Wednesday, December 14, 2011

best giler bila dapat bercuti setahun sekali ( part 1 )




assalamualaikum




wahai rakyat malaysia , dengan ini beta ingin mengisytiharkan bahawasanya beta telah pergi bercuti di LONDON *oke fine , aku tipu . tak laa tak laa . sebenarnya i pergi GENTING HIGHLAND je pun , haha saja nak gebang lebih . well , u know me kan ? aku pergi bercuti minggu lepas selama dua hari satu malam bersama tiga orang kawan ku yang comellsss iaitu encik eym , babe amira and amir . dah lama benor kiteorang plan menatang nie . dari bulan sembilan kot . lepas tu asyik postpone je . ingat kan dah tak jadi , so buat bodoh je and finally jadi jugak . macam tak percaya je kiteorang pi holiday bersama sama kan .




act kiteorang baru plan betul betul minggu lepas , tapi plan pon macam tak ada perasaan , sebab time tu masing masing busy dengan keje laa , study laa . so banyak plan dalam fon je . then hari jumaat kaum lelaki pergi beli tiket bas . yess , kiteorang pergi naik bas je . sebab fikir keselamatan , penjimatan dah keseronokan yang bakal kiteorang semua hadapi . malam jumaat tu terus pergi shopping kat uptown *tak mampu nak beli mahal mahal . habis shopping terus balik rumah , lepas tu tengok jam dah pukul dua . kemas barang semua habis pukul tiga then terus tidur .  yaww , pukul 5 nak kena siap dah . gerak pukul enam pagi . awal giler gerak kan . sebab kiteorang gerak dari shah alam , tak balik puchong . dengan nak naik ktm nya lagi , so buat persediaan awal dengan bergerak seawal mungkin . yeah , keputusan yang tepat .




pukul lima bangon dengan penuh semangat waja terus mandi , siap siap , mekap sikit , lilit lilit shawl jap then terus bla . driver dah sedia menunggu untuk bergerak ke batu tiga . sampai kat ktm pukul enam setengah kot . then ktm sampai dalam pukul tujuh lebih kalau tak silap . kiteorang sampai kl sentral pukul tujuh setengah and terus pergi sarapan . sempat laa jalan jap sementara tunggu bas , bas kiteorang pukul lapan setengah . excited giler laa laa time tu , aku lagi laa excited lebih , macam tak percaya je plan menjadi . tu laa yang bestnya plan macam nie , tak payah nak plan semangat sangat , nanti apa pun takde . plan ala kadar je , mesti jadi , selalu macam tu laa .




naik je bas , lagi excited kot . senyum je kan . walaupun time tu semua mengantuk act , tapi excited punya pasal , mengantok semua tolak tepi . janji dapat pergi holiday kat genting highland . sebenarnya aku baru first time pergi tempat nie . sadis sungguh , selama lapan belas tahun aku hidup dan ini lah kali pertama aku menjejakkan kaki kat genting * sila ketawa tanda mengejek . sebab tu laa aku punya excited tu terover dos . oke , sambung balik . kiteorang sampai sana pukul sembilan setengah , sejam je pun naik bas . then naik cabel car * nie pun fiest time jugak . haha , kesian aku . bila sampai je kat atas , aku pon macam ' wow , akhirnya aku berada di genting *perasaan seolah olah berada di london . dengan kabus yang tebal , sejuk nya . dan macam mana aku bole lupa bawak jaket , aku pun tak tau , nasib baik lemak lemak tepu di perut dan pehaku dapat mengatasi kesejukan kat sana . kebal tak lemak aku ?




best giler laa aku rasa buat orang yang batak macam aku nie , yelah baru first time kan . korang kena faham perasaan aku yang rasa macam nak menjerit sambil lompat lompat dan berkata ' bestnya genting highland , next time nak datang lagi laa ' . tanpa membuang masa sesi photography pun bermula sebagai bahan bukti yang kiteorang pergi holiday . game pertama yang kiteorang main ialah yang kapal ayun ayun tu . entah apa laa nama dye . aku tak notice pulak . yang aku tau aku nak main semua . hohoho , tamak bukan ? macam berani sangat je nak main semua . memang aku takut sebenarnya , tapi aku nak main jugak . haa , nampak tak permainan dye . tapi satu game nie memang tak bole bla betul . aku dengan eksennya ajak encik eym and babe amira naik solero ke hape nama nya . * seperti biasa kau memnag takkan amik tau nama nama menatang nie . game yang naik atas pastu dye turun bawah dalam beberapa saat je tu . tau kan kan ? 



nie laa yang dimaksudkan .


time tu aku poyoronos ajak encik eym naik benda nie sebab dye macam takut je . baru main sikit dah pening pening , tujuan aku saja laa nak dajal dye kan . setelah beratur panjang sampai laa turn kiteorang . aku pulak yang cuak , macam takut je . aku pun ambik tempat dengan muka selamber radak .  then bila menatang nie naik aku tanpa sedar telah menyebut 'ohmygod ohmygod ohmygod ' entah berapa kali . lepas tu dah sampai atas aku ingat bole tak sedar , ingat tak sampai lagi . lepas tu time dye turun tu , ya allah . rasa macam nak gugur jantung . rasa macam terjun dari bangunan laa . sebab kita terapung kan , tak rasa duduk pun . muka aku tak payah cakap laa . macam nak menangis je . yang pelik nya semua orang jerit . aku je diam . haha , rasa tak pelik tu . yeah , aku memang pelik sikit . orang kalau takut menjerit . aku lain , kalau takut aku tak bole jerit . aku diam je macam orang tak ada perasaan .


before gerak * aww , comelnya stokin aku 


marilah berdoa sebelum makan :)
























tujuh setengah pagi















































mereka :)















































genting highland


muka mintak simpati




muka pujuk laki balik

tak bole excited lagi ke ?



sepuluh pagi 

tunggu turn nak main buai laju laju 

walaupun takut , kita senyum je haha

jaket tu sumpah busuk !



p/s : tunggu part 2 yea , penat upload gambar banyak banyak . naik berpinar mata aku .

No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)