Friday, February 17, 2012

persahabatan jarak jauh



assalamualaikum



wahai belog si jantung hatiku , rindu tak kat tuan kau yang sering membiarkan kau menjalani hidup ini seorang diri , sobsob . yea , sekarang nie busy sikit laa . exam dah dekat , tu yang jarang nak post entri baru . lagipon macam boring je hidup aku lately nie . tak ada aktiviti yang best best pon . hari hari pergi kelas , balik rumah , tidur , mandi , makan , tengok tv , study sikit , online banyak haha . tu je laa rutin aku . boring kot , tak pergi mana pon . terperap je kat rumah nie . dah macam ikan pekasam aku rasa .




btw , semalam aku skype dengan babe syairah . dah boring bebenor laa tu kan . so aku ajak laa dia skype , mula mula macam janggal je rasa . tak penah penah nak skype dengan kawan kawan . asyik skype dengan buayapren memanjangkan . mana tak janggal  nya . first tu macam shy shy dog je nak menyembang , last last semua benda kiteorang nak cerita . yang tak tahan , aku siap tunjuk roommate dia la , almari dia laa . lepas tu aku pulak suruh dia tunjuk katil dia , haha . pelik pelik je laa . 




dah habis dia tunjuk semua tu , aku pulak tunjuk almari aku , katil aku . lepas tu aku siap kenalkan anak anak aku kat dia lagi . ehh jap anak ke kawan ea ? *sambil korek hidung . tak kesah laa , mana mana pon bole . semua teman tidur aku jugak . yang mana tak kenal lagi , mai KLIK SINI sikit . tapi sekarang anak anak aku dah makin ramai . tak sempat nak update pasal perkembangan mereka nie . dah kembang macam mana dah sekarang nie kan . 




lama jugak laa aku skype dengan babe aku nie , dari pukul dua belas malam sampai dua pagi kot . dah macam macam jugak laa kiteorang merepek . nak cerita satu satu pon takkan habis rasanya . lepas tu aku siap bole dengar roommate dia bising bising lagi , entah apa yang dorang gaduhkan , siap cakap mandarin bagai . yang syairah nie pulak bukan nak cakap , diam je . malu katanya nak sembang dengan aku depan roommate dia . sebab tak rapat laa , apa laa . baik bagi aku cakap ngan kawan kau lagi bagus , haha . boleh aku belajar bahasa mandarin sekali .






tu dah pahal mati dalam iman bagai ?


saya ada selimut doraemon , hehe .




tengok laa muka si syairah tu , dah macam skype dengan hantu . mata , hidung tak nampak apa . aku siap suruh dia lap webcam dia lagi . cenggitu je laa kan . tapi macam best je kan skype dengan kawan kawan nie . tak semestinya dengan buayapren je . lagi lagi kawan aku semua jauh jauh . sekarang teknologi dah canggih bro , apa guna ada skype kalau tak guna . jimat kredit , tak payah nak text ke call ke . dengan skype nie , siap boleh tengok muka lagi kan . nak buat benda tak senonoh pon kena cover line . haha aku dah merepek nie . 



p/s : syairah , sekarang kau dah tau kenapa aku tutup kepala dengan selimut tu ? haha


No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)