirl nie . selalu share rahsia pasal boyfriend , kadang kadang share baju dengan tudung . pergi shopping sama sama . beli baju dengan jam yang sama . takkan aku nak shopping baju dengan  adik aku pulak kan ? aneh pulak rasanya . lagi satu , aku perasan yang semakin besar adik aku , semakin serius pulak dia . susah laa nak bermanja manja macam dulu . dia dah semakin matang barangkali . matang laa kot , dah pandai ber-makwe-an sekarang nie .






p/s : terima kasih kerana singgah di belog ini :)

Thursday, October 25, 2012

sawadikap thailand


assalamualaikum uolls .


lamanya tak hapdet belog , rindu kite tak ? *sila angguk laju laju . cuti cuti nie busy sikit , al maklumlah sekarang dah jadi surirumah berjaya . makanya serba serbi kerja rumah perlu diutamakan dulu then barulah boleh jenguk belog . nampak macam rajin tak bila tulis macam nie , huahuahua . 























kasi tunjuk gambar aku berfoya foya kat phuket dulu .


kiteorang bertolak dari kolej malam , dalam pukul 11 macam tu . kiteorang naik bas je sebab save bajet . malam tu tersangat laa sejuk sampai keras kaki tangan semua . rugi tak dengar cakap mama suruh bawak stokin , last last aku yang sengsara . jari jemari pon keras sampai nak text mesej pon tak rasa jari . lepas tu pusing sini sana tak boleh tidur sebab sejuk sangat . bila dah pagi baru boleh tidur , tu pon asal aku dapat lena kejap bas berhenti pulak .


gerak pukul 11 malam , pukul 7.30 malam esoknya baru sampai hotel . satu hari dalam bas , sakitnya rasa lutut den nie . tapi lambat sebab banyak berhenti untuk makan , solat dan sebagainyalah . bila sampai hotel kat phuket tu rasa bersyukur sangat sebab dapat lending atas katil setelah seharian bengkang bengkok tulang dalam bas , rasa nak mengamuk pon ada sebenarnya haha .




aloha villa , yess inilah hotel yang kiteorang duduk untuk 3 hari 2 malam .





























susah jugak nak cari makanan halal dekat sana , tapi abang tour guide handsome tu ada laa bagitau kedai 
kedai yang menjual makanan halal . so selama lebih kurang 3 hari kat sana kiteorang memang makan dekat kedai yang sama je . lepas makan kiteorang jalan jalan then lepak kat pantai dan terus balik bilik berehat . kiteorang bawak macam macam bekalan hidup dari malaysia untuk santapan tengah malam tatkala sedang menonton tivi sambil makan atas katil .



























alahai comel je cik teh ais , siap ada bunga lagi tau .

 seafood yang fresh dan besar giler .


me and hajar :)


hari kedua kiteorang dibawa berjalan jalan sekitar pantai rawai , ada dua tiga tempat jugak kiteorang pergi . permandangan dia sangat cantik dan berangin . walaupun cuaca agak panas tapi serius memang enjoy dengan kawan kawan semua . barang barang dekat phuket  memang cantik sangat sangat , banyak yang berkenan sebenarnya . tapi satu hape pon tak beli , tak tau laa masa tu dapat pulak menahan nafsu shopping nie sebab kiteorang diberitahu barang dekat hatyai lagi murah dan barangnya lebih kurang sama dengan apa yang dijual dekat phuket . so kiteorang menanti dengan penuh harapan supaya dapat shopping secara bermaharajalela di hatyai nanti .





 ekin , me and hajar








hari ketiga check out hotel aloha villa kemudian kiteorang dibawa ke Phang Nga untuk melawat pulau James Bond pulak . best sebab dapat naik bot , tapi yang tak bestnya bila air laut tu tepercik kena muka . kalau sikit takpe , nie macam nak lenjun sebab kiteorang duduk kat bahagian tengah . memang nasib kiteorang laa mandi air laut kan . sampai je terus dapat makan then baru teruskan perjalanan dan memberi sumbangan untuk membina masjid di Pulau Pan Yee . kat pulau ni ada 2 tempat je atas darat iaitu masjid dan kubur . yang lain semua air termasuklah rumah . kalau melepas dia buang kat mana ye ?



kami wira wirawati negara .


 pelik aku tengok dorang nie , kiteorang datang tapi dorang still fokus belajar . takde pandang luar kelas pon . aku rasa kalau kat sekolah aku dulu , mak bapak datang pon semua sibuk usha luar kelas . cikgu kat depan dipinggirkan . tapi budak budak nie tak heran pon orang luar datang , tabik spring toing toing laa .

tiba tiba rasa macam nak pura pura mesra huhuahahuhehe *gelak bersepah .


comel habis monyet nie , tak sempat nak dukung . tuan dia cepat cepat bawak lari . kedekut wekk :P



dah selesai bagi derma semua , kiteorang bertolak ke hatyai pulak . tengah dalam perjalanan aku rasa tak sedap perut terus termuntah dalam bas . dua kali pulak tu , tapi lucky tak ramai yang tau . kalau tak malu i tau . thanks hajar sebab jaga aku dan tolong gosok belakang aku time tu . nasib baik sempat capai plastik kalau tak habis aku . perut aku masuk angin , may be sebab tak biasa dengan makanan kat sana kot . terus jadi lemah takde mood nak bercuti cuti malaysia . 


sampai Hatyai kiteorang check in dekat Grand Plaza Hotel . malam tu tak makan pon sebab takut muntah lagi , badan pon dah panas . lepas teman dorang makan terus balik then tido , sebab memang tak larat sangat dah . tapi pagi esoknya dah okay sikit , perut tak buat hal . kalau tak spoil mood je nak shopping . kiteorang shopping last minute sebab pagi tu masing masing bangun lambat sebab penat . lepas tu masa nak shopping tu terhad laa , so tak dapat shopping habis habisan . dah laa last minute , lepas tu frustated pulak tu . kat Hatyai banyak jual baju , seluar dengan beg je . frustated menonggeng sangat sebab tak shopping dekat Phuket , kat sana lagi banyak barang cantik cantik .


lepas shopping kelam kabut balik bilik mandi then terus check out nak balik Malaysia . rasa tak puas pulak duduk sana walaupun dah almost lima hari . kalau tengah seronok tu rasa kejap je masa berjalan . lagi lagi kalau dengan kawan kawan . apa apa pon syukur alhamdulillah selamat pergi dan balik .




Thursday, September 27, 2012

resepi beef lasagna


assalamualaikum dan selamat malam .


straight to the point , hari nie aku nak share resepi lasagna yang sedap dan lemak berkrim yang aku buat baru baru nie . memang sedap tapi terasa menyesal makan banyak sangat sebab lemak dalam badan sudah mula membiak dengan jayanya . nak menyesal pon tak guna , nasi dah jadi bubur mac donald yang digemari ramai . nak taknak terima je laa .






























bahan-bahan :

lasagna
1 labu bawang besar
5-6 ulas bawang putih
daging kisar
tomato puree ( aku pakai prego je )
garam
lada sulah


bahan bechamel sos :
1/2 butter
3-4 sudu tepung gandum
600ml susu segar
1/2 cheddar cheese ( aku guna 6 keping chesdale )
garam


cara penyediaan :

  1.  rebus lasagna , letak minyak dan sedikit garam . letak tepi .
  2.  cincang bawang besar dan bawang putih kemudian tumis sampai naik bau .
  3.  masukkan 1/2 sos prego .
  4.  masukkan daging kisar . boleh tambah cendawan butang atau bahan lain . ( ikut selera masing2 )
  5.  perasakan dengan garam dan lada sulah . 
























bechamel sos :

  1. cairkan butter , guna api yang kecil .
  2. masukkan tepung gandum , kacau guna wire whisk supaya tak berketul .
  3. tuangkan susu segar , kacau lagi .
  4. masukkan chadder cheese , ( boleh guna parmesan cheese ).
  5. bila dah pekat , masukkan sedikit garam .
*sos akan lebih pekat bila sejuk .




sapukan butter pada loyang supaya tidak melekat . letakkan inti daging dulu sebab kalau letak lasagna kat bawah nanti susah nak potong sebab melekat . lepas letak daging , letak bechamel sos , lepas tu lasagna . ulang benda yang sama sampai 3 kali . last sekali letak sos bechamel dan taburkan cheese . aku guna mozarella cheese . panaskan terlebih dahulu oven , kemudian bakar lasagna tadi dengan suhu 180 darjah selsius selama 30-40 minit .

























baru keluar dari oven . excited nak rasa sekali melecur lidah . amik kau .

























lasagna yang tak berapa nak stabil . kepingan lasagna dia tebal , sebab terletak banyak .


resepi nie untuk satu loyang . cukup untuk satu family makan . tapi aku salah strategi sebab buat masa adik aku tak ada dekat rumah . kalau dia ada confirm habis lasagna aku . nak dijadikan cerita , sebab banyak sangat lebih , aku siap bagi dekat jiran dan makcik aku . nasib baik dorang makan , kalau tak membazir je buat banyak . dah laa mahal beli bahan . rasanya semua bahan yang aku beli harga dia lebih kurang rm40 . bergantung kepada jenis cheese yang digunakan . maka hipotesisnya , semakin banyak jenis cheese yang digunakan , semakin mahal harga bahan bahan yang perlu dibayar .



p/s : kalau menjadi bagitau kite , kalau tak jadi cuba lagi . selamat mencuba !



Friday, September 21, 2012

meluncur sambil tengok free show


assalamualaikum


alhamdulillah , akhirnya exam dah pon habis . last paper pukul 9 pagi tadi , sampai je rumah terus tidur sebab tak cukup tidur study sampai pukul 3 pagi . terima kasih banyak banyak kepada mama kerana telah mendoakan anakmu ini , tanpa doamu mungkin anakmu tak akan berjaya . terima kasih jugak pada imran hamzah dan kawan kawan yang selalu bagi semangat suruh study rajin rajin , kalau tak selalu malas je nak study . ayat dah macam buat penghargaan laa pulak .


sampai je imran kat puchong dia cakap nak ajak pergi main ice skating . then aku tanya la , siapa je yang pergi . dia bawak adik adik dia , so rasa macam lega sikit laa ada dorang . kiteorang gerak tengah hari dan sampai pukul 3 , singgah maxis center kejap lepas tu terus pergi beli tiket . yang pergi 4 orang , tapi beli tiket untuk 3 orang je . alahai , masa tu dah rasa tak tentu arah . ingatkan fana main sekali rupanya tak . dah tinggal aku sorang je yang tak pandai main , kalau ada fana ada laa geng tak pandai main hehe . dalam dilemma nak ke tak nak main , macam terpaksa main je jawabnya . memang dah lama rasa nak cuba cuma tak berani nie . kali nie dah ada orang ajak cubalah jugak .


masa ukur saiz kaki tu macam batak sikit laa , sebab tak pernah jejak pon dalam tu . lepas dah dapat kasut tu agak excited sebenarnya . masa pakai kasut tiba tiba macam ada aura seronok tak terhingga je nak cuba main . sekali nak jalan tu alahai senget benget kaki , dah macam budak terencat pon ada . aku tengok orang lain normal je jalan , sampai kat aku lain macam pulak . bila jejak atas ice tu , takut sangat masa tu . takut jatuh , takut orang gelakkan pon ada . tapi yang paling takut , kalau jatuh lepas tu tak boleh bangon . sebab selalu aku tengok orang yang baru nak cuba macam aku nie , bila dia jatuh dah tak boleh bangon sendiri . ada yang sampai 2 orang kena angkat dia .


tapi alhamdulillah , aku tak jatuh sekali pon tau . sebab imran ada , kalau tak ada mau tergolek dog kot aku . masa start gerak tu jalan kat tepi tepi je , tapi bila dah lama lama tu dah pandai main kat tengah tengah . dah boleh jalan sendiri , tapi still tak boleh jalan sorang sorang laa . sampaikan bila imran tinggal aku nak pergi cari adik dia , aku keras macam patung cendana je kat tepi tu . ada orang nak lalu pon aku still tak bergerak . tunggu imran datang balik baru gerak sana sini , sadis .



irfan . baru darjah 6 tapi bercakap macam orang dewasa serta suka mengusik aku , haha .


adik imran pandai main , katanya dia belajar 10 minit je , lepas tu terus pandai . imran suruh dia bawak aku jalan jalan . elok dia datang pegang tangan , tak sampai 3 minit dia dah buat muka boring . haha tau laa aku slow sikit . lepas tu imran jelah yang bawak aku ke hulu ke hilir . kiteorang main dalam 2 jam macam tu kot . hasil dia kaki aku sakit sangat , sampai merah merah . sebab kasut tu berlaga dengan tulang kaki . may be sebab aku jalan tak betol lagi , still senget senget kan . sebab tu laa , tapi kesan dia sampai 2 , 3 hari jugak laa . nak jalan pon sakit lagi .


tengah jalan jalan , tiba tiba dengar orang nyanyi . The London Boys datang buat show , aku tak sure laa korang kenal ke tak . aku pon tak kenal dorang mula mula tu . sebab rupa rupanya dorang laa yang lalu belakang kiteorang masa kiteorang tengah syok makan hotdog sambil melepak . tapi kiteorang buat taktau je , bila dorang dah habis buat show barulah tergedik gedik nak tangkap gambar . rasa beruntung sangat sebab first time main ice skating lepas tu dapat tengok free show depan mata pulak . memang tuah ayam nampak dikaki , tuah manusia siapa yang tahu . *sempat google search make sure ayat aku nie betol .



nak glove warna pink purple tapi tak dapat :(





 handsome :)



the end .



p/s : terima kasih sudi baca wahai followers yang ohsem :)

Tuesday, September 4, 2012

pergi rumah sendiri pon kena pakai baju kurung ?


assalamualaikum .


haish , lapar bebenor perot nie ,
tak lunch lagi terus makan malam kejap lagi ,
jari jemari nie pon dah tak larat nak taip ,
sopannya aku nie , pendahuluan dah cerita pasal perut .


aku dengan housemate dah lama plan nak buat makan makan ,
saja nak semua berkumpul sekali sebab semua asyik busy je ,
so balik dari class kiteorang terus pergi beli barang ,
sampai rumah terus siap bahan untuk masak ,
bab nie semua boleh dianugerahkan pekerja cemerlang ,
sebab semua buat kerja dengan cepat dan pantas ,
tapi penat jugak sebenarnya ,
mana tak nya tak sempat rehat terus buat kerja ,
dan akhirnya semua menu yang dirancang siap dimasak dengan
jayanya oleh kami semua , yeah ! sep sikit .


dah siap semua pergi laa fresh kan badan masing masing ,
tiba tiba yang sorang nie dah siap pakai baju kurung ,
padahal kiteorang saja je bergurau suruh semua pakai baju kurung ,
sebab kiteorang buat jamuan raya sekali ,
tup tup dia buat betol betol pulak , haha ,
tak sampai hati punya pasal kiteorang pon join pakai baju kurung jugak ,
lepas tu gelak gelak , macam kelakar pulak kan ,
padahal rumah sendiri nie ,
tapi meriah jugak laa , rasa sikit mood raya tu .


opening jamuan main tangkap gambar dulu ,
entah berapa lama  tangkap gambar sampai pening pening kepala aku lapar ,
tengah makan boleh pulak rasa mengantok sampai nak tidur pon ada ,
penat agaknya bekerja dah macam robot tak ada rehat ,
penat tak penat makan boleh tahan banyaknya ,
sampai sesak nafas den dibuatnya ,
menu dia pulak sedap sedap , tu yang makan tak hengat dunia ,
apa apa pon thanks kepada yang memberi kerjasama ,
tahun depan boleh laa buat lagi , insyallah :)


spageti aglio-olio , nasi impit , kuah lodeh , begedil , sambal ikan bilis , oren dan choc moist cake :) 

bersama amira versi bertudung :) 


faten hisham dan anis zakiah .

mereka . 

housemate . 









p/s : terima kasih sudi baca <3



Sunday, September 2, 2012

pejam celik pejam celik dah setahun rupanya .


assalamualaikum


rasanya belum terlambat lagi nak ucap selamat hari merdeka yang ke 55 tahun .
macam frustated sikit sebab tahun nie semua perayaan macam tak rasa je .
hari raya hari tu pon sama , macam tak berapa best ,
kali nie merdeka pon macam tak rasa apa apa ,
tak celebrate langsung , rasa macam tak layak duduk malaysia pulak haha .
mungkin sebab busy dengan assignment sampai tak ingat tarikh .
birthday sendiri pon dah tak ingat .


haish , selalu je lari tajuk ,
bukan nak cerita pasal merdeka mahupun raya sebenarnya ,
entri hari nie nak cerita pasal annyversary yang pertama dengan
encik eym atau imron atau imran hamzah ,
banyak betol nama panggilan dia nie ,
well , aku nie kadang kadang suka suka je tukar nama orang ,
dari imran hamzah jadi imron aziz ,
dari hajar aku tukar hajur , kadang kadang hajarul aswad ,
yang adik aku pulak nama dia kamal , tapi aku suka panggil dia kamaleswary haha ,
mama selalu marah , tapi dia watlek wat peace je *bahasa apakah ini ?


anny kali nie tak celebrate pon , tak ada orang nak bawak jalan ,
dia just call then wish sahaja , okay laa dari tak ada kan .
*tolong laa rasa bersalah encik imran , haha
katanya bila balik nanti dia celebrate ?
kalau macam tu nanti saya nak hadiah anny ye encik imran ,
tu kira denda sebab awak tak balik celebrate ! *muka garang
untuk imran hamzah thank you bagi cincin masa propose dulu ,
and saya dah pakai selama setahun , tak bukak2 pon tau .
mandi pakai , makan pakai , siang ikan pakai , jemur kain pakai , haa apa lagi ?
hehe tahniah kieka *tepuk bahu sendiri .



 pandai pilih cincin ye :)























rompak lipstick pink mama punya .
























btw , len baru warna biru . tapi tak suka sangat sebab terang pulak warnanya .





p/s : nak cerita masa imrah hamzah propose tapi malu , kuikui *gelak mintak kaki .


Friday, August 17, 2012

resepi pejam mata Aidilfitri


assalamualaikum


tahun nie kuih raya buat sendiri ke beli ?
lepas bagi salam terus serang dengan soalan cepumas kan , haha .
okay , macam aku tahun nie tak banyak beli kuih raya sebab dapat banyak free ,
alhamdulillah rezeki ramadhan ,
tapi aku ada jugak buat kuih raya yang simple dan tak remeh nak buat ,
nak tau kuih apa ? haa aku buat cornflakes chocolate dengan biskut nestum je .


untuk cornflakes chocolate nie sangat laa senang ,
sebab tu tajuk entry nie resepi pejam mata ,
memang senang sangat nak buat ,
dalam masa sejam dah boleh dapat berbalang balang *sila teruja
untuk biskut nestum pon senang jugak ,
biskut nie first time buat , tengok resepi kat internet ,
tapi tak ikut sangat resepi , ikut tekak sendiri je ,
dan alhamdulillah menjadi jugak .
okay jom tengok resepi .



cornflakes chocolate

bahan-bahan :
coklat masak
cornflakes
paper cup

caranya :
1. cairkan coklat masak dengan menggunakan kaedah double boil
( isi air dalam periuk dan didihkan air tersebut , masukkan coklat masak dalam mangkuk dan letak diatas periuk didihan air tadi )
2. tunggu sehingga coklat tadi cair dan sejukkan .
3. bila dah sejuk , ramas cornflakes tidak terlalu hancur dan masukkan dalam coklat masak .
4. gaul sebati dan isi dalam paper cup .
5. biarkan coklat mengeras seketika .
6. hias mengikut kreativiti anda .

p/s : seeloknya guna coklat yang tak ada jenama sebab coklat cepat keras , kalau nak guna coklat berjenama pon boleh tapi lambat keras . so the solution is masuk dalam freezer kejap , dah keras boleh laa simpan dalam balang . *tapi aku guna coklat berjenama jugak .



contoh double boil coklat .




















cornflakes chocolate sikenitkieka ! *lap air liur please haha .




biskut nestum

bahan bahan :
butter                  250g
gula halus            2 cawan *boleh tambah kalau suka manis
esen vanila           1 sudu teh
telur                    2 biji
tepung gandum    3 cawan
nestum                3 cawam





caranya :
1. pukul butter dengan gula sampai kembang .
2. masukkan esen vanila dan telur , pukul lagi .
3. kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diikiuti dengan nestum .
4. bentukkan mengikut citarasa anda dan bakar 180 darjah celsius selama 20 minit .
5. hias mengikut kreativiti anda .





















hasilnya , tak hias apa pun sebab tak cukup bahan .





p/s : macam dah lambat je bagi resepi ? takpe sempat lagi nie *sedapkan hati . apa apa pun selamat     mencuba dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)


Thursday, August 16, 2012

birthday girl story ( part 3 )


assalamualaikum


hey , raya dah nak dekat laa ,
tinggal berapa hari je lagi nie ,
nampak tak excited aku count down raya ?
baju raya dah beli , ada dua helai ,
dua dua pun jubah , taktau nak pilih baju dah ,
penat keliling mall , try punya try mama kata cantik ,
so ambik je laa pilihan mama .


semalam pergi makan kat plaza masalam ,
sebelum berbuka window shopping dulu ,
then terjumpa baju kurung murah murah ,
rm50 sahaja taw , sebabkan memang dah bajet nak beli
baju kurung harga rm50 , so daku sambar juga ,
lantas ku namakan baju kurung cupcake sebab corak dia ceria sangat ,
siap ada jalur jalur plus dot dot , macam cupcake laa kan .


maafkan saya , nampaknya aku sudah tersasar jauh dari tajuk asal ,
act nak cerita sambungan part 2 ,
okay , macam biasa every week aku balik puchong ,
hari tu masa dalam kereta mama tanya ,
banyak dapat hadiah ?
aku cakap tak pon , tapi ada jugak yang celebrate ,
then mama cakap , mama pon tak sempat nak beli hadiah ,
mama busy kerja laa , masa tu dah kecewa habis ,
sampai hati mama main tak sempat tak sempat pulak ?
tapi tak ada laa tunjuk sangat kecewa tu ,
macam biasa buat muka cool macam tak apa apa berlaku ,
lepas tu jawab macam tak ada perasaan 'ohh ye ke ?'



sampai je rumah masuk bilik nak letak barang barang ,
tengok ada kotak besar , lepas tu tanya mama ,
' ma , nie apa ? tv sebijik ke ? ' mama gelak je ,
ngada tau mama kite nie , tadi dah laa buat orang kecewa ,
lepas tu nak main surprise pulak , terkezutt kite tau hihi .
dengan serta merta aku capai kotak tadi , lepas tu goncang goncang sikit ,
urm macam dah dapat agak je apa dalam kotak tu ,
sambil bukak kotak tu , dah rasa confident sangat dengan apa yang aku jangkakan tadi ,
tengok tengok betol pon , haa tau ke apa hadiah kite dapat ? *muka berlagak



aku dapat hadiah mixer , yeay !
baru aku ingat , before tu aku pernah cakap kat mama ,
penat laa ma buat kek guna manual nie ,
lenguh tangan pukul telur ,
tu yang mama dengan kakak bagi mixer tu kot ,
thank you sangat , suka hadiah kali nie , besau gitu
kakak siap buat pesanan penaja ,
dia suruh buat kek guna mixer tu untuk birthday dia ,
insyallah ye , btw aku dah dapat resepi pavlova ,
tapi yang sadisnya aku tak pernah pon makan spesis nie .





pembantu peribadi baru , hewhew .


hari tu ada event bukak puasa dengan kawan kawan ,
kiteorang makan ayam penyet kat seksyen 9 ,
okay laa makanan dia , 
lepas habis makan , kawan aku nie hilang entah kemana ,
bila dia datang balik , tengok dia bawak kek secret resepi ,
terus offer aku , cepat pilih hadiah kau ,
aku pilih kotak kedua , ada 3 kotak semuanya ,
bila bukak dapat laa kek seperti di atas ,
namanya tidak dapat dikenalpasti , tapi rasanya memang sodappp ,
terima kasih hadi :)






lepas makan ayam penyet , singgah mac donald ,
dapat pulak ais krim kat mac donald ,
tapi sebelum tu lagi aku dah bersungguh sungguh ajak
dorang makan ais krim , tapi semua tak nak layan ,
last last dapat kat macd , yang nie syazmeer pulok yang belanja ,
toceyh syazmeer , thanks ye korang sebab berjaya merosakkan diet aku hihi .




p/s : lagi berapa hari nak raya ye ?