Friday, August 17, 2012

resepi pejam mata Aidilfitri


assalamualaikum


tahun nie kuih raya buat sendiri ke beli ?
lepas bagi salam terus serang dengan soalan cepumas kan , haha .
okay , macam aku tahun nie tak banyak beli kuih raya sebab dapat banyak free ,
alhamdulillah rezeki ramadhan ,
tapi aku ada jugak buat kuih raya yang simple dan tak remeh nak buat ,
nak tau kuih apa ? haa aku buat cornflakes chocolate dengan biskut nestum je .


untuk cornflakes chocolate nie sangat laa senang ,
sebab tu tajuk entry nie resepi pejam mata ,
memang senang sangat nak buat ,
dalam masa sejam dah boleh dapat berbalang balang *sila teruja
untuk biskut nestum pon senang jugak ,
biskut nie first time buat , tengok resepi kat internet ,
tapi tak ikut sangat resepi , ikut tekak sendiri je ,
dan alhamdulillah menjadi jugak .
okay jom tengok resepi .



cornflakes chocolate

bahan-bahan :
coklat masak
cornflakes
paper cup

caranya :
1. cairkan coklat masak dengan menggunakan kaedah double boil
( isi air dalam periuk dan didihkan air tersebut , masukkan coklat masak dalam mangkuk dan letak diatas periuk didihan air tadi )
2. tunggu sehingga coklat tadi cair dan sejukkan .
3. bila dah sejuk , ramas cornflakes tidak terlalu hancur dan masukkan dalam coklat masak .
4. gaul sebati dan isi dalam paper cup .
5. biarkan coklat mengeras seketika .
6. hias mengikut kreativiti anda .

p/s : seeloknya guna coklat yang tak ada jenama sebab coklat cepat keras , kalau nak guna coklat berjenama pon boleh tapi lambat keras . so the solution is masuk dalam freezer kejap , dah keras boleh laa simpan dalam balang . *tapi aku guna coklat berjenama jugak .



contoh double boil coklat .




















cornflakes chocolate sikenitkieka ! *lap air liur please haha .




biskut nestum

bahan bahan :
butter                  250g
gula halus            2 cawan *boleh tambah kalau suka manis
esen vanila           1 sudu teh
telur                    2 biji
tepung gandum    3 cawan
nestum                3 cawam





caranya :
1. pukul butter dengan gula sampai kembang .
2. masukkan esen vanila dan telur , pukul lagi .
3. kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diikiuti dengan nestum .
4. bentukkan mengikut citarasa anda dan bakar 180 darjah celsius selama 20 minit .
5. hias mengikut kreativiti anda .





















hasilnya , tak hias apa pun sebab tak cukup bahan .





p/s : macam dah lambat je bagi resepi ? takpe sempat lagi nie *sedapkan hati . apa apa pun selamat     mencuba dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)


No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)