Friday, August 17, 2012

resepi pejam mata Aidilfitri


assalamualaikum


tahun nie kuih raya buat sendiri ke beli ?
lepas bagi salam terus serang dengan soalan cepumas kan , haha .
okay , macam aku tahun nie tak banyak beli kuih raya sebab dapat banyak free ,
alhamdulillah rezeki ramadhan ,
tapi aku ada jugak buat kuih raya yang simple dan tak remeh nak buat ,
nak tau kuih apa ? haa aku buat cornflakes chocolate dengan biskut nestum je .


untuk cornflakes chocolate nie sangat laa senang ,
sebab tu tajuk entry nie resepi pejam mata ,
memang senang sangat nak buat ,
dalam masa sejam dah boleh dapat berbalang balang *sila teruja
untuk biskut nestum pon senang jugak ,
biskut nie first time buat , tengok resepi kat internet ,
tapi tak ikut sangat resepi , ikut tekak sendiri je ,
dan alhamdulillah menjadi jugak .
okay jom tengok resepi .



cornflakes chocolate

bahan-bahan :
coklat masak
cornflakes
paper cup

caranya :
1. cairkan coklat masak dengan menggunakan kaedah double boil
( isi air dalam periuk dan didihkan air tersebut , masukkan coklat masak dalam mangkuk dan letak diatas periuk didihan air tadi )
2. tunggu sehingga coklat tadi cair dan sejukkan .
3. bila dah sejuk , ramas cornflakes tidak terlalu hancur dan masukkan dalam coklat masak .
4. gaul sebati dan isi dalam paper cup .
5. biarkan coklat mengeras seketika .
6. hias mengikut kreativiti anda .

p/s : seeloknya guna coklat yang tak ada jenama sebab coklat cepat keras , kalau nak guna coklat berjenama pon boleh tapi lambat keras . so the solution is masuk dalam freezer kejap , dah keras boleh laa simpan dalam balang . *tapi aku guna coklat berjenama jugak .



contoh double boil coklat .




















cornflakes chocolate sikenitkieka ! *lap air liur please haha .




biskut nestum

bahan bahan :
butter                  250g
gula halus            2 cawan *boleh tambah kalau suka manis
esen vanila           1 sudu teh
telur                    2 biji
tepung gandum    3 cawan
nestum                3 cawam





caranya :
1. pukul butter dengan gula sampai kembang .
2. masukkan esen vanila dan telur , pukul lagi .
3. kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diikiuti dengan nestum .
4. bentukkan mengikut citarasa anda dan bakar 180 darjah celsius selama 20 minit .
5. hias mengikut kreativiti anda .





















hasilnya , tak hias apa pun sebab tak cukup bahan .





p/s : macam dah lambat je bagi resepi ? takpe sempat lagi nie *sedapkan hati . apa apa pun selamat     mencuba dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)


Thursday, August 16, 2012

birthday girl story ( part 3 )


assalamualaikum


hey , raya dah nak dekat laa ,
tinggal berapa hari je lagi nie ,
nampak tak excited aku count down raya ?
baju raya dah beli , ada dua helai ,
dua dua pun jubah , taktau nak pilih baju dah ,
penat keliling mall , try punya try mama kata cantik ,
so ambik je laa pilihan mama .


semalam pergi makan kat plaza masalam ,
sebelum berbuka window shopping dulu ,
then terjumpa baju kurung murah murah ,
rm50 sahaja taw , sebabkan memang dah bajet nak beli
baju kurung harga rm50 , so daku sambar juga ,
lantas ku namakan baju kurung cupcake sebab corak dia ceria sangat ,
siap ada jalur jalur plus dot dot , macam cupcake laa kan .


maafkan saya , nampaknya aku sudah tersasar jauh dari tajuk asal ,
act nak cerita sambungan part 2 ,
okay , macam biasa every week aku balik puchong ,
hari tu masa dalam kereta mama tanya ,
banyak dapat hadiah ?
aku cakap tak pon , tapi ada jugak yang celebrate ,
then mama cakap , mama pon tak sempat nak beli hadiah ,
mama busy kerja laa , masa tu dah kecewa habis ,
sampai hati mama main tak sempat tak sempat pulak ?
tapi tak ada laa tunjuk sangat kecewa tu ,
macam biasa buat muka cool macam tak apa apa berlaku ,
lepas tu jawab macam tak ada perasaan 'ohh ye ke ?'



sampai je rumah masuk bilik nak letak barang barang ,
tengok ada kotak besar , lepas tu tanya mama ,
' ma , nie apa ? tv sebijik ke ? ' mama gelak je ,
ngada tau mama kite nie , tadi dah laa buat orang kecewa ,
lepas tu nak main surprise pulak , terkezutt kite tau hihi .
dengan serta merta aku capai kotak tadi , lepas tu goncang goncang sikit ,
urm macam dah dapat agak je apa dalam kotak tu ,
sambil bukak kotak tu , dah rasa confident sangat dengan apa yang aku jangkakan tadi ,
tengok tengok betol pon , haa tau ke apa hadiah kite dapat ? *muka berlagak



aku dapat hadiah mixer , yeay !
baru aku ingat , before tu aku pernah cakap kat mama ,
penat laa ma buat kek guna manual nie ,
lenguh tangan pukul telur ,
tu yang mama dengan kakak bagi mixer tu kot ,
thank you sangat , suka hadiah kali nie , besau gitu
kakak siap buat pesanan penaja ,
dia suruh buat kek guna mixer tu untuk birthday dia ,
insyallah ye , btw aku dah dapat resepi pavlova ,
tapi yang sadisnya aku tak pernah pon makan spesis nie .





pembantu peribadi baru , hewhew .


hari tu ada event bukak puasa dengan kawan kawan ,
kiteorang makan ayam penyet kat seksyen 9 ,
okay laa makanan dia , 
lepas habis makan , kawan aku nie hilang entah kemana ,
bila dia datang balik , tengok dia bawak kek secret resepi ,
terus offer aku , cepat pilih hadiah kau ,
aku pilih kotak kedua , ada 3 kotak semuanya ,
bila bukak dapat laa kek seperti di atas ,
namanya tidak dapat dikenalpasti , tapi rasanya memang sodappp ,
terima kasih hadi :)






lepas makan ayam penyet , singgah mac donald ,
dapat pulak ais krim kat mac donald ,
tapi sebelum tu lagi aku dah bersungguh sungguh ajak
dorang makan ais krim , tapi semua tak nak layan ,
last last dapat kat macd , yang nie syazmeer pulok yang belanja ,
toceyh syazmeer , thanks ye korang sebab berjaya merosakkan diet aku hihi .




p/s : lagi berapa hari nak raya ye ?


Monday, August 13, 2012

birthday girl story ( part 2 )


assalamualaikum


okay kali nie nak sambung cerita birthday yang tak habis2 lagi nie ,
birthday aku pada hari khamis ,
so pagi tu bangon tengok mata sembap ,
may be sebab tido lambat buat assignment kan ,
so nak cover mata sembap kite mekap laa sikit ye kak jemah .
pakai eyeliner je pon .


dalam kelas tengah fokus dengar lecturer ajar ,
tengah dia cakap bla bla bla ,
tiba tiba dia pandang aku then stop cakap ,
ingat aku ada buat salah ke apa ,
rupa rupanya dia wish happy birthday kat aku ,
tengok tu sempat lagi kan even tengah ajar ,
haha comel je chef aku nie ,
aku dah segan , sampai speechless pulak jadi nya .


lepas kelas tu ramai laa yang wish ,
walaupun ada yang dah wish kat fb , twitter ,
tapi still wish bila jumpa , ohh so sweet laa korang ,
malu saya tau :P


okay lepas habis kelas tu ada kawan ajak berbuka kat luar ,
ada orang nak belanja makan hehe ,
katanya rahsia bertiga , okay laa tak bagitau orang ,
tapi bila sampai tempat berbuka ada empat orang pulak ,
serius tak tau , tapi takpe laa kawan aku jugak .


lepas habis makan kiteorang main tangkap2 gambar ,
lepas tu mamat sorang nie soh tukar tempat ,
alasan dia tempat aku duduk tu sempit laa ,
lighting tak lawa laa , haha macam takde kene mengena pon ada ,
yang aku pon satu , taktau laa kenapa senang je percaya ,
lepas tu ikut je laa tukar tempat ,
tiba tiba dorang nyanyi birthday song ,
pekerja kedai tu datang bawak kek dari belakang ,
ohh rupa rupanya abang kedai tu pon bersekongkol sama ,
okay , kali nie tipah tertipu lagi bang .


 asal muka macam nak nangis nie ?


 excited punya pasal , dah potong baru ingat nak snap .

 thanks ain belanja kiteorang .



























saya suka gambar nie <3




p/s : best berbuka time nie , banyak kite makan kan . sampai mengah laa . thanks korang sebab celebrate , thanks jugak pada yang wish . ada jugak yang wish kat fb guna nama sikenitkieka not kieka nawi , jelas lagi terang korang mesti follow blog nie kan ? hee toceyh3 , really appreciate .


Tuesday, August 7, 2012

birthday girl story ( part 1 )


assalamualaikum dan selamat berpuasa semua .


macam tahun lepas , birthday aku tahun nie masih jatuh pada bulan ramadhan ,
rasa sangat bersyukur dapat celebrate birthday dalam suasana ramadhan ,
tahun nie aku rasa selamat sikit sebab kawan kawan tak boleh baling tepung , telur
dan seangkatan dengannya .
sebab semua puasa , kang tak pasal pasal ada yang makan tepung , kan dah batal puasa .



malam sebelum birthday aku tu ( 1 ogos ) ,
semua budak rumah busy buat kerja masing masing ,
berlonggok semua kat ruang tamu ,
aku dengan babe amira tengah serabut pasal assignment ,
act dia lagi serabut kot , sebab aku mintak tolong dia edit video
untuk assignment aku ,
tapi tak bermakna aku tak buat kerja okay ,
just mintak tolong benda yang aku tak tau je laa ,
thank you ye babe .


then pukul 12 malam tu berduyun duyun laa mesej sampai ,
yang call pon ada jugak , assignment pon tergendala seketika ,
masa bergayut dengan encik eym , encik eym wish birthday siap nyanyi lagi tau ,
yang best nya lagi dia main gitar lagu happy birthday ,
dia siap panggil anak anak kapal dia lagi nyanyi ramai ramai ,
alahai comel je dorang nie , really appreciate tau
lepas je on the phone kat balkoni terus masuk rumah ,
dan masa tu laa terdengar mereka mereka nie nyanyi birthday song ,
siap joget joget bagai , aku pon join nyanyi untuk diri sendiri bertambah laa keriangannya ,
babe amira siap pakai lipstick merah malam malam buta kan
meriah sungguh kau ye ? haha



dorang siap bagi barang barang yang ada kat rumah nie ,
sampai domo aku pon depa curi buat hadiah haha ,
sempat pulak laa dorang nie buat kerja tu semua time aku on the phone ,
apa apa pon terima kasih ye sebab ingat dan celebrate birthday aku ,
thanks kepada semua yang wish , mesej , facebook , twitter , kat class , kolej dan sebagainya .
tak lupa jugak terima kasih kat encik eym , wak ( kawan dia ) serta anak anak
kapal nya yang turut menyanyi sama , korang memang sporitng habis .
oleh itu , marilah kita cuci mata pula .




























anis , kieka , amira *versi pakai tudung dan faten







bersama anis , tangan dia patah sebab accident , sama sama kita doakan dia cepat sembuh ya :) 







p/s : tunggu part 2 pulak ye , thank you for reading :)