Tuesday, April 10, 2012

sedih sikit laa



assalamualaikum


hye korang , hari nie birthday mama kite .
dan rasa lain macam je sebab tak dapat celebrate birthday dia .
selalunya kiteorang semua suka buat surprise ,
walaupun kadang kadang taktik yang digunakan tak berubah .
tapi still buat jugaksebagai tanda kiteorang mengingati hari lahir mama .


kalau taktik sebelum nie suka beli kek then simpan dalam frige .
malam atau esok baru nak celebrate *beli sehari awal
walaupun kiteorang semua tau mama selalu bukak tutup frige .
nak ambik barang untuk masak , nak simpan makanan .
dah sah sah laa dia nampak kan ? * ntah pape punya surprise .
tapi mama selalu buat taktau je , walaupun dah mengesyaki .
pandai berlakon kan mama .


tapi semenjak dua menjak tiga menjak nie .
diorang suka celebrate tengah malam .
tepat pukul dua belas tu haa dia nak celebrate .
pukul dua belas tu jugak laa potong kek ,
melantak itu ini .
memang beronok ronok je lemak tepu serta lemak tidak
tepu lending maut dalam badan nie *baru belajar pasal lemak tadi .


kenangan yang paling best masa sambut birthday mama ,
masa aku form 5 kot , masa tu dia tak syak langsung taw ,
kiteorang beli kek pagi tu kalau tak silap ,
simpan dalam frige jugak , tapi kali nie mama tak perasan
walaupun dah banyak kali bukak peti ais .
sebab kek tu kat bahagian belakang .
then kiteorang semua asyik berbisik je ,
tengah bincang nak sambut bila sebenarnya .
lepas tu mama macam kecik hati sebab kiteorang tak bagi tau dia .
dari pagi kot kiteorang asyik bisik tu .
sampai dia cakap macam nie ' apa yang hang pa dok bisik nie ? '
kiteorang pon cakap tak ada apa laa .


mama kecik hati masa tu , then terus menghadap komputer buat kerja .
diam je , tak bersuara pon *rasa bersalah jugak buat mama macam tu .
lepas tu kiteorang semua keluarkan kek letak atas meja .
mama langsung tak perasan .
kiteorang pon memulakan perbualan .

kiteorang : mama , sini jap .
mama : ada apa ? *muka masam
kiteorang : tengok laa nie .
mama : apa dia ? * sambil menuju ke meja makan .
kiteorang : surprise ! *percikan bunga api
mama : alaa , you all nie susah susah je * sambil tersenyum senyum .
            lalu berkata ' ohh nie laa yang hang pa dok bisik dari tadi tu ? '
           * mama memang cakap bahasa perak kat rumah .
kiteorang : a'ah . yelah . hehehek :P


masa tu best sangat tengok mama happy ,
tapi hari nie kita semua tak dapat berkumpul untuk celebrate birthday mama .
kamal kat asrama , tikah kat kolej .
nak balik tu boleh je , tapi nanti menyusahkan pulak .
minggu lepas dah balik , nanti kena hantar balik shah alam .
malam tadi dapat wish kat mama kat fon je .
apa apa pun selamat hari jadi yang ke _____ ( sila isi tempat kosong ) tahun untuk mama .
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki * ucapan cliche
sorry ma , tahun nie tak ada hadiah dari tikah .
ekonomi meleset , merudum serta jatuh menyembah bumi .
next year dan tahun tahun akan datang insyallah ada hadiah , hehe .





ini mama saya , mama saya tau bukan mama awak .


ni gambar masa raya :)


p/s : saja nak luahkan perasaan walaupun kite tau mama tak layan blog kite nie -..-'



3 comments:

  1. hi..
    sudi2xlh dtg view gelang kristal dan mutiara sabah murah..
    http://missmoonblogshop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Muka awak macam kak ida lah senior saya :)

    ReplyDelete

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)