assalamualaikum
wee , kita dah masuk tahun baru laa tepat pukul dua belas malam tadi . macam tak percaya je kita nak masuk sembilan belas tahun . macam dah tua je rasa . seperti tahun tahun lepas jugak , aku celebrate depan tibi sambil tengok bunga api . and aku baru tau dorang ada buat sambutan tahun baru dekat i-city . frustated pulak rasa sebab dah dekat kot dengan rumah . kalau duduk rumah sewa aku tu lagi laa dekat . and lagi satu aku tengah jeles giler dengan encik eym , dia celebrate kat penang oke . kita duduk rumah je , tapi takpe laa sebab dah biasa macam nie . sejak aku lahir sampai laa umur aku lapan belas tahun nie aku tak pernah celebrate new year or merdeka *sila percaya .
nak cerita sikit nie , semperna tahun baru nie aku bole pulak mimpi bukan bukan . pagi tadi aku bangon lambat act . may be sebab mimpi tu laa kot . sampai berpeluh peluh , aku tersedar pon time encik eym call . masa tu aku rasa panas giler laa , dengan dahi aku berpeluh nya , badan jangan cakap laa . basah lenjun dah . nasib baik encik eym berjaya bawak aku keluar dari mimpi aku yang entah apa apa tu . korang mesti tertanya tanya kan , apa laa yang aku mimpi sampai berpeluh sakan . panjang cerita nya , malas laa nak cerita . yang aku tahu mimpi tu complicated sangat sampai buat aku berfikir dan risau sepanjang mimpi tu . tu yang bangon bangon je rasa sakit kepala *padahal terlebih tidur :P
bila cerita pasal tahun baru nie mesti semua orang ada azam baru kan . bukan fb je ramai laa yang post pasal azam dorang . azam aku apa pulak ? aku pon tak pasti lagi nak azam apa untuk tahun nie . kalau tahun lepas aku punya azam adalah nak pakai tudung secara tetap . tak on off macam tahun sebelumnya dan aku rasa azam aku tu dah tercapai . tahun nie azam aku nak dapat pointer 3.5 ke atas . woah , azam bukan main nie . tak kisah laa , janji ada azam jugak kan . so dengan ini aku kena study rajin rajin laa supaya dapat capai target tu . mudah mudahan tercapai laa , amin .
azam lain pulak , nie kira azam sampingan laa . kalau tercapai alhamdulillah , kalau tak tercapai pon takpe . boleh ke macam tu ? boleh laa dari tak ada . kalau boleh tahun nie aku nak ada lebih ramai kawan . kalau ramai kawan kan best . bak kata pepatah , kawan biar beribu , kekasih biar satu . cewahh , macam geli pulak , haha . *kalau anda turut geli atau rasa nak muntah ketika membaca ayat nie sila pergi ke kedai lantas membeli asam masin dan limau kasturi lalu sumbatkan asam kedalam limau tadi dan makan bersama sama dengan saya . pasti lagi sedap .
p/s : terima kasih kerana mambaca entri yang tersasar sikit dari tajuk . peace 2012 :)
No comments:
Post a Comment
Awak Awak ,
dah baca tu apa kata comment sikit ,
sikit je :)