Thursday, May 31, 2012

jejak kasih 2


assalamualaikum


macam biasa bagi salam dulu sebagai pembuka bicara ,
last week call babes aku , tanya pasal cuti semua ,
sebab nak plan hangout together lagi ,
macam tak penah penah je aku call dorang semua okay ,
sampai dorang pon pelik ,
aku dapat kredit free laa korang ,
tu yang call , kalau tak macam haram je aku nak call semua sekali kan .
segala kepelikan anda sudah terjawab sekarang .


setelah mengadakan mesyuarat tergempar melalui call , mesej dan whatapps maka tarikh yang ditetapkan
untuk jejak kasih kali kedua ialah pada 29 mei 2011 , yeah !
semua berkumpul kat ioi puchong je pon .
dekat , pantas dan jimat . sebab yang sorang nie kena balik awal ,
lama menunggu lagi dua orang puteri tak sampai sampai ,
kiteorang pon pergi makan dulu sebab masing masing belum breakfast ,
sampai habis makan pon tak sampai lagi ,
bila tak ada cerita lain , mula laa nak bergosip ,
habis semua cerita muda mudi keluar , taktau laa dah berapa bakul dosa ,
astaghfirullah halazim *muka suci


mula mula plan nak tengok wayang , then dorang kata nanti tak banyak masa nak borak ,
so tukar plan , nak karok pulak . survey sampai dua kali then tak jadi jugak ,
last plan adalah main boling , yess semua setuju , so go baby go !
time tu nak murah punya pasal guna laa kad ID , then ada dua orang tak bawak ,
so kena bayar harga lain laa , akak tu pon dah pening nak kira sebab ramai ,
last last dia bagi semua sekali student price , baik akak tu tau .


semua tujuh orang tapi yang main enam orang je ,
ntah kenapa yang sorang tu tak nak main pulak , takpe laa ,
kiteorang main dua game , nak spent time together kan kan ?
yang bestnya game pertama aku menang *kembang hidung duabelas saat
game kedua berusaha gigih laa , ingat nak menang lagi ,
fiqa yang mula mula tak join tu , dia tukar pulak dengan kawan kiteorang ,
maknanya dia yang gantikan laa , teror pulak kau ,
tapi taknak main , saja taknak tunjuk bakat terpendam lerr tu haha .


yang tak bole bla nya , di saat genting yang untuk menentukan siapa juara tu ,
aku dengan tahap keyakinan yang tinggi menggunung telah melontarkan bola boling tersebut
dengan penuh gaya , tapi tiba tiba bola tu bole tercampak ke belakang pulak ,
menggelupur aku kejar bola tu , semua kat situ dah gelak gelak ,
dari jiran india sampai sampai laa couple kat sebelah kiteorang tu pon bantai gelak ,
haha serius kelakar time tu  ,  taktau macam mana nak cover malu ,
tutup muka je laa masa tu , buat muka tak bersalah lepas tu terus baling je ,
haha , tu lah bangga sangat first game menang punya pasal ,
padahal beza satu markah je ngan kawan aku .
cubalah tengok nie .





















hai , nama saya kieka ye .



habis main boling tu , dua orang puteri dah balik ,
tinggal laa berlima je , on the way balik tu jalan kat kawasan rumah cikgu kiteorang
masa form five then singgah nak cari rumah dia ,
sampai empat kali pusing tak jumpa , lepas tu tanya orang je ,
patut laa tak jumpa dia baru renovate rumah dia ,
dah jumpa tu bagi laa salam banyak kali tapi tak ada orang jugak ,
tapi kipas terbuka , tidur ke cik nor oii ?
lepas tu balik je selepas bertungkus lumus cari rumah dia ,
frust menonggeng je semua *buat muka taik


 macam nie laa gelagat artis *baju kuning bergambar dengan peminatnya .

 sayang benor dia kat peminat yang sorang tu hahaha .




 akhirnya all the babes dapat berkumpul . 















p/s : i love you babes . nanti plan aktiviti lain untuk jejak kasih 3 okay :)


No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)