Saturday, February 4, 2012

Baucer buku 1 Malaysia



assalamualaikum



aku rasa semua orang dah tau pasal baucer buku yang student Malaysia dapat nie . and aku rasa ramai jugak yang dah merasmikan baucer masing masing . disaat mendengar student lain dah dapat baucer yang sangat berharga buat mereka , lantas aku menjadi gelisah dan bertanya 'kenapa aku tak dapat lagi' ? *buat muka paling sedih didunia . tuptup dengar cerita dah boleh ambik kat kolej , so lepas kelas semalam terus bergegas beratur panjang lebar *aku potong barisan orang sebenarnya , dengan cuaca panas lagi . mandi peluh laa jugak aku kat situ . rasa bernasib baik sebab kipas sakti always ada dalam beg aku . tanpa menghiraukan orang sekeliling , lalu aku terus mengeluarkan kipas sakti dan zappp ! *mengembangkannya ala ala penari cina . dan mengipas dengan muka bahagia .




dah beratur punya panjang , akhirnya aku dapat jugak masuk bilik tu dan memegang baucer dan digembar gemburkan selama ini . tapi sayang , aku hanya sempat pegang untuk beberapa minit sahaja . tak sempat nak cium bau atau godek godek sikit sebab kat situ terus ada orang jual buku dan kiteorang disyorkan untuk beli buku buku yang berkaitan subjek aku . before beli tu ada jeling jeling buku lain jugak , dan aku tertarik sangat dengan buku pasal coklat , serius suka sangat buku tu , then terus tanya dekat uncle cina tu

aku : berapa harga buku nie ?
si uncle : rm100 .
aku : ohh , tak bole beli laa sebab buku yang lecturer suruh beli ngam ngam rm200 .
si uncle : u sem berapa ?
aku : sem 1 .
si uncle : tak payah , ambik buku nie , rm200 .

perghh , kecewa habis . kemudian aku terus je beli buku yang lecturer aku suruh beli tu . dan baucer yang bernilai rm200 tu pergi begitu saja . nak bawak balik buku tu satu hal pulak , dah laa tebal , berat pulak tu . kembang kuncup hidung aku bawak . sampai bila nak naik cab tu , pakcik teksi tu siap bukak kan pintu untuk aku sebab tengok aku macam dah tak cukup tangan je kan . terima kasih pakcik teksi :) . dah sampai rumah pulak , lif dah sememangnya rosak . kena laa naik tangga pulak , rumah aku atas sekali ok . memang kali nie dari hidung , telinga , jantung paru paru yang sebagainya kembang semangkuk laa menahan penat . sampai je rumah , haiyo , macam nak pengsan wooo .




malam tadi semangat benor nak menelaah buku buku yang aku beli tu . memang tebal dan berat , nak bukak muka surat pon , buku dah macam nak terbalik . apa apa pun gunalah baucer anda sebaik mungkin , jangan laa dok jual merata rata . kau hengat senang ke kerajaan nak bagi buku free macam tu ? kalau tak nak meh sini belanja aku , banyak lagi buku aku nak beli nie , hehehe .




google search


tebal tak ?


No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)