Saturday, July 21, 2012

siapa nak kurus dan sihat ? meh sini .



assalamualaikum


pernah dengar tak pati delima gulsan ? kalau tak pernah tak apa sebab aku pon baru je tau pasal produk nie . mula mula mak su aku yang guna dulu dan dia cerita serba sedikit perubahan yang dia alami . dia minum pati delima nie dan dalam masa sebulan yang pertama dia dah turun 2kg . selain tu dia rasa kulit jadi licin je dan dia masih amalkan sampai sekarang .


siapa tak nak cantik / hensem bergaya kan ? lepas mak su cerita perubahan dia tu , mama aku pulak beli dan cuba . tapi dia baru minum sikit aku dah rembat , hihi . aku dah cuba pati delima nie lebih kurang 2 bulan , aku ambil sekali je sehari dan  cuba teka apa hasilnya ? jeng jeng jeng . berat aku turun 2kg okay dan aku rasa cergas je badan . then kerap buang air kecil disusuli dengan besar haha . dan aku perasan jugak yang penyakit pelupa aku macam dah kurang sikit . ingatan makin kuat . lepas dah rasa semua nie , aku nak syorkan dekat korang supaya ambil produk nie dan rasa sendiri perubahan dia .


lagi lagi nak puasa nie , aku pasti ramai yang berbuka dengan macam2 jenis makanan dan melantak sampai tak ingat dunia . *aku salu buat dulu . jadi siapa yang nak rasa kurus murus di pagi raya nanti cubalah sebab memang banyak khasiat peti delima nie selain boleh membuang lemak berlebihan . insyallah . boleh beli melalui facebook kieka nawi . yang ada nombor aku boleh la rojer2 ye .





khasiat pati delima gulsan
  1. Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
  2. Melawan penyakit gout
  3. Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
  4. Merawat ‘sinus’
  5. Meningkatkan tenaga dan memulihkan keletihan
  6. Mencuci darah kotor
  7. Mencantikkan kulit muka dari dalam
  8. Memutihkan kulit
  9. Mencegah penyakit gastrik dan kanser usus
  10. Menyingkirkan lemak berlebihan & melangsingkan badan
  11. Membakar kalori dengan cepat 
  12. Mengeluarkan angin dan asid dalam badan
  13. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid ( mengelakkan sakit senggugut )
  14. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar 
  15. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
  16. Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
  17. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
  18. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
  19. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
  20. Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
  21. Menormalkan fungsi hati
  22. Menstabilkan peredaran darah
  23. Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
  24. Membunuh cacing dalam usus
  25. Awet muda
  26. Antioksida yang tinggi 
  27. Menstabilkan paras kolesterol
  28. Mencegah penyakit jantung
  29. Mencegah penyakit barah
  30. Merangsang tenaga batin
  31. Menegangkan payudara , membentuk perut dan punggung yang lebih kemas
  32. Anda hamil ?? pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi dan membantu tumbesaran janin
  33. Mencegah 'morning sickness'
  34. Mencegah Alzheimer dan nyanyuk dikalangan orang tua

cara minum :
1 sudu kecil pati delima diminum begitu sahaja , diikuti dengan air suam .
1 sudu kecil pati delima + segelas air suam
1 sudu kecil pati delima + 1 sudu kecil madu lebah + air (cara saya)
boleh tambah ais kalau nak sedap
boleh diambil 1-5 kali sehari ( jangan lebih takut sembelit )


harga sebotol (250ml)
RM20 , harga biasa RM30-35 sebotol .


postage :
SM : RM10
kalau dekat2 tu boleh bagi by hand je .


p/s : psstt , belum cuba belum tau .


Thursday, July 12, 2012

formula menghafal halaman Al-Quran


assalamualaikum


Saya terjumpa satu tips menghafal "muka surat " Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja.









Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 .Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82. Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?



Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 .Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182



Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442






p/s : selamat mencuba :)



Tuesday, July 10, 2012

banyak betul dugaan nak sampai sana


assalamualaikum rakyat jelata .


kite nak story pasal pengembaraan kite dan kawan kawan dekat melaka wonderland hari tu , cerita dah agak basi tapi still boleh update what ? okay hari tu masa encik eym balik cuti sem , seperti biasa bila dia balik tugas dia adalah untuk bawak kite jalan jalan round round the world . haa best nye ada orang bawak jalan . so selalunya before cuti tu kite dah list down tempat yang menarik lagi bersejarah untuk dilawati ,  kelasss kau maria kan . tapi dalam banyak banyak list , dua je yang dah pergi . yang lain tak sempat sebab cuti tak sama kan . walaupun tak semua tetap best , kieka kot pergi mana je tak best haha .



plan pagi tu nak gerak pukul sembilan , sebab jauh jugak dari puchong ke melaka . dalam 2 jam kot . tapi semua bangon lambat . inilah yang dikatakan janji tinggal janji , atau nak lebih glamor dengan orang kite nie ialah janji melayu . means janji tu tak penah nye tepat , mesti lambat punya . *pesanan buat diri sendiri jugak . may be sebab malam tu balik agak lambat , tidur pon lambat , maka wajar lah semuanya berjemaah bangon lambat . kite pon sama sebenarnya *lagi sekali peribahasa mengatakan , memaku dulang paku serpih , mengata oranag dia yang lebih . pesanan dari cikgu kamalecthumi . kite bangon lambat sebab bateri habis lalu alarm pon tidak berbunyi . sebaliknya tersedar bila dengar bunga api entah dari mana datang nya . terus menggelupur bangon mandi .



beria menggelupur bagai , bila text rupa rupanya dorang pon lambat jugak . jadi dengan senang hati nya aku bersiap lambat lambat sambil menyanyi lagu kau kunci cintaku didalam hatimu * sambil menari twist . rasa retro sangat masa tu . okay dah siap tu terus gerak , dah sampai melaka tu singgah rumah sedara encik eym kot . tiba tiba minyak nak habis , so isi minyak dulu . bila nak gerak balik tu kereta tak bole start pulak . gua dah panas je masa tu , dah laa tak sampai melaka lambat , dengan tak breakfast nya . memang angin laa kan . sebelum gua berubah menjadi hulk , better kiteorang makan dulu . lepas tu nasib baik laa ada 3 hero remaja nie pandai pasal kereta . akhirnya boleh jugak start enjin .



sampai melaka wonderland pukul tiga petang , bayaran masuk rm30 seorang , masa tu weekend . then terus berendam bagaikan encik bluehippo . tempat tu agak kecik , so macam tak puas je berenang renang dimuara . walaupun tak pandai berenang . dia ada lebih kurang enam kolam kot . tapi gelongsor air dia tu best jugak laa . haa korang tau tak , masa kiteorang nak pergi mendaki naik gelongsor air tu , ada satu family nie tengah mandi , entah macam mana anak dia yang umur tak sampai setahun kot tenggalam dalam air . lepas tu cepat cepat bapak dia angkat . terkebil kebil budak tu . may be bapak dia sibuk jaga anak dia yang sorang lagi kot . ya allah serius scary sangat . kite dengan encik eym speechless sebab terkejut . lepas tu sambung mandi seperti tiada apa apa yang berlaku .



kiteorang mandi sampai pukul 5.30 kot , sebab tempat pon tak besar sangat . lepas tu terus tukar baju . lepas mandi confirm lapar punya , so berhenti makan jap then gerak balik puchong . nasib baik lagi ada 3 orang yang boleh drive , jadi tukar tukar laa . yang tak drive bantai tidur sampai ternganga mulut . penat sangat berenang ke bro ? gitu laa gamak nye ye . jadi dengan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada encik eym yang sudi bawak jalan , encik acap selaku photographer dan encik hafizoddin kerana sabar melayan kerenah kite yang comel nie , ahakss , comel sangat *tangan didada mata ke atas .

























baju oren selaku ayah membawa anak anaknya bermandi manda , haha




ada orang main dalam bola tu tau , tapi kiteorang tak dapat .







p/s : terima kasih sudi baca , kalau lagi sudi follow laa sekali :)


Saturday, July 7, 2012

surprise birthday party !


assalamualaikum


hari tu dah buat entri pasal birthday encik eym kan , now nak buat entri pasal celebration pulak . aku buat persiapan sebulan sebelum birthday dia kot , fikir hadiah , kek , nak celebrate dekat mana , kawan berkomplot dan macam macam lagi laa . okay , mula mula fikir nak bagi hadiah apa dulu , idea nak bagi hadiah nie bertukar tukar sebab tak sure nak bagi hadiah yang sesuai . banyak jugak laa survey tempat nak beli hadiah , siap mintak pendapat kawan , cousin , dan family lagi nak beli hadiah apa . lepas fikir punya fikir , sampai bawak tidur nie fikir . akhirnya dah tau nak beli apa , terus beli , bungkus hensem hensem then setel .


kemudian pasal kek dengan makanan masa nak celebrate pulak . mula mula fikir nak buat kelainan sikit , so google search laa , youtube laa , blog laa . habis semua tempat diterokai dengan semangat sampai kembang kempis hidung . lepas tu terjumpa laa rainbow cake . tapi sadisnya kek nie tak famous kat malaysia lagi , yang aku tengok tu pon dekat negara mat salleh tu . bila search orang yang jual kek semua tak ada yang buat lagi . tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling yang mengambil jalan pintas melangkahkan  kaki ke secret recipe lalu menempah sekilo indulgent cake untuk diberi kepada suspek , aku dengan beraninya mengambil risiko untuk membuat rainbow cake sendiri . power kan ? haha . tapi guna bahan yang dah ada je , so ada kekurangan sikit laa . bila aku dah buat baru kek nie dia promo dekat nona kalau tak silap . dan rainbow cake nie dah meletop sekarang . kalau laa cepat sikit aku dah boleh oder je .


sebenarnya aku patut mengucap segerombolan terima kasih dekat kawan kawan aku yang banyak tolong bila aku dengan muka innocent nya mengajukan berdas das soalan masa nak beli barang , nak pakai yang mana , itu ini boleh tak , nak yang kecik ke besar dan sewaktu dengannya pada shuhada atau nama manja dia stich , haha comel je kan . thanks sangat tolong aku , aku tau aku banyak tanya sebab aku tak pernah belajar buat kek macam kau , selalu belajar sendiri je . kalau menjadi canang cerita satu kampung laa , kalau tak jadi diam diam sambil senyum kambing je . tapi tapi kali nie punya jadi taw , tapi comot sikit . sebab masa first trial tu buat dengan penuh kasih sayang , kali kedua yang betul betul punya tu kelam kabut sikit sebab nak cepat , tu yang comot sikit kot . tapi takpe laa , yang penting i ikhlas tau you .


hadiah dah setel , kek dah setel , akhir sekali kena fikir tempat nak celebrate . puas jugak laa fikir sampai naik juling dibuatnya . plan aku nak celebrate dekat taman je , tapi taktau taman dekat mana . mula mula plan dekat putrajaya , lepas tu cyberjaya , last sekali taman dekat rumah je . nie semua salah encik eym , buat perangai pulak kau ye . okay cerita dia macam nie . aku dengan encik eym nak pergi dinner malam tu , so nak gerak pukul 8 , tapi aku suruh datang lambat sikit sebab aku dah berkomplot dengan kawan kiteorang nak pergi taman dulu , so nanti suruh dia datang kat taman sorang sorang laa . tapi dia nie degil , aku suruh gerak lambat sikit tapi dia gerak awal pulak , dah laa tak bagitau dah on the way .



nasib baik kiteorang cepat , lepas beli barang barang ,  elok je aku bla dari rumah . dia call cakap dah sampai depan rumah , sumpah time tu kelam kabut , tak tau nak pergi mana . aku suruh dia datang taman , dia taktau laa pulak , dengan nada marah nya , aku mati akal nak buat apa . hancur semua plan . last last dia tunggu dekat depan kedai , then aku dengan kawan kiteorang nie turun terus serang dia . dia tengah marah masa tu , tapi lepas tu senyum je sebab nampak kek kan . tempat sangat laa tak strategik ye , agak keseganan bila bro india tu pandang pelik je . yelah kiteorang celebrate tepi jalan , dalam kereta . haa syahdu kan bunyi dia .


kek tak sempat potong , tak sempat makan ,  air pon tak sempat minum sebab nak cepat . takot kedai tutup , cepat cepat bungkus semua barang tu simpan dalam kereta lantas bergegas ke sunway piramid . kiteorang dinner dekat Garden . comel sangat tempat tu , ada pokok pokok hijau , ada buai . memang comel laa . aku order vanilla shake dan beef bolognese , encik eym hot chocolate dan kuew tiaw goreng mamak *baik makan kat mamak je bro . acap order hot chocolate je . dan semuanya berharga rm69.90 . beef bolognese dia sama macam masak sendiri kat rumah je , tapi yang nie portion macam untuk dua orang makan . vanilla shake dia sedap , macam rasa ais krim , kuew tiaw mamak dia biasa je , hot chocolate pon biasa . agak agak mahal ke tak ? ke berbaloi baloi macam kamdar ?


 tengah cover line sampai mencangkuk , apa kejadahnya ?





birthday present :)


sesi memilih menu .

beef bolognese 





kek comot sikit , sebab tu gambar kecik . *baru perasan huruf Y takde , kurang asam jawa punya kedai . jual huruf tak cukup .



p/s : kalau ada yang kurang harap dimaafkan , alang alang dah nak puasa nie baik mintak maaf awal awal .

Wednesday, July 4, 2012

segerombolan manusia ber-aerobik


assalamualaikum


jumaat lepas pihak kolej buat pertandingan aerobik ,
memang semua wajib masuk ,
sama ada sukarela ataupun paksarela , semua kena masuk ,
tapi kiteorang sukarela laa masuk ,
sebab best join benda benda nie , bukan selalu kan , boleh release tension ,
lagipun boleh aktif akademik dengan sukan ,
seimbang lagi sihat giteww , bak kata chef wan .


kiteorang dapat tau last minit pasal benda nie ,
so cuma ada masa 3 hari untuk berlatih ,
tak sampai 3 hari kot , just beberapa jam ,
kiteorang yang masuk poco poco dulu yang semangat giler barbie
practice sampai pukul 11 malam baru balik ,
sebab mentor kiteorang mintak tolong carikan step ,
then baru tolong ajar yang lain tu .


penat dia takyah cakap laa ,
non stop berlatih kot start dari pertandingan poco poco ,
show poco poco dan last sekali pertandingan aerobik ,
pergi kelas dengan mata sembap , terpaksa cover mata dengan mekap ,
sampai susut badan , mama pun tegur kenapa badan susut ,
semangat punya pasal kan , tak boleh buat apa laa .


sampai laa hari pertandingan tu ,
ramai sangat kumpulan yang bertanding ,
dalam 16 kumpulan kot kalau tak silap ,
semua teror serta super power ,
tapi yang tak tahan tu kumpulan kiteorang kumpulan pertama yang bertanding kot ,
haiyo , nebes i taw , dah laa berlatih kejap je ,
tapi tak kesah sangat laa sebab yang penting nak enjoy je ,
dapat mengeratkan silaturrahim antara kami semua ,
apa apa pon seronok tengok depa aerobik ,
kite pon layan je , hehe .


kesimpulannya , kumpulan kiteorang dapat tempat ke 8 dari 10 kumpulan ,
syukurlah , bak kata chef kite , ada jugak nombor walaupun berlatih 3 hari ,
miracle laa practice 3 hari terus jadi juara kan , katanya .
tapi kan , semalam kan , ada chef tu puji kiteorang pandai menari ,
hehe best dapat puaskan hati dorang , at least dorang appreciate usaha kiteorang ,
btw , thanks kepada semua yang terlibat , seronok practice dengan korang ,
semua memang sporting habis , tak boleh lupa moment tu ,
akhir sekali , silap dan salah harap dimaafkan .


jap nak upload gambar , hehe tak sah kalau takde gambar .















muka awal pagi , semangat !

kite kat tengah tu , nampak tak ?

 muka lepas perform , legaaa .


 antara yang bertanding , comel chef nie menari taw :)

gambar rompak dari kat fb chef syukrine :)



p/s : nanti kalau dapat video aerobik kite upload ye , thanks for reading :)