Monday, May 7, 2012

turun bas , itu dia !




assalamualaikum .


tengah duduk termenung tiba tiba teringat someone yang sangat bermakna untuk aku masa zaman hingus meleleh dulu , tiap tiap kali raya puasa dia akan call dan cakap selamat hari raya . tapi beberapa tahun yang lepas dia tak call pon . so dengan usaha yang gigih mencapai lappy lantas jari jemari menekan abjad M-A-W-A-R , tapi tak jumpa . cuba M-A-W-A-R-D-A-N-I pulak , masih tak jumpa , cubaan terakhir D-I-A-N-A-D-A-N-I . yess ! kali nie jumpa dan terus add . siapakah dia ?



Normawar binti Dani adalah kawan baik aku masa darjah empat , dia ada kembar yang bernama Nordiana binti Dani . dua dua nie satu kelas dengan aku , aku rapat dengan dorang nie je , sebab dulu aku agak pendiam orangnya , sekarang nie , nauzubillah haha . aku sekolah kat situ kejap je , dalam setahun kot . so lepas tu terus tak jumpa sampai sekarang . tapi bila dah jumpa kat facebook rasa seronok sangat , tapi dalam masa yang sama risau jugak , takut dorang tak kenal aku dah .



lepas si Diana nie dah approve , terus memulakan sesi memperkenalkan diri , alhamdulillah still kenal aku hehe , lepas tu add si Mawar pulak . mula mula dia tak kenal sebab muka dengan nama dah lain katanya , lepas cakap aku atikah nie , bestfriend kau masa darjah empat elit kelas pertama tu *tokok tambah sikit . dapat respon positif ' jap jap nie atikah yang birthday dua haribulan lapan tu ea ' ? ambik kau , sekali dengan birthday aku dia ingat , serius terharu kot , sebab dah lapan tahun tak jumpa , tak dengar khabar berita tapi dia still ingat birthday aku . tapi aku ? langsung tak ingat birthday dia , sorry sobsob .



so dengan semangat yang berkobar kobar aku dengan Mawar pergi date , hewhewhew *malu . cadang nak jumpa pukul dua belas , sekali terlajak tidur sampai pukul sebelas . memang tak laa aku nak bersiap satu jam je , nak tunggu bas lagi ? aku tak bagi encik driver ikut sebab nak jejak kasih setelah sekian lama terpisah kan . kalau encik driver ikut macam segan je . lepas tu , aku sampai dulu , then tunggu laa dia kat bus stop . saja tak bagi tau dah sampai sebab nak usha dia dari jauh , hehe . nervous dia macam nak jumpa bakal tunang weyh .



satu satu bas datang , lepas sorang sorang aku usha , tak nampak pon sekuntum Mawar merah nie , naik teleng kepala aku , lepas tu ada satu bas nie macam ada satu aura yang memanggil , berpinar cari orang last last , haa tu dia dari jauh dah senyum . aku dah segan serta kelu lidah berbahasa . ayat pertama yang keluar ' hai , asal kau macam pendek je doe ' ? *sila laa lempang sekali . teruja sampai tersalah cakap kot . lepas tu pergi shopping then makan . masa nie dah tak segan sangat , dah boleh cerita kisah hidup masing masing .



rasa janggal sikit sebab dulu aku rasa dia nie macam rock sikit , aku yang lembik . tapi sekarang terbalik pulak , dia ayu giler okay , aku pulak macam terlebih rock . dia cakap lembut je , terselah keayuan gitu . tak kisah laa , dia memang cantik dari dulu lagi , omputih kata natural beauty . tak yah nak mekap bagai , muka tu dah memang lawa . bibir pink original taw . ingat dulu masa kat sekolah , orang tu tanya . ehh you lipstick ye ? dia nie pon melayan , cakap a'ah i pakai lipstick lepas tu terus blah . orang tu macam tak percaya je , haha .



masa date tu tak tau nak pergi mana , lepas tu dia teman aku shopping , ke hulur ke hilir kitaorang jalan . kieka kot , tak main laa sekali dua je round round the world . kesian jugak tengok Mawar ,tapi dia kata takpe laa . so maknanya dia tak kisah laa kot . dah abis beli barang semua , pergi satu kedai tu . sebelum tu dah masuk , tak jumpa barang tapi jumpa bear comel sangat , tapi tak beli laa . masa nak balik ajak dia pergi kedai tu balik , cakap nak beli bear comel tu , mintak pendapat dia warna apa comel . lepas tu dia cakap warna coklat comel , tak cepat kotor . aku pun terus meragut dan bayar . masa nak balik tu , aku bagi dia bear yang aku beli tadi , memang untuk dia pun sebenarnya , saja tak bagitau . dia pun macam terkejut je , hehe . seronok sangat dapat jumpa kawan lama . nanti kita date lagi ye . jap nak upload gambar kiteorang date :)












p/s : babes , nanti kita pulak date ye ? rindu awak awak laa  .


5 comments:

  1. salam hye si kenit kieka .. :)
    aq bru pas bce niy wif my poli fren ..hhe
    erm terima kasih dah wat aq rasa terharu & feel specials fren wif u. . :) <3
    Gracias my bestfren ...hee
    sayang kamoo ..take care <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye kawan :)
      it's okay , thanks jugak sebab sudi jumpa kite sobsob .
      btw , seronok dapat jumpa kau ;)
      sayang awak jugak , take care too <3

      Delete
  2. Salam kieka....not much.....juz nak mintak kamu kem slm kat mawar....sbb dye adelah long lost sister-like friend....kenal masa dye abeh spm n dok nilai....kalau dye ingat lg la....juz bgtau abg ayyub kirim slm...thanx a lot..

    ReplyDelete

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)