Thursday, October 25, 2012

sawadikap thailand


assalamualaikum uolls .


lamanya tak hapdet belog , rindu kite tak ? *sila angguk laju laju . cuti cuti nie busy sikit , al maklumlah sekarang dah jadi surirumah berjaya . makanya serba serbi kerja rumah perlu diutamakan dulu then barulah boleh jenguk belog . nampak macam rajin tak bila tulis macam nie , huahuahua . 























kasi tunjuk gambar aku berfoya foya kat phuket dulu .


kiteorang bertolak dari kolej malam , dalam pukul 11 macam tu . kiteorang naik bas je sebab save bajet . malam tu tersangat laa sejuk sampai keras kaki tangan semua . rugi tak dengar cakap mama suruh bawak stokin , last last aku yang sengsara . jari jemari pon keras sampai nak text mesej pon tak rasa jari . lepas tu pusing sini sana tak boleh tidur sebab sejuk sangat . bila dah pagi baru boleh tidur , tu pon asal aku dapat lena kejap bas berhenti pulak .


gerak pukul 11 malam , pukul 7.30 malam esoknya baru sampai hotel . satu hari dalam bas , sakitnya rasa lutut den nie . tapi lambat sebab banyak berhenti untuk makan , solat dan sebagainyalah . bila sampai hotel kat phuket tu rasa bersyukur sangat sebab dapat lending atas katil setelah seharian bengkang bengkok tulang dalam bas , rasa nak mengamuk pon ada sebenarnya haha .




aloha villa , yess inilah hotel yang kiteorang duduk untuk 3 hari 2 malam .





























susah jugak nak cari makanan halal dekat sana , tapi abang tour guide handsome tu ada laa bagitau kedai 
kedai yang menjual makanan halal . so selama lebih kurang 3 hari kat sana kiteorang memang makan dekat kedai yang sama je . lepas makan kiteorang jalan jalan then lepak kat pantai dan terus balik bilik berehat . kiteorang bawak macam macam bekalan hidup dari malaysia untuk santapan tengah malam tatkala sedang menonton tivi sambil makan atas katil .



























alahai comel je cik teh ais , siap ada bunga lagi tau .

 seafood yang fresh dan besar giler .


me and hajar :)


hari kedua kiteorang dibawa berjalan jalan sekitar pantai rawai , ada dua tiga tempat jugak kiteorang pergi . permandangan dia sangat cantik dan berangin . walaupun cuaca agak panas tapi serius memang enjoy dengan kawan kawan semua . barang barang dekat phuket  memang cantik sangat sangat , banyak yang berkenan sebenarnya . tapi satu hape pon tak beli , tak tau laa masa tu dapat pulak menahan nafsu shopping nie sebab kiteorang diberitahu barang dekat hatyai lagi murah dan barangnya lebih kurang sama dengan apa yang dijual dekat phuket . so kiteorang menanti dengan penuh harapan supaya dapat shopping secara bermaharajalela di hatyai nanti .





 ekin , me and hajar








hari ketiga check out hotel aloha villa kemudian kiteorang dibawa ke Phang Nga untuk melawat pulau James Bond pulak . best sebab dapat naik bot , tapi yang tak bestnya bila air laut tu tepercik kena muka . kalau sikit takpe , nie macam nak lenjun sebab kiteorang duduk kat bahagian tengah . memang nasib kiteorang laa mandi air laut kan . sampai je terus dapat makan then baru teruskan perjalanan dan memberi sumbangan untuk membina masjid di Pulau Pan Yee . kat pulau ni ada 2 tempat je atas darat iaitu masjid dan kubur . yang lain semua air termasuklah rumah . kalau melepas dia buang kat mana ye ?



kami wira wirawati negara .


 pelik aku tengok dorang nie , kiteorang datang tapi dorang still fokus belajar . takde pandang luar kelas pon . aku rasa kalau kat sekolah aku dulu , mak bapak datang pon semua sibuk usha luar kelas . cikgu kat depan dipinggirkan . tapi budak budak nie tak heran pon orang luar datang , tabik spring toing toing laa .

tiba tiba rasa macam nak pura pura mesra huhuahahuhehe *gelak bersepah .


comel habis monyet nie , tak sempat nak dukung . tuan dia cepat cepat bawak lari . kedekut wekk :P



dah selesai bagi derma semua , kiteorang bertolak ke hatyai pulak . tengah dalam perjalanan aku rasa tak sedap perut terus termuntah dalam bas . dua kali pulak tu , tapi lucky tak ramai yang tau . kalau tak malu i tau . thanks hajar sebab jaga aku dan tolong gosok belakang aku time tu . nasib baik sempat capai plastik kalau tak habis aku . perut aku masuk angin , may be sebab tak biasa dengan makanan kat sana kot . terus jadi lemah takde mood nak bercuti cuti malaysia . 


sampai Hatyai kiteorang check in dekat Grand Plaza Hotel . malam tu tak makan pon sebab takut muntah lagi , badan pon dah panas . lepas teman dorang makan terus balik then tido , sebab memang tak larat sangat dah . tapi pagi esoknya dah okay sikit , perut tak buat hal . kalau tak spoil mood je nak shopping . kiteorang shopping last minute sebab pagi tu masing masing bangun lambat sebab penat . lepas tu masa nak shopping tu terhad laa , so tak dapat shopping habis habisan . dah laa last minute , lepas tu frustated pulak tu . kat Hatyai banyak jual baju , seluar dengan beg je . frustated menonggeng sangat sebab tak shopping dekat Phuket , kat sana lagi banyak barang cantik cantik .


lepas shopping kelam kabut balik bilik mandi then terus check out nak balik Malaysia . rasa tak puas pulak duduk sana walaupun dah almost lima hari . kalau tengah seronok tu rasa kejap je masa berjalan . lagi lagi kalau dengan kawan kawan . apa apa pon syukur alhamdulillah selamat pergi dan balik .