Thursday, December 8, 2011

ombak rindu yang begitu berpengaruh



assalamualaikum




hye kawan kawan ! dah tengok movie ombak rindu serindu rindunya ? i mean ombak rindu , hehe . mesti ramai yang dah tengok kan ? saya pon dah tengok , wee . aku rasa cerita nie sangat berpengaruh kepada rakyat malaysia sekarang . pergi sini ombak rindu pergi sana ombak rindu . semua orang dok cerita pasal ombak rindu . bukan senang nak tengok cerita melayu kita nak meletup cenggini ye dok ? so , memang hebat laa cerita nie sehingga membuatkan aku menempuh pelbagai dugaan semata mata nak tengok ombak rindu nie je . apa dia adik adik ? ombak rindu , yesss !




masa first day cerita nie keluar wayang aku dah berkobar kobar nak tengok . tapi tak dapat pergi time tu . so aku pergi time hari kedua or ketiga kot . aku pergi mid valley dengan encik eym serta kawan kawannya . aku dah semangat habis , sanggup meredah jam di tengah bandar sebab bak tengok cerita nie . ambik masa dalam satu jam jugak laa dari shah alam . sampai je mid valley terus serbu wayang dengan semangat berkobar kobar . tapi malangnya tiket habis dijual . sold out kau tahu ? lepas tu aku mula laa frustated kan . nak buat macam mana kan . redha je laa . lepas tu balik macam tu je . bersusah payah redah jam nie , sampai lenguh kaki aku walaupun bukan aku yang drive , hahahaha .




hari berikutnya , tetap tak putus asa nie . aku pi pulak dengan encik eym , babe amira dan amir . kiteorang pergi mid valley lagi sekali . kali nie lagi penat rasanya sebab kiteorang naik ktm . korang kan tau ktm nie tersangat laa laju sampai aku rasa nak tercirit menunggu kau . takpe laa . demi ombak rindu , sanggup ku redah jua , ecehh . perjalanan dari shah alam ke mid valley mengambil masa lebih kurang 3 jam . kejap je kan ? sampai mid terus serbu wayang . yesss , tiket sold out jugak . bahagia betul aku . tapi semangat tu still ada , so kiteorang pi cari kat the garden pulak . memang tak ada laa kan . it's okay , usaha tangga kejayaan katanya *tangan di dada , mata ke atas .



lepas tu dah taktau nak pi mana . then kiteorang pi mengisi perut yang dari pagi tak makan lagi . lapar giler doe . seterusnya , kami membuat keputusan untuk berpatah balik ke shah alam . dari mid pergi kl sentral pergi batu tiga ambik cab dan menuju ke jusco bukit raja pulak . sabar je laa . macam macam dugaan . memang aku berusaha keras nie . time tu hujan pulak . redah lagi . dengan pakcik pakcik teksi yang buat perangai , sesuka hati menge-pau student seperti kami . rasa macam nak cungkil lubang idong dye . amekaw ! setelah sampai nya kami di jusco bukit raja , dan akhirnya kini pasti * sila nyanyi lagu anita sarawak . finally ada jugak tiket . rasa nak sujud syukur , haha . tiket pukul 10.30 , jadi kami bersiar siar dulu dengan senang hati :)




ombak rindu yang digila gila kan .


jangan panggil saya encik , panggil je saya abang . walaweh , sweet giler laa kau .


cantik dress up dye , especially baju tu .


kau ada ? haha


ending yang best :)



kesimpulannya , cerita nie best sesangat laa . ada sweet , ada sedih , ada jahat and macam macam lagi . tapi bab sweet tu , memang sweet sangat laa . encik eym sempat berpesan , jangan nak berangan laa katanya . tau tau je budak nie . habis angan angan aku . tapi sedih laa , sampai mengalir ngalir air mata encik eym *betul laa kot . tak tahan tengok aaron aziz nangis . sangat berpuas hati sebab akhirnya dapat jugak tengok ombak rindu , walaupun sit kiteorang punya laa depan . duduk barisan kedua tu . mendongak laa kiteorang tengok , lenguh jugak laa kaki , pinggang , leher serta bon aku , haha . dan hasilnya kiteorang sampai rumah pukul 2 pagi . penat sangat lepas jalan seharian .



No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)