Tuesday, June 19, 2012

dah 4 bulan terbiar


assalamualaikum


setelah sekian lama baju kitchen terbiar kat dalam almari ,
baru semalam beliau dapat melihat dunia ini kembali ,
sem nie ambik subjek asian cuisine ,
belajar masak masakan asia ,
ada masakan malaysia , indonesia , jepun , singapura dan lain lain laa .


semalam first class untuk subjek nie ,
so semangat dia lain macam sikit ,
iron baju , apron baik punya tak kasi can kedut laa ,
nak sarung baju pon sengeh sorang sorang ,
dah lama tak pakai kan ,
lepas tu aktif semacam je dalam kitchen ,
memang tak rasa penat pon , even kena berdiri 6 jam ,
power kan kite ?


before masuk kitchen kena laa meng-hensem-kan diri dulu ,
potong kuku , pakai skaf , apron dan sewaktu dengan nya ,
dah hensem snap picture dulu untuk dijadikan kenangan untuk anak cucu ,
semperna hari pertama masuk class asian cuisine ,
dengan harapan supaya cucu cicit percaya bahawa nenek beliau maintain
comel walaupun berbaju kitchen , kuikui ,
sampai chef tegur ' dah habis tangkap gambar ? '
kemaluan kami disitu, hewhew .


okay , semalam masak masakan malaysia ,
so kiteorang masak nasi minyak , rendang ayam , kari daging dan arca rampai ,
dah bau bau orang kawin kan ,
kite laa tu sebenarnya , tapi pengantin lelaki tak sampai sebab tak jumpa
sampin baju melayu , rupanya mak dia simpan untuk raya nanti , choii .
bila masak kari daging tu agak kekok sebab macam tak pernah masak daging je ,
*pengakuan ikhlas bebenor nie
kite tak minat daging laa , salu makan bila nenek masak je ,
sebab bila orang lain masak salu liat , penat kunyah tak hancur jugak .


tapi semuanya berjalan lancar dengan adanya rakan seperjuangan ,
tak lain dan tak bukan , cik hajar yang mengajar cara potong daging lawan urat ,
toceyh toceyh , sekarang dah pandai masak daging ,
lepas nie confirm tak liat , nak masak je ingat muka hajar ,
ingat hajar , ingat daging , ingat lawan urat , hehek .























daging terbesau pulak , first time masak laa katakan . ampun .




p/s : encik eym kata kawin nanti masak sendiri laa , pon boleh haha .

Monday, June 11, 2012

satu orang sudah tua .


assalamualaikum

happy birthday to you ,
happy birthday to you ,
happy birthday to imran ,
happy birthday to you ! *suara kartun


hey , hari nie birthday imron aziz laa .
glamor kan nama dia , hehe .
act nama dia imran hamzah ,
tapi kawan kawan kite kat sini suka suka tukar imron aziz ,
dan kite pon dah terbiasa panggil macam tu .


tepat pukul 12 malam tadi kite wish kat dia ,
dan dia dapat call free ,
kemudian , kiteorang gayut punya gayut ,
sampai laa dahan patah , haha .
sembang punya sembang ,
sampai mata kuyu , mengantok taw ,
siap gelak gelak , gaduh gaduh pun ada ,
entah apa apa je , padahal benda kecik je ,
saja mengada ngada kan , i smackdown you karang .


yang tak bestnya , dia study jauh kat perlis tu haa ,
so tak dapat laa celebrate sama , sian dia ye ?
takpe , nanti balik kite celebrate sama sama ye ,
meronggeng kat mall pon best jugak ,
as usual you laa jadi driver i ,
i plan je , best kan jadi macam kite haha .


apa apa pon , selamat hari jadi yang ke 19 tahun ,
tua dah budak sorang nie ,
tapi perangai still macam budak budak *mesti dia marah
jaga makan minum , jangan asyik nak makan nasi bujang je ,
tak pon makan rendang segera dia tu ,
tak baik untuk kesihatan ,
belajar rajin rajin , kekalkan prestasi you tu ,
serius bangga sangat bila result you best je ,
kite jeles awak tak tau kan ?
takpe , i pon nak belajar rajin rajin supaya pandai macam you .
hope you boleh jadi pembakar semangat i ,
not pembakar lemak i okay .




birthday boy *kerek je muka kau kan ?

kite ada hadiah untuk awak . kalau nak kena balik cepat , haha .



p/s : happy birthday dior <3


Thursday, June 7, 2012

apa kata hati ?


assalamualaikum

lepas mandi segar segar kepala otak nie ,
tiba tiba mama call ,
tanya soalan yang aku tak pernah terfikir ,
dengan usia aku yang baru nak masuk sembilan belas ,
baru nak masuk nie , so masih muda ,
setahun jagung lagi , nak berdikari pon tak reti ,
serius soalan yang buat aku terkedu ,
taktau nak jawab apa .


tapi bagi aku itu cara yang baik , yang digalakkan dalam islam ,
tapi aku belum bersedia nak bercerita tentang itu ,
mungkin jugak sebab aku ada kau ,
takkan senang senang aku aku nak berpaling ,
aku kenal dia , pernah bersua muka ,
pernah bercerita tentang dia ,
tapi belum terfikir sampai ke situ .


satu je aku mintak , tolong jangan sia siakan keputusan aku nie ,
sebab akumasih berfikir pasal benda nie ,
aku tak ingin ia berlaku secepat ini ,
walaupun ia adalah perkara yang indah ,
yang setiap orang nanti nantikan ,
tapi kalau dah takdir aku tak boleh buat apa ,
yang penting sekarang aku dah pilih kau ,
so pandai pandai laa kau fikir apa yang nak buat .


aku senang dengan jawapan dari soalan aku ,
senang dengan usaha kau ,
begitu jugak dengan didikan agama kau ,
harap harap ianya betul dan boleh jadi kenyataan ,
aku tak nak benda yang kita bina jadi sia sia ,
kita hanya merancang , tuhan yang menentukan ,
insyallah .




     



p/s : tiba tiba rasa diri ini matang seketika :)