Tuesday, April 12, 2011

Keserasian mengikut hierarki



hye .



Sulung dengan Sulung 
hubungan pasangan ini berpeluang besar untuk sering bertegang urat . masing masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah . jika hubungan cinta terjalin , ia memerlukan pengorbanan jiwa yang besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini .



Tengah dengan Tengah
pasangan ini sangat sesuai dan boleh melakukan aktiviti yang mereka sukai . mereka sangat selesa apabila bersama . namun anak tengah biasanye suka menyimpan rahsia . bagaimanapun , masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan sentiasa ingin berdamai .


Bongsu dengan Bongsu
Bersama yang seirama memang menyenangkan. namun , apabila tidak melihat kenyataan tentang konflik kehidupan dengan betul , mereka sukar untuk mengawal situasi . kedua duanya lebih bersifat manja dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain .


Sulung dengan Tengah
sudut negatifnya dari perhubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung . anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk sesiapa saja . meskipun begitu , ia seringkali menganggap si sulung yang suka menggertak dan menakutkan . jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung , mereka harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangan . namun , jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu , mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi .



Sulung dengan Bongsu
kombinasi yang selesa . si sulung dapat mengajar pasangannya untuk bertindak lebih teratur dan dewasa terutamanya saat menghadapi masalah yang sukar . sementara , si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan .


Tengah dengan Bongsu
hubungan ini akan berjalan dengan lancar , apabila si anak tengah cendurung bersikap seperti anak sulung . jika anak tengah menunjukkan ciri sejati , maka ia akan terbawa bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri . ia berlaku terutamanya , apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan .



p/s : saye anak tengah :)
       majalah Dara

No comments:

Post a Comment

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)