Tuesday, October 18, 2011

Gedik gedik berbasikal di pagi hari

assalamualaikum




hye you all ! mood malam nie gedik gedikan . tengok tajuk laa babe . dah lama aku tak naik basikal . last sekali time aku darjah enam kot . time tu pergi sekolah naik basikal . memang hari hari mengadap basikal je laa . dulu jaga bukan main . siap basoh , polish bagai . tapi tu dulu laa . time kanak kanak ribena . sejak naik form one dah tak pandang basikal nie . apa barang naik basikal . tak vouge laa kan . so basikal tu teros dipinggirkan sampai sekarang . dah jahanam pon . tayar tercampak ke mana entah . tragis betol rupa basikal aku tu . nak bagi korang tengok pon macam segan lebih je . ye laa , basikal tu hidup segan mati tak mahu je . so , tak payah laa kan .




sekarang keinginan nak berbasikal tu membuak buak je . tak tau laa kenapa . dah lama dah plan nak ronda ronda malaysia naik basikal . tapi masa je tak mengizinkan . so , beberapa hari yang lepas , aku terfikir laa nak ajak siapa join aku nie . and last sekali , mangsa aku ialah fiqa firzadiq . aku kenal dye dah lama giler kot . since aku sekolah rendah . darjah dua kalau tak silap . time tu aku sekolah kat Pandan Jaya . aku ingat lagi masa dulu dulu . time perhimpunan kelas si fiqa nie mesti beratur sebelah kelas aku . lepas tu aku ngan dye selalu beratur kat depan . cikgu kat sana kata siapa pendek beratur depan . kami kami yang kurang calcium nie pon duduk laa kat depan . tak patut betul , sering memperkecilkan orang yang tak berapa tinggi seperti kami nie .




lepas tu , masa darjah empat aku pindah sekolah lain . kalau korang nak tau , hidup aku dulu berpindah randah . asyik tukar rumah dan sekolah je . yang aku ingat aku pernah pindah rumah empat kali , pindah sekolah pulak tiga kali . penat wey angkut barang sini sana . *padahal aku tak buat apa apa pon . kecik lagi time tu . tapi nie laa kali terakhir aku pindah kot . now , still tinggal kat sini sampai laa sekarang . masa sekolah rendah kat sini aku jumpa fiqa lagi . rasa macam kenal tapi tak sure . aku nie memang selalu ingat kawan lama aku , yang sedihnya dorang tak ingat aku pon . lepas tu buat tak tau je laa . sekolah menengah pulak kiteorang masok sekolah yang sama jugak . tapi bukan satu kelas laa . dah akhirnya , masa form four and form five kiteorang satu kelas . sejak tu laa mula bercerita masa kanak kanak dulu . lama kan kiteorang kawan ?




dan pada suatu pagi yang indah lagi damai , awan tersenyum riang , burung berkicauan , bunga menari nari  *hamboi , pernah tengok ke bunga menari ? iaitu pada pagi tadi nak senang paham kan , aku bangun solat subuh then teros siap siap nak pergi rumah fiqa . tapi banyak betul dugaan . dengan mak aku tinggal aku sebab siap lambat . entah pagi tadi laa semua nak jadi . tak jumpa baju laa , nak melabur saham laa , nak makan laa , nak fikir pakai kasot ke selipar laa dan sebagainya . dah nak siap nie , fiqa pulak call kata jangan keluar rumah lagi , fiqa tak boleh keluar sebab kunci rumah tertinggal dalam kereta . selalu begitu -..-'




aku pon dengan semangat yang kental pergi laa menapak ke rumah si fiqa nie . tengah jalan pulak ada anjing yang merayau tak tentu pasal . buat aku cuak je . lepas tu teros jalan sampai rumah fiqa ambik kunci kereta kat rumah then pergi amik kunci dye yang tinggal dalam kereta tu . dan terselamat laa fiqa dari kesengsaraan tak dapat keluar rumah . teros keluar ambik basikal bawak masok dalam kereta myvi merahnya . nak masokkan basikal dalam kereta je dah berpeluh . dan menuju ke Putrajaya . semangat nie , sampai putrajaya kiteorang pergi . dan disitu laa segala galanya bermula . ewahhh .

























bajet menghirup udara segar dipagi hari .























tiba tiba feeling sedih , kekasihku tertinggal di perlis :P



















fiqa bersama kieka *muka tak puas hati je aku kan .























kaki aku tak sampai naik basikal nie .
























berhenti seketika kat taman permainan *muka macam tahan kentot :P























tadaa , tiba tiba naik fixie . lagi kaki tak sampai .




aku rasa dekat sejam lebih laa jugak kiteorang berkayuh . berpeluh laa jugak . tapi aku terseksa sebenarnya . sakit bon aku tau tak ? lagi lagi naik fixie tu . adoi , deritanya laa . dah laa kaki tak sampai , nak control pon susah . ada laa beberapa kali aku terlajak perahu boleh diundur terlajak basikal aku yang hancur , tergesel ibu jari kaki di jalanan dan termalu seketika dikhalayak ramai sebab control fixie macam entah apa apa . tapi tak apa laa , ada aku kesah ? hamik kau ! dah penat berkayuh , peluh peluh bagai . muka dah comot . akhirnya perjalanan berhenti di food court dan melantak roti sardin . macam tak berbaloi je kan ?



p/s : thanks fiqa sebab tumpangkan kite dan bagi pinjam basikal . heee .


No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)