Saturday, July 9, 2011

kehidupan baru

assalamualaikum .


yaww , aku ade story lagi hehee . seperti yang korang semue tau , aku dah masok kolej minggu lepas . and today aku balik rumah haha . sebenarnye rumah aku ngan kolej nie dekat je . tapi gatal nak balik jugak kan walaupon baru seminggu dok kolej . agenda di sebalik nye adalah aku nak basoh baju pakai washing machine . hohoho bukan aku tak nak basoh pakai tangan tapi aku tengah menuggu washing machine yang tak sampai sampai lagi . fyi , hostel aku tu ada macam macam kemudahan termasok laa washing machine . tapi tu laa dorang tak hantar lagi . terasa malas pule nak menyental kaen baju tu kan :P


first day aku pegi tu rase janggal je . ye laa tak kenal orang lagi kan . orang pertame aku jumpe time tu ialah hajar . housemate aku . then kteorang berkenal kenalan laa kan . kebetulan dye same kos ngan aku . aku rase macam bersyukur gler laa . aku dah plan nak pegi kelas same same . so macam berade di zon selamat laa kan . tak payah terkial kial aku nak cari kawan pegi kelas . tak lame lepas tu babe aku pon sampai . time tu aku rase lega sikit laa . dah ade kawan yang betol betol rapat . 


yang free nie laa babe aku , mira . dye classmate aku time form 4 and 5 . duduk sebelah aku je dalam kelas . now dye roommate aku kat kolej . nie gambar hari pertama kiteorang pegi orientasi .


dah dua tiga hari kat hostel tu tibe tibe aku rase macam ' wahhh , saye dah lapan belas tahun ' . time tu aku fikir semue kerja kena buat sendiri . basoh baju sendiri , kemas barang sendiri , masak sendiri dan sebagainye laa . now aku kena berdikari . tak boleh nak harap kat mama macam dulu lagi . saye kan dah besar wee~ . and time tu jugak aku rase aku kena pandai jage diri sendiri . kena pandai pilih kawan . solat kena jage . mama dah takde nak bising bising kat aku kalau tak solat . tu semua aku kena fikir sendiri sekarang nie . tapi nasib baek laa ade orang yang jage solat aku kat sini . always suroh aku rajin solat and salu kejot aku solat subuh . thanx laa dior :)


kat kolej nie jugak aku kena pandai menguruskan wang . yeah , itu penting . sekarang nie yang tak penting tak payah beli . maybe duet tu bole gune untuk bende yang lebih penting . nak shopping pon fikir seratus kali . bab makan aku memang jimat giler . makan nasi skali sehari je . pagi dan petang makan laa ape2 selain nasi . tujuan nye untuk berjimat disamping berdiet . disebabkan aku amik kos seni kulinari dan confirm confirm laa aku akan masak pelbagai jenis makanan . bukan setakat masak je , kalau dah masak mesti laa nak rase kan . lepas rase nak melantak pulak kan . haa , so disitu aku dah ade kesedaran untuk control pemakanan aku . kalau tak aku akan berubah dalam sekelip mate . haa , kang aku balik ade je laa mulut mulut yang rajin menegur aku dah gemok laa , dah berisi laa , dah tembam laa kan . so aku kena bertindak awal untuk menghindar semue tu .


 last day orientasi , kteorang nak pegi hulu langat . time tu kena bangon awal dari biase and thats why mate kteorang sepet . 



isnin nie bermula laa riwayat aku sebagai pelajar yang mengambil kos DSKU . excited kot nak study . lagi excited nak masok kitchen ketung ketang ketung ketang . nanti kalau aku dah pandai masak sedap sedap aku nak masak untuk family aku , untuk kawan kawan aku and untuk boyfie aku mungkin ? and aku penah jugak berangan angan nak buat kek atau cupcake hari jadi untuk mereka mereka yang tersenarai dalam list aku nie .   pastu aku memang ade perancangan nak buat bisnes sendiri bile aku dah graduate nanti . tak mau keje office bagai . kurang berminat laa . bagi aku berniaga adalah something yang menyeronnokkan .


doakan laa aku supaya menjadi pelajar yang cemerlang . aku datang dengan niat yang betul iaitu nak belajar dan bukan laa untuk mencari jodoh ye . doakan aku supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baek , sihat serta jauhi laa aku dari sebarang gangguan yang bole buat aku rosak atau hilang tumpuan untuk belajar . 



No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)