Friday, September 21, 2012

meluncur sambil tengok free show


assalamualaikum


alhamdulillah , akhirnya exam dah pon habis . last paper pukul 9 pagi tadi , sampai je rumah terus tidur sebab tak cukup tidur study sampai pukul 3 pagi . terima kasih banyak banyak kepada mama kerana telah mendoakan anakmu ini , tanpa doamu mungkin anakmu tak akan berjaya . terima kasih jugak pada imran hamzah dan kawan kawan yang selalu bagi semangat suruh study rajin rajin , kalau tak selalu malas je nak study . ayat dah macam buat penghargaan laa pulak .


sampai je imran kat puchong dia cakap nak ajak pergi main ice skating . then aku tanya la , siapa je yang pergi . dia bawak adik adik dia , so rasa macam lega sikit laa ada dorang . kiteorang gerak tengah hari dan sampai pukul 3 , singgah maxis center kejap lepas tu terus pergi beli tiket . yang pergi 4 orang , tapi beli tiket untuk 3 orang je . alahai , masa tu dah rasa tak tentu arah . ingatkan fana main sekali rupanya tak . dah tinggal aku sorang je yang tak pandai main , kalau ada fana ada laa geng tak pandai main hehe . dalam dilemma nak ke tak nak main , macam terpaksa main je jawabnya . memang dah lama rasa nak cuba cuma tak berani nie . kali nie dah ada orang ajak cubalah jugak .


masa ukur saiz kaki tu macam batak sikit laa , sebab tak pernah jejak pon dalam tu . lepas dah dapat kasut tu agak excited sebenarnya . masa pakai kasut tiba tiba macam ada aura seronok tak terhingga je nak cuba main . sekali nak jalan tu alahai senget benget kaki , dah macam budak terencat pon ada . aku tengok orang lain normal je jalan , sampai kat aku lain macam pulak . bila jejak atas ice tu , takut sangat masa tu . takut jatuh , takut orang gelakkan pon ada . tapi yang paling takut , kalau jatuh lepas tu tak boleh bangon . sebab selalu aku tengok orang yang baru nak cuba macam aku nie , bila dia jatuh dah tak boleh bangon sendiri . ada yang sampai 2 orang kena angkat dia .


tapi alhamdulillah , aku tak jatuh sekali pon tau . sebab imran ada , kalau tak ada mau tergolek dog kot aku . masa start gerak tu jalan kat tepi tepi je , tapi bila dah lama lama tu dah pandai main kat tengah tengah . dah boleh jalan sendiri , tapi still tak boleh jalan sorang sorang laa . sampaikan bila imran tinggal aku nak pergi cari adik dia , aku keras macam patung cendana je kat tepi tu . ada orang nak lalu pon aku still tak bergerak . tunggu imran datang balik baru gerak sana sini , sadis .



irfan . baru darjah 6 tapi bercakap macam orang dewasa serta suka mengusik aku , haha .


adik imran pandai main , katanya dia belajar 10 minit je , lepas tu terus pandai . imran suruh dia bawak aku jalan jalan . elok dia datang pegang tangan , tak sampai 3 minit dia dah buat muka boring . haha tau laa aku slow sikit . lepas tu imran jelah yang bawak aku ke hulu ke hilir . kiteorang main dalam 2 jam macam tu kot . hasil dia kaki aku sakit sangat , sampai merah merah . sebab kasut tu berlaga dengan tulang kaki . may be sebab aku jalan tak betol lagi , still senget senget kan . sebab tu laa , tapi kesan dia sampai 2 , 3 hari jugak laa . nak jalan pon sakit lagi .


tengah jalan jalan , tiba tiba dengar orang nyanyi . The London Boys datang buat show , aku tak sure laa korang kenal ke tak . aku pon tak kenal dorang mula mula tu . sebab rupa rupanya dorang laa yang lalu belakang kiteorang masa kiteorang tengah syok makan hotdog sambil melepak . tapi kiteorang buat taktau je , bila dorang dah habis buat show barulah tergedik gedik nak tangkap gambar . rasa beruntung sangat sebab first time main ice skating lepas tu dapat tengok free show depan mata pulak . memang tuah ayam nampak dikaki , tuah manusia siapa yang tahu . *sempat google search make sure ayat aku nie betol .



nak glove warna pink purple tapi tak dapat :(





 handsome :)



the end .



p/s : terima kasih sudi baca wahai followers yang ohsem :)

No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)