Friday, September 13, 2013

dulu tak pandai sekarang dah pandai .


assalamualaikum .


hari tu kolej kite ada buat book of records anyam ketupat paling banyak,
semua orang terlibat dan kena anyam ketupat,
kite memang sejak azali tak pandai anyam ketupat,
dulu masa sekolah pernah belajar buat,
sekali dua try tak jadi jadi terus malas nak buat sebab susah.


so bila hari tu semua kena anyam ketupat memang ada niat nak belajar,
sebab macam memalukan kaum hawa kalau tak pandai anyam ketupat,
lagi lagi amik kos kulinari kalau tak pandai sila hantuk kepala kat dinding
supaya hilang ingatan lantas lupa pernah amik kos ni.


group kiteorang ada dalam 30 orang tapi sorang je yang pandai anyam ketupat,
nasib baik kau perempuan , kalau lelaki yang pandai tu kite pon rasa nak hantuk kepala,
so yang pandai ni la ke hulur ke hilir dok ajar kiteorang yang tak tahu ni.
kite buat empat kali tak jadi jadi jugak,
masa tu nak surrender dah tapi fikir sampai bila nak pandai kalau tak cuba,
then terus anyam sorang sorang sampai la jadi.


ceh bila dah jadi tu dengan bangganya pergi masuk pertandingan anyam ketupat beramai2,
dia bagi masa setengah jam then tengok group mana buat paling banyak,
dalam masa setengah jam tu kite kira kira rupa rupanya kite baru buat lima ketul je,
boleh la dari takde kan , mula mula memang la slow sikit.


bila dah pandai buat tu rasa macam ketagih pulak,
pantang jumpa daun tu mesti nak anyam,
yelah bila lagi nak belajar kalau tak sekarang,
tengah ada peluang baik kite ambik.


btw thank you dayana sebab ajar kite anyam ketupat sampai pandai,
lepas ni boleh kecoh dekat orang kampung yang kite dah pandai anyam ketupat, haha.





crazy classmate , haha


yeay , dah pandai anyam ketupat :)


Friday, August 30, 2013

cerita minggu lepas baru nak update .


assalamualaikum semua .

rasanya belum terlambat lagi nak wish korang selamat hari raya !
maaf kalau ada salah silap , harap diampunkan .
puasa sebulan maka raya pon haruslah sebulan kan .
so last week kite ada plan ngan schoolmate nak pi beraya rumah cikgu BM ,
plus cikgu sejarah masa form 2/ cikgu tarian masa form 4 .
rumah dua2 cikgu ni berjaya di gegorkan oleh kiteorang ,
cuma cikgu akaun je tak dapat nak jumpa sebab dia ada hal .
lepas habis sekolah sekali je pernah jumpa cikgu akaun ,
tu jelah last time jumpa ngan dia . takpe la takde rezeki kot nak jumpa .


masa sampai je rumah cikgu fauziah/cikgu tarian kiteorang nampak ada stroller baby ,
terus semua terfikir cikgu ada baby ke ?
sebab tak dengar cerita pon .
masuk je makan makan macam biasa then sorang kawan ni perasan ada buaian ,
pergi je tengok ada baby dalam tu ,
rupa rupanya cikgu ada baby baru , pandai cikgu main sorok sorok baby ehh ?
nasib baik kiteorang sempat peluk cium baby cikgu tu tau .

next , pergi rumah cikgu BM pulak .
tak sangka cikgu still ingat semua pasal kiteorang ,
kiteorang batch berapa semua dia ingat ,
ingatkan dah lupa , yelah student bukan sorang dua je kan .
kat rumah cikgu dapat makan benda baru ,
cikgu masak nasi impit goreng kalau tak silap nama dia .
before ni tak pernah dengar and tak pernah rasa langsung .
tapi bila makan hari tu memang sedap la .
raya tahun depan kalau nasi impit tak habis boleh cuba resepi cikgu .
biar menangis mama rasa nasi impit goreng yang sedap tu , hihi .


yang bestnya raya tahun ni dapat jumpa kawan kawan sekolah yang dah lama giler tak jumpa .
yelah bila dah masuk ipt ni semua busy , tempat pulak jauh jauh .
bila dah dapat jumpa memang jejak kasih la cerita dia .
tapi dalam jejak kasih tu bukan semua ada .
dalam kelas dulu punya la ramai lelaki tapi yang dapat jumpa raya tahun ni dua orang je .
yang lain taktau kemana , yang ada hal tu lain hari jelah kite jumpa . sampai ketemu ya kawan2







p/s : terima kasih sudi baca walaupun dah lama sangat tak update . iolls busy la uolls . 


Monday, June 10, 2013

selamat bertunang kawan menari :)



assalamualaikum readers .


ni cerita minggu lepas punya lepas , cerita dah basi sebenarnya . tapi nak share dengan korang jugak . hari tu kawan kite dia bertunang , so dia jemput la kawan kawan yang duduk dekat ni datang . masa datang kite ingat kiteorang je kawan dia yang datang . sebab yang lain tak confirm . tapi bila sampai je tengok ada schoolmate yang lain datang .


seronok la sebab jumpa kawan kawan sekolah yang dah lama gila tak jumpa . ada yang dah 6 tahun tak jumpa , bila dah jumpa tak ke kecoh jadinya . jumpa pulak dengan geng geng menari masa sekolah dulu , rasa macam nak menari lagu telur telur telur telur telur tu dadada *lagu tamil . rindu giler kot . sembang punya sembang macam kat mamak dah bising dia . kejap kejap gelak , padahal kat majlis tunang orang ni . tapi yang bertunangnya pon join sekaki memang tak boleh buat apa la kan .


majlis tunang dia ni meriah sangat , dah macam majlis akad nikah . siap ada khemah , makanan banyak sangat choice sampai tak tau nak makan apa . ni baru bertunang ye , kalau kahwin nanti lagi meletop majlis rasanya hikhok . tapi yang specialnya majlis tunang kawan kite yang membuatkan gua tabik spring toing toing ialah tetamu yang datang tu . ada dari kaum india dan juga afrika uolls , zamina mina eh eh waka waka eh eh *nyanyi . gila rare kot , ni tak panggil 1 malaysia dah . kite panggil 1 dunia .


nampak tak hubungan kejiranan dan persahabatan dorang ni akrab . yang orang afrika ni pon bagus jugak , bila datang siap salam tetamu yang ada kat situ . kira dia tau jugak hormat orang kite . lepas tu terus makan . dalam hati kite dok fikir pandai pulak dia makan makanan melayu ni . sah dah menetap lama kat malaysia yang aman makmur dan orangnya baik baik lagi manis seperti adik manissss *slank bangla .


dengan ini kite nak ucapkan tahniah kepada farahain yang telah selamat ditunangkan dengan syafiq yang mana merupakan jiran beliau jugak . rumah sebelah blok je kalau tak silap . dekat sangat jodoh . teringat pula tips kawan kite bila jumpa hari tu . dia kata kalau nak tau jodoh kite jauh ke dekat tengok pusat . kalau pusat terjojol tu maknanya jodoh kite jauh . haha kelakar gila tips dia weyh .







p/s : farahain , dah kawin jangan lupa jemput iolls . nak tengok kaum apa lagi yan datang hahaha . selamat bertunang dan semoga cepat menikah jugak :)


Sunday, June 9, 2013

Tak sangka dah terjebak .



Assalamualaikum.


Kite tak pernah terfikir nak menjebakkan diri dengan kancah fashion show , kerana sesungguhnya dahku memang tiada pakej pakej yang diperlu kan.Tetapi kite telah terjebak secara paksa rela untuk fashion show kolej . Jadi wakil untuk kumpulan kite untuk bertanding dengan kumpulan lain.


Tema yang diberi adalah arabic . Kite yang dapat tau last minute memang menggelupur la cari baju untuk tema tu . Kalau tau awal awal dah lama angkot segala jubah atau dress yang ada.Jalan pintas yang ada ialah pinjam je baju kawan yang sesaiz dengan kite . Mekap tak payah fikir sebab akan ada jurumekap tak berbayar yang sedia untuk mencorakkan muka iolls ni . Toceyh toceyh finaz :)


Sebelum fashion show start semua siap practice catwalk and pose . Iolls blur je duduk tepi , segan nak practice depan orang . Practice dalam otak je . Sampai juling juling mata kejap kiri kejap kanan fikir pose .
Bila sampai time kite nak jalan , serius nervous gila . Ketaq lutut , ketaq badan . Rasa macam semua benda nak terkeluar masa tu jugak . Sampai lecturer suruh relax , jangan nervous sangat .


Bila dia dah panggil nama tu , kite pon buat la apa yang patot . Jalan then pose sini pose sana . Ntah apa apa pose kite buat . Senyum pon rasa dah macam plastik sangat sebab dok fikir pose.Bila tengok balik kawan kite record rasa macam kite buat okay jugak *perasan model sejenak . Tapi tak ada rezeki masa tu , so kite tak menang.


Menang kalah tak kesah sangat sebab fikir tugas dah setel . Tapi yang bestnya dapat pengalaman baru . Seronok cuba benda benda yang diluar bidang kite ni , dapat banyak pengalaman . Tapi bukan yang negatif la.





dialah jurumekap kite , hikhik :)


wakil dari kumpulan kite .





p/s : thanks kawan kawan yang datang support , really appreciate it :)


Wednesday, May 22, 2013

ada orang dah kahwin :)


assalamualaikum semua .


apakah perasaan anda bila kawan baik sendiri nak kawin ? teruja ? gembira ? sedih ? resah ? rasa nak kawin jugak ? rasa nak nangis ? atau rasa nak berlari pergi rumah dia sekarang jugak ?


haa cerita dia sekarang kawan baik kite dah selamat diijab kabulkan . nama dia Mawar . tahniah Mawar , dah jadi isteri orang sekarang dan dah ada tanggungjawab besar . selamat menjalani alam rumahtangga dengan sebaik mungkin . semoga berbahagia dengan suami hingga ke akhir hayat , amin :)


so hari tu pergi kenduri kahwin dia dengan imran dan kawan kawan yang lain . pertama kali tengok mawar pakai baju pengantin kite dah macam ' ehh , tu ke mawar ? ' , ' cantiknya dia , macam bukan muka dia je ? ' . haha sebab nampak matured sangat . rupanya rupanya betol la dia , dah cantik sangat sampai tak kenal .


lepas tu bila nampak dia jalan nak jumpa dengan pengantin lelaki , tiba tiba mulut ni tercakap ' bestnya kawin '  haha dah berangan ni . tak lepas mata ni ikot je mana dia pergi . imran senyum je dengar , malu pulak kite masa tu .


masa Mawar bersanding kite pi tengok , ramai orang menepung tawar pengantin . kite rasa nak buat tapi tak tau sebab sebelum ni tak pernah buat benda benda macam ni . kawan kawan kite ni sebok je paksa orang suruh buat , dorang bukan nak buat pon . lepas tu hafiz cakap nak pergi buat , so kite pon lega la dah ada kawan . sampai depan dia suruh kite pulak buat dulu . jahat dorang ni buli kite .


kite pon usha je macam mana cara orang orang tepung tawar pengantin tu . okay bila dah tau kite pon pergi la . nervous gila weyh , macam kite pulak nak kawin . dah tabur tabur beras tu pergi la salam kawan kite ni . terlebih nervous punya pasal , salam pon siap cium tangan weyh . dalam hati dah pahal aku ni kan pergi cium tangan dia ? padahal umur sebaya . tak kesah la , janji kite dah pernah buat benda ni . walaupun merepek je apa yang kite buat . tak sama macam orang lain , haha .



nasib baik tak salah laga pipi , haha .






nampak tak mengadanya kite nak pakai baju sama warna dengan pengantin , tapi tak sama rupanya .



okay part ni paling best nak cerita . *yang best kena la cerita last sekali . lepas je pengantin duduk tengok orang bersilat tu . ada orang bagi pengantin kotak yang dibalut dengan surat khabar yang berlapis lapis . so pengantin pon koyak surat khabar tu . rupanya rupanya dalam tu ada gula gula . so diorang pon baling gula gula tu . maka ramai la kanak kanak berebut mengutip gula gula yang dicampak sesuka hati .


seronok sangat tengok part ni sebab rasa lain dari yang lain . biasanya pengantin akan baling bunga yang dorang pegang tu , tapi kali ni dia baling gula gula . meriah sangat tengok budak budak berebut gula . bukan budak saja ye . imran dan kawannya turut berebut sama , hahaha . ohsem ! 








p/s : thank you for reading this entry . video ni pon ada dekat keek . so do follow my keek : kiekanawi .


Wednesday, May 1, 2013

Akhirnya sampai ke puncak .


Assalamualaikum


Dari dulu lagi teringin nak naik bukit broga sebab tengok permandangan kat atas tu macam cantik sangat . Macam kat oversea gitu . Tu pon tengok kat encik google jelah kan. So hari tu pergilah jugak dengan classmate semua . Berkumpul dekat kolej pukul 3 pagi. Sebelum tu tak sempat tido sebab petang dah terlebih tido , so malam memang tak mengantok la cerita dia .


Lepas tu ada classmate sorang ni call kata kabus tebal kat bukit2 then dia tak jadi pergi sebab tak sedap hati . Kite yang dengar ni pon dah tak sedap hati dengar dia cakap macam tu . Tapi kalau nak cancel macam dah last minute pulak . So tawakal jelah masa tu.


Pukul 3.30 pagi gerak then pergi isi minyak , beli makanan untuk isi perut sebelum daki bukit takut nanti takde tenaga pulak . Kang tak pasal pasal ada yang pengsan dah menyusahkan rakyat sekeliling pulak .
Masa otw nak pergi broga tu adalah salah jalan sikit , tapi nasib baik ada encik google yang sudi membantu then kiteorang speed sebab kalau lambat sampai takot tak sempat nak tengok matahari terbit.


Berbekalkan semangat yang gigih speed dengan penuh berhemah sampai la kami semua kat sana dalam pukul 4.30 pagi , kemudian kiteorang warm up badan dulu untuk elakkan berlaku kekejangan then baru la mulakan perjalanan . 10 minit pertama dah mengah uolls.  Tapi tetap teruskan sebab misi kite memang nak sampai ke puncak . Dah alang alang datang biar daki sampai habis .Sampai je stesen pertama semua berhenti kejap untuk rehat dan solat . Lepas tu ada yang tanya nak naik atas lagi tak? So kiteorang sepakat nak naik tempat yang paling atas sekali.



 first station , 5.50am bersama rakan seperjuangan yang meninggalkan dahku di tengah perjalanan . cis -.-'


Alhamdulillah , berkat kerjasama satu kelas plus kite menumpang torch light orang sebab lupa beli akhirnya berjaya jugak sampai ke puncak . Walaupun banyak kali nak terjatuh sebab gelap masa tu disamping mendaki sambil menguap akibat tak tidur malam sampai jugak kami di puncak bukit .




 wabak gwiyomi di merata tempat .





Lepaking kat puncak lebih kurang dua jam , pukul 9am kiteorang dah gerak turun bukit . Time turun ni lagi azab sebenarnya sebab bukit tu curam . So kalau nak senang turun korang lari je dari atas sampai ke bawah. *Tempat2 yang berbatu kena la slow sikit. Tapi larat la pulak nak berlari bape kilometer tu kan.Kalau nak jalan je pon boleh , tapi kaki kena kuat sikit la . Kite buat dua dua benda ni . Berlari dengan jalan . Berlari okay la lagi , tapi bab berjalan tu susah sikit . Bergegor lutut ni weyh tahan turun bukit . Nak tergelak pon ada tengok gelagat kawan kawan bila turun bukit ni . Tapi tak larat nak gelak sebab memang dah penat sangat .


Masa turun bukit tu semua turun laju giler sebab nak cepat sampai bawah . Ada jugak yang dah tak boleh tahan nak cari toilet . Mana taknya , masa naik bukan main banyak minum air. Bila tiba masa nak buang takde toilet , memang menahan la semua. Kite amik masa 40 minit untuk turun bukit tu , haha laju tak ingat kan . Nak naik bukan main lama , bila dah penat nak mampuih semua jadi laju. Sampai bawah semua lemau , dengan toilet pulak takde air memang menguji kesabaran betol.
Tapi bersyukur sangat sebab semuanya selamat , berjalan dengan lancar . Mungkin sebab sempat berdoa dulu sebelum naik tu . Alhamdulillah , tuhan lindungi kite semua.



Tuesday, April 23, 2013

Surprise birthday party for fana :)


Assalamualaikum.


Bila dapat tau birthday fana hari tu , terus terfikir nak buat coklat then nak buat surprise kat dia. Tapi tak jadi buat coklat sebab imran suruh buat kek . Boleh potong2 katanya. Tu pon tak jadi buat sebab takde masa . Last sekali beli je kat kedai , senang citer.


Plan asal nak pergi melaka berdua je dengan dia . Last last pergi celebrate dengan cousins dia sekali . Tapi takpe , kite tak kisah pon . Lagi ramai lagi meriah kannn. Sampai je sana terus surprisekan birthday girl . Haha , habis kena tepung budak tu kiteorang kerjakan . Kesian dia. tapi kenapa dia tak nangis ehh , kiteorang nak buat sampai dia nangis . haha kental jugak budak ni .



After celebrate kiteorang pergi jalan jalan kat jusco . Tengok cerita G.I Joe . Penat punya pasal sampai nak tertido layan cerita tu . Penat penat pon tapi best layan diorang ni , semuanya mesra alam . So takde la rasa awkward sangat masa tu even baru kenal.


ramai sangat cousin imran ni plus sorang kawan kak dayah :)


Lepas tu ada pulak budak comel ni, nama dia Qaseh . Anak kak long , nama anak dia sama pulak dengan cousin kite.  geram sangat tengok dia . Banyak kali dukung dia sampai lenguh tangan weyh .  Berketul muscle sebelah haha . mana taknya , asyik kite je nak dukung dia . Tulah siapa suruh comel sangat . Kan kite dah geram hihi.

                     



budak ni rapat ngan imran sebab dia suka lelaki yang pegang dia .


Apa apa pon kite nak cakap terima kasih sangat kat keluarga besor imran , sebab bagi kite tumpang rumah diorang , bagi makan , then layan kite dengan baik dan semuanya lah . Really appreciate it :)



p/s : harap lepas ni boleh jumpa korang lagi :)


Pakcik jerit suruh tutup lampu .

Assalamualaikum.

Malam weekend hari tu tak tau nak buat apa , kite pi tengok wayang dengan imran , kakak dan acap . Mula mula nak tengok cerita langgar tapi bila dah sampai lain pulak cerita dia . Kiteorang decide nak tengok cerita long weekend. *sebut dengan nada berbisik kasi effect seram sikit.

Sebelum start cerita excited bebenor , sebab kite memang suka tengok cerita seram . Biasanya masa tengah iklan , lampu wayang tu memang terbuka . Dia akan tutup bila dah start cerita . Tapi ada je yang tutup awal kan?

Yang peliknya, cerita dah start dekat 2 minit macam tu tapi lampu still terbuka . Semua orang asyik pandang belakang dengan  perasaan pelik , tapi sorang pon tak berani nak tegur . Last last sorang pakcik ni bersuara " hoi , tutup lampu la ". Then orang tu terus tutup lampu . Lepas tu semua orang dalam wayang tu tepuk tangan termasuklah aku . Haha klakar bila teringat balik.

Mula mula start cerita ni je dah seram weyh , lepas tu rasa jantung dah tak boleh bertenang lagi sebab kejap kejap terkejut . Tengok pon celah celah jari je sebab takut. Rasa macam nak menangis pon ada tengok cerita ni . Asyik duduk berhimpit je dengan kakak.  Seram sangat uolls tapi last last tu hantu tu mcm klaka sikit muka dia haha. Tak caye cuba tengok.

Habis wayang tu kiteorang nak keluar la , ya allah lemah lutut rasa . Nak jalan pon tak betol sebab kite rasa ni lah cerita paling seram kite tengok seumur hidup . Kot la , tak pon sebab dah lama tak tengok cerita seram macam ni.

Lepas keluar tu kiteorang terus pergi toilet , seram sampai nak terkucil tau tak . Then kakak masuk toilet dulu , kite pon tunggu jelah . Tengah menung2 sambil pandang pintu toilet tu terbayang pulak cerita hantu tu .

Tiba tiba lampu toilet semua tertutup , masa tu ada empat orang je dalam toilet tu . Dua orang lagi tu pon tengok cerita sama ngan kiteorang . Then diorang terus keluar sebab takut . Kite pon terus ketuk pintu toilet suruh kakak keluar cepat cepat then terus blah.

Lepas keluar tu cerita la dengan imran dan acap . Jalan punya jalan cari toilet lain , baru perasan dari tadi dok genggam tisu sebab tak sempat masuk toilet tadi. Haha padahal dah jalan jauh tu , tisu pulak tak boleh nak banyak lagi kan , cukup la untuk sekampung.

P/s : tak rugi tengok cerita long weekend ni .  Jalan cerita best , gambar pon cantik . Puas hati :)

Saturday, March 30, 2013

resepi pavlova petik jari .


Assalamualaikum semua.

Since praktikal tak sempat nak update blog . Bila ada masa berokband pulak tak bokeh pakai . Dugaan betol la.

Lepas praktikal hari tu cuti sebulan . Tak tau nak buat apa ditambah dengan boring melampau duduk sorang sorang kat rumah takde kerja . So untuk mengisi masa lapang tu kite saja nak cuba resepi baru . Banyak jugak la yang dah berjaya kite buat . Tapi yang menariknya kite berjaya jugak buat pavlova even kite sendiri tak penah makan . Apatah lagi nak buat kan.

So dah jadi tu kite nak share la jugak resepi nya dengan korang. Kalau jadi boleh buat sendiri lepas ni , takyah nak susah payah pergi beli kat luar dengan harga yang mahal mahal tu kan . So let's start!


Bahan bahan yang diperlukan :
(meringue)
4 biji telur ( ambil putihnya saja )
3/4 cawan gula kastor ( tapi bagi kite manis sangat so half cawan pon dah cukup )
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar esen vanila


Mula mula pukul putih telur guna mixer sampai berbuih buih. Sebelum tu pastikan mixer tu bersih dan kering supaya tak effect meringue.



Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis . Gula>pukul>gula>pukul . Dia akan jadi warna putih berkilat.



Masukkan cuka , tepung jagung dan esen vanila . Kacau guna spatula laju laju.  Nak tau jadi ke tak , cuba tonggengkan atas kepala . Kalau adunan jatuh maknanya tak jadi.



Lukiskan bulatan atas baking paper dan terbalikkan . Bulatan ikut suka nak besar mana. Tuang adunan atas baking paper. Make sure jangan terkeluar dari garisan bulat tadi.



Then panaskan oven 150 darjah celcius selama 15 min . kemudian turunkan suhu 140 darjah celcius dan bakar maringue selama 1 jam . ( ikut oven masing2 ) . lepas bakar jangan keluarkan meringue , sejukkan meringue dalam oven . bukak sikit pintu oven supaya haba dapat keluar .


topping :
1/2 cawan whipping cream .
1/4 cawan gula kastor
strawberry
kiwi

campur whipping cream dengan gula dan pukul sampai naik . kalau whipping cream dah manis tak perlu tambah gula . tuangkan atas pavlova dan susun buah-buahan diatasnya .



siaplah pavlova dahku .



p/s : selamat mencuba . kalau jadi cuba komen sikit :)


Tuesday, January 29, 2013

Terkedu tak tahu nak jawab apa.

Assalamualaikum.

Hari tu masa dalam perjalanan nak balik rumah , tiba tiba imran ikut jalan lain.
Kite pon pelik lalu bertanya , jalan balik bukan ikut kiri ke?
Lalu imran pun jawab , ikut jelah.
Ohh okay , rupa rupanya nak pergi kat dataran shah alam.

Sampai je sana teruja sangat tengok ada orang jual mainan tepi tepi jalan.
Kite nak main belon buih.
Memang suka sangat main benda ni.
Terus kite tanya kat makcik tu.

Kite : ada jual belon tak?
Makcik : ada , rm15.
Kite : taknak yang macam tu tembak tembak . Nak yang tiup sendiri tu ada?
Makcik : takde la , kat sini semua dah pakai yang tembak punya. Kenapa nak beli untuk anak buah ke ? Ke awak yang nak main?
Kite : errr *diam 3 saat . A'ah untuk anak buah. Kemudian terus blah sambil senyum.

Imran kat sebelah dah sengih sengih tengok kite tak tahu nak jawab apa.
Masa tu rasa macam malunyaaaaaa.
Terus dalam kepala otak berlegar legar lantas membebel sorang sorang.
Orang besar tak boleh main belon ke?
Apalah makcik tu .

P/s : hari tu tak dapat main layang layang , sekarang tak dapat main belon pulak . Apalah nasib.

Monday, January 21, 2013

Kite nak bagi 5 bintang .



Assalamualaikum.


Dulu ada orang pernah suggest makan dekat pecel lele kat padang jawa,
Makanan indonesia katanya,
Tapi macam jauh benor plus tak tau jalan.
So memang tak harap pon nak makan kat situ. Tuptup hari tu nampak kedai pecel lele baru bukak dekat seksyen 13 area kolej kite. 
Dengan terujanya ajak imran makan kat situ.



Pujuk punya pujuk semalam baru dapat makan .
Masuk je kedai tu dah seronok macam apa je.
Tersengih je sorang sorang sebab kedai tu memang cantik , besar , bersih pulak tu.
Sampai masa dia nak ambik order waiter tu cakap indon.
Omg , seriously terkejut sebab muka dorang memang melayu habis.
Sekali ngomong bahasa indonesia ya.
Memang pekerja dia pon import dari indon ke apa?



Harga dia berbaloi jugak dengan rasa dan layanan yang dorang bagi.
Harga lauk pauk semuanya dari rm7 hingga rm8.
Air pulak dari rm2 hingga rm5 kalau tak silap.
Semuanya sedap tapi certain lauk pedas gila.
Nasib baik kite ni jenis suka makan pedas ,
So dah kena sangat la tu.



Yang paling best dorang sediakan surau jugak untuk kite solat.
So tak payah nak rushing sangat lepas makan nak cari surau.
Kat kedai ni dah ada.
Majoriti kedai makan memang jarang sediakan surau.
Even tu kedai orang melayu kite.
Tandas dia pulak bersih dan besar jugak.
Sampai ke tandas pon nak dinilai kan.
Tapi memang selesa sangat makan kat pecel lele lela ni .



Then bila pergi kaunter nak bayar kite nampak something yang agak comel.
Dorang buat promosi siapa yang makan kat situ masa birthday korang boleh makan free.
Lagi satu siapa yang bernama Lela dapat makan free jugak.
Sebab nama kedainya pecel lele lela.
Best kan . So siapa yang nama lela tu boleh laa makan free sementara dorang buat promosi tu .


















p/s : selamat mencuba :)

Tuesday, January 8, 2013

report polis habis cerita .



assalamualaikum


korang pernah tak dapat simcard percuma kat tepi tepi jalan tu ?
mesti pernah kan ? takkan la tak pernah .
cerita dia bulan puasa tahun lepas , kite dengan housemate pergi bazaar ramadhan .
baru nak masuk bazaar tu dah ramai orang dari U Mobile .
dia paksa paksa laa ambik simcard tu , kiteorang malas nak layan so ambik je lah .
kemudian dia mintak ic kiteorang then pandai pandai register untuk kiteorang .
padahal kiteorang tak cakap pon nak register *biadap tau


lepas tu kiteorang yang ambik simcard ni buat taktau je la .
memang taknak sentuh pon U Mobile sebab we alls setia dengan maxis tau .
tak mungkin berpaling kata kau .
tak lama lepas tu sampai bil dari U Mobile dan tiap tiap bulan dia hantar bil .
apa kejadahnya bil asyik sampai padahal tak pernah bukak pon sim tu .
kite biarkan jelah sebab kite tak guna buat apa nak bayar kan ?


sampai laa beberapa hari lepas pihak U Mobile call ,
dia suruh bayar bil , semuanya RM 131.40 .
dia kata pakai ke tak bil tetap berjalan .
padahal masa dia paksa paksa tu dia kata simcard tu prepaid .
sekarang tiba tiba postpaid pulak . PENIPU .
dah laa call marah marah , biadap sungguh tau .


so hari tu kite pergi sunway nak terminate number tu ,
beratur laa panjang panjang sambil berdoa tak kena bayar bil tu .
sampai turn kite dia kata kalau taknak bayar boleh report polis then setel .
bersyukur sangat sebab orang tu baik , sularela pecah lubang sendiri hihi .
leganya rasa tak yah bayar , kalau tak , tak pasal pasal je buang duit macam tu kan .
last last duit nak bayar bil tu buat beli barang kite lagi bagus ,


tapi masa kite buat report tu memang polis tu pon cakap kes ni biasa .
hari hari ada je report pasal dianiaya macam ni .
ada kawan polis tu kena bil sampai rm5 000 .
yang sampai rm10 000 pon ada .
terkejut betol dengar macam tu .
alhamdulillah kite tak kena bayar .
tapi kesian jugak laa kat kawan kawan kite yang kena bayar tu .
dah laa semua student , pandai dorang ni tipu student . ish ish .




lihatlah dahku hanya berselipar ke sunway .