Thursday, September 27, 2012

resepi beef lasagna


assalamualaikum dan selamat malam .


straight to the point , hari nie aku nak share resepi lasagna yang sedap dan lemak berkrim yang aku buat baru baru nie . memang sedap tapi terasa menyesal makan banyak sangat sebab lemak dalam badan sudah mula membiak dengan jayanya . nak menyesal pon tak guna , nasi dah jadi bubur mac donald yang digemari ramai . nak taknak terima je laa .






























bahan-bahan :

lasagna
1 labu bawang besar
5-6 ulas bawang putih
daging kisar
tomato puree ( aku pakai prego je )
garam
lada sulah


bahan bechamel sos :
1/2 butter
3-4 sudu tepung gandum
600ml susu segar
1/2 cheddar cheese ( aku guna 6 keping chesdale )
garam


cara penyediaan :

  1.  rebus lasagna , letak minyak dan sedikit garam . letak tepi .
  2.  cincang bawang besar dan bawang putih kemudian tumis sampai naik bau .
  3.  masukkan 1/2 sos prego .
  4.  masukkan daging kisar . boleh tambah cendawan butang atau bahan lain . ( ikut selera masing2 )
  5.  perasakan dengan garam dan lada sulah . 
























bechamel sos :

  1. cairkan butter , guna api yang kecil .
  2. masukkan tepung gandum , kacau guna wire whisk supaya tak berketul .
  3. tuangkan susu segar , kacau lagi .
  4. masukkan chadder cheese , ( boleh guna parmesan cheese ).
  5. bila dah pekat , masukkan sedikit garam .
*sos akan lebih pekat bila sejuk .




sapukan butter pada loyang supaya tidak melekat . letakkan inti daging dulu sebab kalau letak lasagna kat bawah nanti susah nak potong sebab melekat . lepas letak daging , letak bechamel sos , lepas tu lasagna . ulang benda yang sama sampai 3 kali . last sekali letak sos bechamel dan taburkan cheese . aku guna mozarella cheese . panaskan terlebih dahulu oven , kemudian bakar lasagna tadi dengan suhu 180 darjah selsius selama 30-40 minit .

























baru keluar dari oven . excited nak rasa sekali melecur lidah . amik kau .

























lasagna yang tak berapa nak stabil . kepingan lasagna dia tebal , sebab terletak banyak .


resepi nie untuk satu loyang . cukup untuk satu family makan . tapi aku salah strategi sebab buat masa adik aku tak ada dekat rumah . kalau dia ada confirm habis lasagna aku . nak dijadikan cerita , sebab banyak sangat lebih , aku siap bagi dekat jiran dan makcik aku . nasib baik dorang makan , kalau tak membazir je buat banyak . dah laa mahal beli bahan . rasanya semua bahan yang aku beli harga dia lebih kurang rm40 . bergantung kepada jenis cheese yang digunakan . maka hipotesisnya , semakin banyak jenis cheese yang digunakan , semakin mahal harga bahan bahan yang perlu dibayar .



p/s : kalau menjadi bagitau kite , kalau tak jadi cuba lagi . selamat mencuba !



Friday, September 21, 2012

meluncur sambil tengok free show


assalamualaikum


alhamdulillah , akhirnya exam dah pon habis . last paper pukul 9 pagi tadi , sampai je rumah terus tidur sebab tak cukup tidur study sampai pukul 3 pagi . terima kasih banyak banyak kepada mama kerana telah mendoakan anakmu ini , tanpa doamu mungkin anakmu tak akan berjaya . terima kasih jugak pada imran hamzah dan kawan kawan yang selalu bagi semangat suruh study rajin rajin , kalau tak selalu malas je nak study . ayat dah macam buat penghargaan laa pulak .


sampai je imran kat puchong dia cakap nak ajak pergi main ice skating . then aku tanya la , siapa je yang pergi . dia bawak adik adik dia , so rasa macam lega sikit laa ada dorang . kiteorang gerak tengah hari dan sampai pukul 3 , singgah maxis center kejap lepas tu terus pergi beli tiket . yang pergi 4 orang , tapi beli tiket untuk 3 orang je . alahai , masa tu dah rasa tak tentu arah . ingatkan fana main sekali rupanya tak . dah tinggal aku sorang je yang tak pandai main , kalau ada fana ada laa geng tak pandai main hehe . dalam dilemma nak ke tak nak main , macam terpaksa main je jawabnya . memang dah lama rasa nak cuba cuma tak berani nie . kali nie dah ada orang ajak cubalah jugak .


masa ukur saiz kaki tu macam batak sikit laa , sebab tak pernah jejak pon dalam tu . lepas dah dapat kasut tu agak excited sebenarnya . masa pakai kasut tiba tiba macam ada aura seronok tak terhingga je nak cuba main . sekali nak jalan tu alahai senget benget kaki , dah macam budak terencat pon ada . aku tengok orang lain normal je jalan , sampai kat aku lain macam pulak . bila jejak atas ice tu , takut sangat masa tu . takut jatuh , takut orang gelakkan pon ada . tapi yang paling takut , kalau jatuh lepas tu tak boleh bangon . sebab selalu aku tengok orang yang baru nak cuba macam aku nie , bila dia jatuh dah tak boleh bangon sendiri . ada yang sampai 2 orang kena angkat dia .


tapi alhamdulillah , aku tak jatuh sekali pon tau . sebab imran ada , kalau tak ada mau tergolek dog kot aku . masa start gerak tu jalan kat tepi tepi je , tapi bila dah lama lama tu dah pandai main kat tengah tengah . dah boleh jalan sendiri , tapi still tak boleh jalan sorang sorang laa . sampaikan bila imran tinggal aku nak pergi cari adik dia , aku keras macam patung cendana je kat tepi tu . ada orang nak lalu pon aku still tak bergerak . tunggu imran datang balik baru gerak sana sini , sadis .



irfan . baru darjah 6 tapi bercakap macam orang dewasa serta suka mengusik aku , haha .


adik imran pandai main , katanya dia belajar 10 minit je , lepas tu terus pandai . imran suruh dia bawak aku jalan jalan . elok dia datang pegang tangan , tak sampai 3 minit dia dah buat muka boring . haha tau laa aku slow sikit . lepas tu imran jelah yang bawak aku ke hulu ke hilir . kiteorang main dalam 2 jam macam tu kot . hasil dia kaki aku sakit sangat , sampai merah merah . sebab kasut tu berlaga dengan tulang kaki . may be sebab aku jalan tak betol lagi , still senget senget kan . sebab tu laa , tapi kesan dia sampai 2 , 3 hari jugak laa . nak jalan pon sakit lagi .


tengah jalan jalan , tiba tiba dengar orang nyanyi . The London Boys datang buat show , aku tak sure laa korang kenal ke tak . aku pon tak kenal dorang mula mula tu . sebab rupa rupanya dorang laa yang lalu belakang kiteorang masa kiteorang tengah syok makan hotdog sambil melepak . tapi kiteorang buat taktau je , bila dorang dah habis buat show barulah tergedik gedik nak tangkap gambar . rasa beruntung sangat sebab first time main ice skating lepas tu dapat tengok free show depan mata pulak . memang tuah ayam nampak dikaki , tuah manusia siapa yang tahu . *sempat google search make sure ayat aku nie betol .



nak glove warna pink purple tapi tak dapat :(





 handsome :)



the end .



p/s : terima kasih sudi baca wahai followers yang ohsem :)

Tuesday, September 4, 2012

pergi rumah sendiri pon kena pakai baju kurung ?


assalamualaikum .


haish , lapar bebenor perot nie ,
tak lunch lagi terus makan malam kejap lagi ,
jari jemari nie pon dah tak larat nak taip ,
sopannya aku nie , pendahuluan dah cerita pasal perut .


aku dengan housemate dah lama plan nak buat makan makan ,
saja nak semua berkumpul sekali sebab semua asyik busy je ,
so balik dari class kiteorang terus pergi beli barang ,
sampai rumah terus siap bahan untuk masak ,
bab nie semua boleh dianugerahkan pekerja cemerlang ,
sebab semua buat kerja dengan cepat dan pantas ,
tapi penat jugak sebenarnya ,
mana tak nya tak sempat rehat terus buat kerja ,
dan akhirnya semua menu yang dirancang siap dimasak dengan
jayanya oleh kami semua , yeah ! sep sikit .


dah siap semua pergi laa fresh kan badan masing masing ,
tiba tiba yang sorang nie dah siap pakai baju kurung ,
padahal kiteorang saja je bergurau suruh semua pakai baju kurung ,
sebab kiteorang buat jamuan raya sekali ,
tup tup dia buat betol betol pulak , haha ,
tak sampai hati punya pasal kiteorang pon join pakai baju kurung jugak ,
lepas tu gelak gelak , macam kelakar pulak kan ,
padahal rumah sendiri nie ,
tapi meriah jugak laa , rasa sikit mood raya tu .


opening jamuan main tangkap gambar dulu ,
entah berapa lama  tangkap gambar sampai pening pening kepala aku lapar ,
tengah makan boleh pulak rasa mengantok sampai nak tidur pon ada ,
penat agaknya bekerja dah macam robot tak ada rehat ,
penat tak penat makan boleh tahan banyaknya ,
sampai sesak nafas den dibuatnya ,
menu dia pulak sedap sedap , tu yang makan tak hengat dunia ,
apa apa pon thanks kepada yang memberi kerjasama ,
tahun depan boleh laa buat lagi , insyallah :)


spageti aglio-olio , nasi impit , kuah lodeh , begedil , sambal ikan bilis , oren dan choc moist cake :) 

bersama amira versi bertudung :) 


faten hisham dan anis zakiah .

mereka . 

housemate . 









p/s : terima kasih sudi baca <3



Sunday, September 2, 2012

pejam celik pejam celik dah setahun rupanya .


assalamualaikum


rasanya belum terlambat lagi nak ucap selamat hari merdeka yang ke 55 tahun .
macam frustated sikit sebab tahun nie semua perayaan macam tak rasa je .
hari raya hari tu pon sama , macam tak berapa best ,
kali nie merdeka pon macam tak rasa apa apa ,
tak celebrate langsung , rasa macam tak layak duduk malaysia pulak haha .
mungkin sebab busy dengan assignment sampai tak ingat tarikh .
birthday sendiri pon dah tak ingat .


haish , selalu je lari tajuk ,
bukan nak cerita pasal merdeka mahupun raya sebenarnya ,
entri hari nie nak cerita pasal annyversary yang pertama dengan
encik eym atau imron atau imran hamzah ,
banyak betol nama panggilan dia nie ,
well , aku nie kadang kadang suka suka je tukar nama orang ,
dari imran hamzah jadi imron aziz ,
dari hajar aku tukar hajur , kadang kadang hajarul aswad ,
yang adik aku pulak nama dia kamal , tapi aku suka panggil dia kamaleswary haha ,
mama selalu marah , tapi dia watlek wat peace je *bahasa apakah ini ?


anny kali nie tak celebrate pon , tak ada orang nak bawak jalan ,
dia just call then wish sahaja , okay laa dari tak ada kan .
*tolong laa rasa bersalah encik imran , haha
katanya bila balik nanti dia celebrate ?
kalau macam tu nanti saya nak hadiah anny ye encik imran ,
tu kira denda sebab awak tak balik celebrate ! *muka garang
untuk imran hamzah thank you bagi cincin masa propose dulu ,
and saya dah pakai selama setahun , tak bukak2 pon tau .
mandi pakai , makan pakai , siang ikan pakai , jemur kain pakai , haa apa lagi ?
hehe tahniah kieka *tepuk bahu sendiri .



 pandai pilih cincin ye :)























rompak lipstick pink mama punya .
























btw , len baru warna biru . tapi tak suka sangat sebab terang pulak warnanya .





p/s : nak cerita masa imrah hamzah propose tapi malu , kuikui *gelak mintak kaki .