Tuesday, January 24, 2012

honeymoon bersama encik driver dan encik bodyguard



assalamualaikum




hye readers , semalam aku pergi honeymoon weyh , haha . honeymoon laa sangat laa . cuba teka kiteorang pergi mana . cepat teka cepat teka ? tettt , masa dah tamat , haha . semalam kiteorang pergi picnic , dekat port dickson . sebenarnya aku plan nak pergi pantai remis . dah siap tanya kawan aku ada jual apa kat sana , berapa lama perjalanan , best ke tak ? sekali encik eym kata kita pergi port dickson je laa sebab pantai remis jauh sangat . lagipon dia tak tau jalan , kang sesat sia sia je honeymoon kiteorang . honeymoon sampai tiga orang babe , kau ada ?




malam tu aku serius aku penat sangat sebab nak siapkan bekal untuk pergi PD tu . macam macam pulak order , nak nasi lemak bagai , haha . so aku pon ikot je laa . act empat orang yang nak pergi , tapi adik encik eym tak jadi ikot . bukan nak cakap awal awal kan . nasib baik tak masak banyak banyak tau . lepas tu aku pon masak laa dengan penuh kasih sayang , ecehh . tung tang tung tang , siap pukul dua belas kot . pagi pulak kena bangon awal sebab nak masak nasi , goreng telur dan sewaktu dengan nya . tengah kemas kemas tu encik call tanya dah siap ke belom , masa tu pukol sepuluh setengah . nak gerak pukol sebelas nie . aku boleh tak sedar laa , then terus pergi siap . nasib baik masa tu siap kejap je . kalau lambat mesti aku kena bebel punya laa .




on the way pergi sana jalan jem pulak , yelah tengah raya cina kan . setelah meredah jem segala tu , sampai laa pukol dua setengah kalau tak silap . semua dah kebulur aku rasa time tu . aku pon tak breakfast , nasib baik encik eym bawak roti , bole laa alas perot sikit .  masa kat tepi tepi jalan nak masuk pantai tu , aku punya laa seronok sebab tengok ada orang jual layang layang , lantas aku terus menjerit ' ehh , ada orang jual layang layang laa ' . haha encik eym yang tengah tidur terkejut then terus bangon . sorry laa bro , aku tak sangka boleh menjerit sampai macam tu . terlebih sudah kan ?




sampai tu , dah pilih port baik punya kiteorang terus pacak khemah . aku tak suruh bawak pon , tapi nasib laa otak dia nie cerdik sikit boleh laa berteduh dalam khemah . masa tu ramai betol orang , siap ada family day lagi . memang happening laa . tapi yang tak bestnya , kiteorang dapat berteduh bawak pokok yang hidup segan mati tak mahu je . slim je pokok yang kiteorang dapat tu tau . then dah siap semua , kiteorang pon melantak sebab perot masing masing dah bergendang gendut tali kecapi dah . so mencekik laa kami dengan hidangan nasi lemak yang tak berapa nak lemak tu .




dah seronok berjalan tu , aku rasa pening pulak . may be sebab tak cukup tidur punya pasal kot . lepas tu aku terus membongkang dalam khemah , encik eym tidur kat luar , encik bodyguard pulak setia menjaga princess yang sedang tidur . *wekkk , muntah hijau . aku sempat tidur kejap je sebab tak tahan panas woo duduk dalam khemas tu , berkemungkinan tak ada ruang oksigen didalam nya . pandai pandai je aku kan . then bangon bangon terus encik bodyguard ajak ambik gambar . dengan muka dan otak yang blur , aku pon ikot je redah panas terik kat luar tu . apa laa kau nie .




lepas tu kiteorang ingat nak mandi . encik eym laa beriya je suruh aku bawak baju tukar . mula mula aku tak nak pon , panas giler kot . then bawak je laa kan . tengah aku excited tengok orang ramai je mandi pantai , dengan senang hati pulak encik eym dengan encik bodyguard cakap taknak mandi . hey , kang aku smackdown dua dua orang nie baru kau tau ye . suka suka je mempermainkan perasaan aku yang lembut lagi sehalus kulit bayi nie . choii , gua brutal laa bro . rock steady , yeah yeah !




lepas mereka mempermainkan perasaan aku tu , dorang ajak pergi rumah api . nak tangkap gambar matahari terbenam katanya . tapi kan , aku tak tau ohh rumah api tu apa . mula mula aku bayangkan rumah api tu macam menara lepas tu ada kipas besar yang pusing pusing tu . tapi bukan ke tu nama dia kincir angin ? lepas tu aku pon tanya encik eym rumah api tu apa ? dia kata susah laa nak explain , kejap lagi kita tengok ye . tak puas hati lagi aku tanya pulak encik bodyguard . dengan muka selamber dia jawab ' rumah api tu , rumah yang ada api lepas tu terbakar ' . hey , bergurau pulak kau nie . nasib baik aku nie penyabar . penyabar ke ?




nak pergi rumah api tu ya ampun , menyiksa sanubari aku betol laa . kiteorang mendaki bukit yang tinggi sangat sangat tapi permandangan dia owesome laa , macam dalam drama pulak . yang aku pulak dengan pakai kain , terpaksa laa redah . rimas tahu . dah laa bermandi peluh aku naik bukit tu . dengan penatnya tuhan je laa tau . tapi kat situ ramai orang joging laa . yang joging tu pulak aku tengok ramai orang tua . mecam mana laa dorang boleh dengan keadaan bukit yang curam tu . tak penat ke ? aku yang berjalan nie pon rasa macam nak pengsan , nie kan pulak orang tua . dasyat giler lerr .




agak agak lutut aku sikit lagi nak terburai , kiteorang pon sampai . haa , baru laa aku tau apa itu rumah api . sedih laa aku nie . dah berapa lama kau hidup ahh wahai cik kieka ? rumah api pon tak tau . tapi sekarang saya dah tau , hee *buat peace . kat atas tu cantik sangat , boleh tengok matahari terbenam . and ramai jugak photographer datang semata mata nka tangkap gambar matahari tu . siap bawak anak bini lagi . kelasss kan . tapi macam sweet pulak bila si isteri memahami minat si suami dan sanggup mendaki bukit yang tinggi dengan membawa anak kecik . bahagia nya * pejam mata sambil berangan :)








 gagah tak encik driver dan encik bodyguard saya , haha


kami makan nasi lemak :)


bajet ong bak rindu , haha

good evening , saya baru bangon tido :)


jauh lagi perjalanan tu wey


itu dia rumah api *ingat style laa berdiri macam tu ?


senjakala


cik kieka





last but not least , terima laa novel aku yang pertama yang bertajuk kau dan aku . boleh dapatkan di kedai kedai buku berhampiran anda dengan harga rm29.90 . mahal kan ? haha



p/s : encik bodyguard kawan sekolah aku dan encik eym :)


No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)