Friday, November 16, 2012

sunsilk nourishing soft & smooth


assalamualaikum dan salam maal hijrah .


tengok iklan syampu sunsilk yang baru tu memang menarik hati betol ,
terutama untuk yang berambut kering ,
rasa macam perli habis ,
lantas aku berlari lari anak ke giant sebelah rumah lalu mencapainya ,
puas hati dapat jugak beli akhirnya ,
tapi dia tak ada jual 1 set , kena beli satu2 .


so apa yang aku dapat beli ialah syampu , conditioner dan nourishing spray ,
first time guna rasanya sangat best ,
perasaan berbunga terasa ingin melonjak keriangan ,
mana taknya , rambut jadi lembut , licin dan lembap ,
tiada lagi kekeringan *goyang jari telunjuk
spray dia tu kena guna hari hari baru lembut ,
syampu dengan conditioner tu aku guna 2 hari sekali je .





harga semuanya lebih kurang rm32 ,
nourishing spray tu nampak je kecik ,
tapi harga dia paling mahal antara yang besar besar tu ,
inilah yang dinamakan kecik kecik cili padi .



p/s : you should try this kalau nak rasa melonjak keriangan seperti ku .


Saturday, November 3, 2012

3 serangkai kecik vs besar



assalamualaikum



dulu ada readers yang pernah request entri pasal family , sekarang baru ada idea nak buat .  tapi nie bukan pasal family tapi pasal 3 serangkai iaitu adik beradik aku yang ohsem .




aku anak kedua daripada tiga adik beradik . atas aku kakak yang beza umur 4 tahun dan bawah aku adik lelaki yang beza umur 2 tahun . dari kecik sampai umur 3 tahun aku duduk dengan nenek aku dekat kampung . so aku memang jarang jumpa parents dan kakak aku masa tu sebab diorang stay dekat KL . sebab tu lah aku rapat dengan nenek aku sampai sekarang . tak heran jugak kalau balik kampung memang port aku tido sebelah nenek aku . tapi lepas 3 tahun mama bawak aku tinggal dengan diorang sekali .


disitu bermulalah bibit bibit perkenalan dengan kakak aku . menurut cerita mama , masa kecik aku memang tak ngam dengan kakak aku . ada je yang nak digaduhkan . sebab masa aku tinggal dengan nenek aku , kakak aku ditatang bagai minyak yang penuh , ewahh . yelah masa tu dia sorang je besar dan adik aku kecik lagi . bila aku datang , mama dengan abah kena bahagikan kasih sayang diorang sama rata . mungkin sebab tu laa kitaorang tak boleh ngam . *kakak jeles sebenarnya . tapi lama kelamaan kami mula bersatu padu kerana air dicincang takkan putus .


bila adik aku dah besar sikit , aku jaga dia dengan kasih sayang seorang kakak . kasih sayang sangat kan ? dulu aku rasa kiteorang adalah adik beradik paling sweet dekat apartment kiteorang duduk tu . kalau keluar je dari rumah aku mesti pegang tangan adik aku , walaupun nak pergi rumah jiran . aku ingat lagi bila seorang  makcik tu tegur kiteorang . dia cakap ' amboi , siap pegang tangan lagi '. ehh , haruslah makcik oii , saya sayang adik saya . * bermonolog sendiri .


aku punya tahap sayang kat dia tu , sampai aku tak boleh tengok orang buli dia . masa kecik adik aku nie lembik sikit , asyik nak nangis je . *masuk tadika pon nak nangis , tak paham aku . pasrah je bila orang buat jahat kat dia . so dia asyik mengadu je lah kalau ada apa apa yang tak kena . aku pon kalau dengar cerita yang tak sedap nie mula laa baran . aku pernah marah kawan dia sebab buli adik aku . masa tu dia darjah 3. masa dia darjah 5 pulak , ada jugak kawan kawan dia buli . aku cakap nak jumpa budak tu , tapi adik aku tak bagi . mungkin dia segan sebab dia lelaki tapi aku yang perempuan nie pulak nak defend dia . 


aku pulak masa tu dari segi fizikal memang laa perempuan , tapi dalam hati gua rock bhai . aku kasar sikit dulu , sekarang pon kasar jugak kot . tu sebab berjangkit dengan adik aku laa tu . dah terlampau rapat punya pasal , aku banyak luangkan masa dengan dia . bila dia tengok wrestling aku join sekaki . hasil daripada tengok wrestling tu laa aku start minat john cena , randy orton dan sebgainya . sampai satu tahap aku pernah main wrestling dengan dia . *masa muda muda dulu . masa tu aku kuat , dia asyik kalah je . lembik punya budak hahaha .


sejak dua menjak nie aku baru perasan yang aku still memanjakan adik aku , walaupun dia dah besar panjang . aku nie sebenarnya cepat kesian kat orang , kalau dia mintak tolong tu jarang laa aku tak tolong kan . sebagai contoh , hari tu dia on the way balik rumah , then dia mesej aku dengan ayat ayat yang sangat menyentuh hati macam nie . ' kau masak tak kat rumah ? aku lapar laa '. aku pon masak cepat cepat dengan harapan supaya balik balik je dia terus boleh melantak . dan kalau dia suruh aku hidangkan dia makanan masa dia nak bukak puasa , aku akan hidangkan jugak . bila aku puasa nan hado pulak dia nak layan aku macam tu ? kesimpulannya , aku tak boleh tengok adik aku berduka lara . lapar pon kira berduka lara jugak tu .


tapi bila dah besar nie , aku lebih rapat dengan kakak aku . mungkin sebab kiteorang nie gegirl , so selalu laa share minat pasal gegirl nie . selalu share rahsia pasal boyfriend , kadang kadang share baju dengan tudung . pergi shopping sama sama . beli baju dengan jam yang sama . takkan aku nak shopping baju dengan  adik aku pulak kan ? aneh pulak rasanya . lagi satu , aku perasan yang semakin besar adik aku , semakin serius pulak dia . susah laa nak bermanja manja macam dulu . dia dah semakin matang barangkali . matang laa kot , dah pandai ber-makwe-an sekarang nie .






p/s : terima kasih kerana singgah di belog ini :)