Tuesday, June 19, 2012

dah 4 bulan terbiar


assalamualaikum


setelah sekian lama baju kitchen terbiar kat dalam almari ,
baru semalam beliau dapat melihat dunia ini kembali ,
sem nie ambik subjek asian cuisine ,
belajar masak masakan asia ,
ada masakan malaysia , indonesia , jepun , singapura dan lain lain laa .


semalam first class untuk subjek nie ,
so semangat dia lain macam sikit ,
iron baju , apron baik punya tak kasi can kedut laa ,
nak sarung baju pon sengeh sorang sorang ,
dah lama tak pakai kan ,
lepas tu aktif semacam je dalam kitchen ,
memang tak rasa penat pon , even kena berdiri 6 jam ,
power kan kite ?


before masuk kitchen kena laa meng-hensem-kan diri dulu ,
potong kuku , pakai skaf , apron dan sewaktu dengan nya ,
dah hensem snap picture dulu untuk dijadikan kenangan untuk anak cucu ,
semperna hari pertama masuk class asian cuisine ,
dengan harapan supaya cucu cicit percaya bahawa nenek beliau maintain
comel walaupun berbaju kitchen , kuikui ,
sampai chef tegur ' dah habis tangkap gambar ? '
kemaluan kami disitu, hewhew .


okay , semalam masak masakan malaysia ,
so kiteorang masak nasi minyak , rendang ayam , kari daging dan arca rampai ,
dah bau bau orang kawin kan ,
kite laa tu sebenarnya , tapi pengantin lelaki tak sampai sebab tak jumpa
sampin baju melayu , rupanya mak dia simpan untuk raya nanti , choii .
bila masak kari daging tu agak kekok sebab macam tak pernah masak daging je ,
*pengakuan ikhlas bebenor nie
kite tak minat daging laa , salu makan bila nenek masak je ,
sebab bila orang lain masak salu liat , penat kunyah tak hancur jugak .


tapi semuanya berjalan lancar dengan adanya rakan seperjuangan ,
tak lain dan tak bukan , cik hajar yang mengajar cara potong daging lawan urat ,
toceyh toceyh , sekarang dah pandai masak daging ,
lepas nie confirm tak liat , nak masak je ingat muka hajar ,
ingat hajar , ingat daging , ingat lawan urat , hehek .























daging terbesau pulak , first time masak laa katakan . ampun .




p/s : encik eym kata kawin nanti masak sendiri laa , pon boleh haha .

4 comments:

Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)