Sunday, March 25, 2012

best dapat berbakti untuk ibu tunggal



assalamualaikum


woah , leganya bila dapat lepak atas katil sambil melunjurkan kaku ,
dapat meregangkan otot otot sambil ditemani bear dan encik domo di sekeliling katil .
baru lepas tengok cerita usin bunga lakonan zizan raja lawak ,
dan sekarang masa untuk bersama encik belog tersayang .


pagi tadi sampai laa petang kiteorang iaitu budak budak kulinari ada buat
hikmat masyarakat untuk ibu ibu tunggal ,
seronok walaupun pagi tadi susah sangat nak bangon sebab malam sebelumnya
bergayut dengan encik eym sampai dahan patah .
lepas tu datang lambat pulak tu , tapi sempat lagi tolong diorang .
alaa lambat sikit je kot , wa ingat baru lapan setengah ,
rupanya dah pukul sembilan , haha .


kiteorang kena masak untuk ibu ibu tunggal yang datang .
macam macam kiteorang masak ,
mula mula masak nasi putih , ikan siakap stim , ayam dan sayur lemak .
lepas tu untuk dessert buat dadih .
untuk petang pulak buat pau sambal dengan bubur candil ke candir ohh whatever laa .
suka masa buat bubur tu , sebab kiteorang kena uli tepung jadi bulat bulat kecil .
bulat bulat tu pulak colourful sangat dan comel .


masa tengah siapkan makanan untuk ibu tunggal nie .
diorang pun ada  masak jugak tau .
chef kiteorang ajar diorang semua buat kuih .
ada lapan jenis semuanya ,
kuih cakoi , keria , tako , lompang dengan apa ntah .
tapi yang paling ingat sekali kuih puteri dua sebilik .
unik sangat nama kuih nie .


kiteorang ada kat kitchen lain ,
yang makcik makcik nie kat kitchen sebelah .
tapi aku selalu lari pi kat kitchen makcik makcik tu ,
sebab seronok tengok diorang belajar buat kuih ,
kalau duduk situ boleh belajar sekali .
makcik makcik tu pun nampak seronok je ,
serius rasa puas hati dapat layan makcik makcik tu semua .


ada laa jugak sembang sembang sikit .
itu pun makcik tu yang peramah .
nak tunggu aku nie memang tak peramah laa .
tak pandai laa nak jadi peramah nie .
sebab tu orang yang tak kenal selalu cakap aku sombong .
elehh , ingat aku tak tau lerr tu .


tak kena maka tak cinta ,
haa pernah tak dengar ayat tu ?
setakat nie kawan kawan yang dah kenal aku memang ramai sangat
cakap macam nie ' ehh , dulu ingat kau sombong ohh , tapi bila dah kawan kau okay rupanya '
kan kan ? lain kali jangan nilai orang kalau kita tak belum kenal siapa dia .
kenal dulu baru laa tau macam mana *lari topik dah nie .


lepas habis tugas kiteorang dekat kitchen 1 ,
kiteorang tunggu kawan kawan yang lain pulak habis tugas .
ada laa jugak tolong diorang , ramai tolong cepat siap ,
bila cepat siap cepat laa balik , tak gitu kawan ku ?
lepas dah tolong tu , banyak giler makanan tak habis .
nak buang macam membazir je .
so semua tapau bawak balik rumah .
bagi housemate makan , kan bagos tu .


dah siap tapau , chef kteorang bagi lagi guddies bag kat kiteorang .
walawehh , rezeki melimpah limpah .
dah laa tadi makan macam dah tak ada hari esok .
kalau boleh semua nak sumbat ,
haish gemok laa lepas nie , tak suka nya .












No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)