Wednesday, February 8, 2012

semenjak dua menjak rajin memasak nie kannn .



assalamualaikum



semenjak kelas kitchen aku dah habis nie , baru laa timbul kesedaran nak praktikkan apa yang chef-chef aku ajar dulu . kalau tak tak ada nya aku nak buat , kekangan waktu barangkali *ayat novel sikit . yelah , rugi rasanya kalau dah belajar tapi tak dipraktikkan . boleh berkarat otak ditambah pula menghabiskan duit mak bapak yang dah labur juta juta nak hantar aku belajar *kononnya belajar luar negara . so , dengan berbekalkan cuti selama empat hari tu , aku gunakan sebaik mungkin laa . semoga tak menyesal di kemudian hari *pahal aku nie ?




mula mula masa aku balik rumah , mak aku cerita meletop letop pasal dia ada beli tepung kek . aku pon belek belek laa , tengok cara nak buat semua . memang nampak menarik dan mudah.my laa . lepas tu , mak aku punya laa tak sabar , malam tu jugak nak buat kek . then aku tanya laa , siapa yang nak buat ? dengan selamber beliau menjawab " kitalah ' . aku pon dah pelik , cerita bukan main macam nak buat sendiri kan . tapi tak kisah laa sebab selalu memang aku pon yang buat kerja kerja macam nie . minat aku lebih ke arah pastry sebenarnya . sebab tu laa tak sabar nak belajar pastry lepas nie *yang nie chef aku tak ajar lagi , tapi tak sure sem berapa . rasa macam sem empat kot . tunggu dan lihat je laa .




masa nak buat tu seksa sikit laa sebab kiteorang memang tak ada pemukul elektrik tu , just pakai tangan . sebab sebelum nie tak ada siapa pon nak buat kek segala nie . bila aku dah besar sikit nie laa minat tu mula datang sikit demi sikit . dan selalu masa nak adun kek pon pakai tangan je , sampai peluh peluh laa jugak aku dok putar putar wirewhisk tu . jadi jugak pon , tak payah nak elektrik sangat laa kan . tapi kek yang baru baru nie agak mencabar laa sebab adunan dia pekat dna memerlukan tenaga yang lebih bila nak putar putar tu . nasib baik buat dengan mama , so boleh laa gilir gilir memecahkan lemak dilengan masing masing .




dan siap campak sini campak sana , adun sebati , gaul gaul , guling guling , masukkan pulak dalam mold atau acuan . dan tibalah masa untuk membakarnya . time nie semua excited nak tengok kek tu jadi macam mana kan . baru je masuk dalam oven kiteorang dah tercongok kat dekat depan pintu oven . nak tengok perkembangan laa konon , kembang ke tak kembang kan . baru lagi memang laa tak nampak hasil , then bila dah tengah tengah baru nampak kek tu naik sikit sikit . aku dengan mama bukan main seronok . first time buat kek jenis lain , sebelum nie buat kek kukus coklat je .






























tadaa , nie namanya chocolate moist cake cap ibu dan anak *punya excited sampai lupa keluarkan dari mold tu , gambar ada satu je sebab camera phone tak cantik :P




seterusnya , semalam aku masak chicken chop pulak . saja nak bagi family aku makan sedap sekali sekala *sedap ke ? sebenarnya nak buat sebelum tu lagi , tapi adik aku tak balik dari asrama lagi , nanti kesian pulak dia tak dapat makan chicken chop . dia dah laa kuat makan , haha . memang tak membazir laa aku masak kan . so kiteorang decided tunggu dia balik baru buat . semalam balik lambat pulak , so sampai je rumah aku terus masak . takut tak sempat pulak nak dinner . so aku buat sehabis cepat , dan akhirnya chicken chop siap pukul sepuluh kot . yelah buat sorang kot , tapi ada laa adik aku tolong sikit . 




bila dah siap tu , aku pergi korek pinggan yang lawa lawa sikit yang guna setahun sekali untuk orang datang tu  dalam almari . semangat kan ? then terus plating macam makan kat restoran kononnya . dah siap plating tu aku suruh ambik pinggan masing masing . lepas tu tiba tiba feel macam nak romantik sikit kan *puihh . aku pon ajak laa family aku makan dekat balkoni rumah kiteorang , kat balkoni tu memang dah ada meja pon tinggal nak angkut kerusi je . lepas tu rasa macam tak best lagi , aku pun masuk rumah lalu terus mencapai dua batang lilin dan nyalakan . haa , nie baru laa romantik kan ? ingat dengan buayapren and gelipren je ke boleh romantik . dengan family pon ok what ?



plating terabur sikit *bak kata orang , masuk perut jugak .

bukan plating je terabur , meja pon terabur jugak , haha . sebab malas nak ulang alik ambik makanan . *nie adik aku ye , bukan abang . harap maklum :)


kan sweet tu candle light dinner dengan family *kerana dirimu begitu berharga <3




tamat laa sudah menu istimewa untuk cuti nie , cuti akan datang mungkin ada lagi yang menarik kalau rajin . btw , macam ada orang jeles je kan kiteorang makan sedap , haha . insyallah birthday aku nanti , aku nak buat makan besar sikit laa , tapi untuk family je laa kan . nak ajak makcik makcik serta sepupu sepapat yang terdekat . tapi birthday aku tahun nie masa bulan puasa kalau tak silap . jadi kita berbuka bersama sama laa ye . mudah mudahan :)



p/s : ehh macam kembang hidung je laa buat entri nie , haha .


4 comments:

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)