Tuesday, October 4, 2011

1 paper sudah berlalu

assalamualaikum bro and sis ! yaww brutal tak aku ? pang skali !



pagi tadi exam pengajian islam . alhamdulillah boleh jawab sebab aku study macam nak gler *hiperbola di situ ye . thanks jugak kepada si pencabar aku iaitu driver aku sebab kiteorang betting pointer siapa rendah kena belanja makan . yeah , aku sahut cabaran tu . siapa takut , huh ! tapi kalau aku kalah aku belanja kau ais krim cornetto je boleh ? haha , kalau aku menang aku nak kau belanja aku makan pizza . haha , kempunan nie , dah lama tak makan pizza . lately , aku mengidam ais krim magnum . alaa , yang iklan dalam tibi tuh . kalau makan ais krim tu kau akan dilayan seperti puteri . cehh , aku makan tadi takde pon macam iklan tu . tipu je korang kan . saja nak suruh orang terliur then beli ais krim kau tuh . *horman tak stabil .



oke , berbalik pada tajuk . hilang fokus pulak tetiba . tadi tinggal lagi sejam then aku baru nak buat esei . dah laa kena buat empat esei , then cuma ada masa satu jam . aku pon tulis dengan selaju mungkin bagaikan iklan pen kilometriko . tapi sayang aku tak guna pen tu . kalau guna pen tu bole speed lagi laju ke ? siryes penat gler tangan aku tadi . rasa macam urat tangan aku nak putus sebab menulis tanpa henti . gler kentang bhai . aku tengok orang lain dah ramai yang keluar walaupun masa belum habis lagi . tinggal berapa kerat je yang ada dengan aku tadi . gelabah aku nak siapkan . apa apa pun , alhamdulillah , apa yang aku hafal banyak yang keluar .



now , tinggal lagi satu paper . paper pengajian malaysia pulak . kena study gler gler lagi nie , nanti kalah kena belanja driver aku pulak . tak nak ahh , selalu aku yang pau dye , haha . lepas habis paper nie boleh laa balik ke rumah then berbakti untuk keluarga pulak *poyo gler statement aku :P .takde laa nak berbakti apa sangat . just tolong buat kerja rumah je . maklum laa , kakak and mak aku sekarang busy dah lagak macam CEO , haha . aku je yang duduk relax kat rumah tu . so why not aku yang jadi bibik sementara kan . disamping dapat memecahkan lemak lemak yang semakin hari semakin menular dalam badan aku nie . secara tidak langsung keluar laa toksik toksin yang tak tak berguna nie .



doakan kejayaan aku untuk mengharungi satu paper lagi nie . mana tau boleh buat mak aku menangis tengok result aku nanti dan lantas berkata ' pandainya anak mama ' ( dengan linangan air mata serta air hingus dah air air yang sewaktu dengannya ) . haish , cepat laa habis exam , tak tertanggung beban ini di kepala otak aku .



p/s : thanks kepada mereka mereka yang tak jemu jemu mendoakan kejayaan aku :)

No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)