Thursday, May 31, 2012

jejak kasih 2


assalamualaikum


macam biasa bagi salam dulu sebagai pembuka bicara ,
last week call babes aku , tanya pasal cuti semua ,
sebab nak plan hangout together lagi ,
macam tak penah penah je aku call dorang semua okay ,
sampai dorang pon pelik ,
aku dapat kredit free laa korang ,
tu yang call , kalau tak macam haram je aku nak call semua sekali kan .
segala kepelikan anda sudah terjawab sekarang .


setelah mengadakan mesyuarat tergempar melalui call , mesej dan whatapps maka tarikh yang ditetapkan
untuk jejak kasih kali kedua ialah pada 29 mei 2011 , yeah !
semua berkumpul kat ioi puchong je pon .
dekat , pantas dan jimat . sebab yang sorang nie kena balik awal ,
lama menunggu lagi dua orang puteri tak sampai sampai ,
kiteorang pon pergi makan dulu sebab masing masing belum breakfast ,
sampai habis makan pon tak sampai lagi ,
bila tak ada cerita lain , mula laa nak bergosip ,
habis semua cerita muda mudi keluar , taktau laa dah berapa bakul dosa ,
astaghfirullah halazim *muka suci


mula mula plan nak tengok wayang , then dorang kata nanti tak banyak masa nak borak ,
so tukar plan , nak karok pulak . survey sampai dua kali then tak jadi jugak ,
last plan adalah main boling , yess semua setuju , so go baby go !
time tu nak murah punya pasal guna laa kad ID , then ada dua orang tak bawak ,
so kena bayar harga lain laa , akak tu pon dah pening nak kira sebab ramai ,
last last dia bagi semua sekali student price , baik akak tu tau .


semua tujuh orang tapi yang main enam orang je ,
ntah kenapa yang sorang tu tak nak main pulak , takpe laa ,
kiteorang main dua game , nak spent time together kan kan ?
yang bestnya game pertama aku menang *kembang hidung duabelas saat
game kedua berusaha gigih laa , ingat nak menang lagi ,
fiqa yang mula mula tak join tu , dia tukar pulak dengan kawan kiteorang ,
maknanya dia yang gantikan laa , teror pulak kau ,
tapi taknak main , saja taknak tunjuk bakat terpendam lerr tu haha .


yang tak bole bla nya , di saat genting yang untuk menentukan siapa juara tu ,
aku dengan tahap keyakinan yang tinggi menggunung telah melontarkan bola boling tersebut
dengan penuh gaya , tapi tiba tiba bola tu bole tercampak ke belakang pulak ,
menggelupur aku kejar bola tu , semua kat situ dah gelak gelak ,
dari jiran india sampai sampai laa couple kat sebelah kiteorang tu pon bantai gelak ,
haha serius kelakar time tu  ,  taktau macam mana nak cover malu ,
tutup muka je laa masa tu , buat muka tak bersalah lepas tu terus baling je ,
haha , tu lah bangga sangat first game menang punya pasal ,
padahal beza satu markah je ngan kawan aku .
cubalah tengok nie .





















hai , nama saya kieka ye .



habis main boling tu , dua orang puteri dah balik ,
tinggal laa berlima je , on the way balik tu jalan kat kawasan rumah cikgu kiteorang
masa form five then singgah nak cari rumah dia ,
sampai empat kali pusing tak jumpa , lepas tu tanya orang je ,
patut laa tak jumpa dia baru renovate rumah dia ,
dah jumpa tu bagi laa salam banyak kali tapi tak ada orang jugak ,
tapi kipas terbuka , tidur ke cik nor oii ?
lepas tu balik je selepas bertungkus lumus cari rumah dia ,
frust menonggeng je semua *buat muka taik


 macam nie laa gelagat artis *baju kuning bergambar dengan peminatnya .

 sayang benor dia kat peminat yang sorang tu hahaha .




 akhirnya all the babes dapat berkumpul . 















p/s : i love you babes . nanti plan aktiviti lain untuk jejak kasih 3 okay :)


Tuesday, May 29, 2012

sebelum nie tengok kat youtube je


assalamualaikum


semalam punya semalam mama cakap ustaz azhar idrus nak datang masjid negeri ,
mama nak pergi dengar dia ceramah ,
kite pon macam , ohh ye ke ? nak ikot jugak .
so lepas lepas balik kerja balik tukar baju kurung ,
then terus gerak ,
tak sempat nak rehat , penat tau ,
tapi takpe , demi ustaz azhar idrus ku gagahkan jua diri ini , ecehh :P


kiteorang bertolak pukul 6.30 petang ,
sampai masjid ngam ngam orang azan maghrib ,
jalan laju giler nak masuk masjid ,
sekali kaki kite tersadung , termelatah pulak ,
nasib baik tak tergolek dog , mama bukan main suka gelakkan kite ,
ada abang tu pandang lepas tu tahan gelak kot ,
kite buat muka tak bersalah je , dah biasa jadi haha .


nasib baik sempat amik tempat ,
ramai giler orang yang datang ,
parking panjang bukan main ,
mama parking kat luar je , senang nak keluar nanti .
rasanya dalam tiga puluh ribu orang kot yag datang ,
pergghh , kelass kau ustaz dah macam retis ,
kalah konsert versus *padahal tak penah pergi pon .


lepas selesai solat maghrib , semua kelam kabut lari pi depan ,
nak tengok ustaz dekat dekat kot .
kita pon kat depan jugak , tapi depan kite ada skrin lagi besau ,
boleh tengok puas puas serta terang benderang ,
bila ustaz datang je , bukan main orang tangkap gambar ,
famous no dia laa nie .


teruja dapat pergi ceramah dia sebab nie first time ,
before nie liat sikit nak pergi ceramah ,
tapi ada laa jugak kalau kena paksa pergi , haha .
ceramah dia tak boring sebab ada je nak buat orang gelak ,
memang tak sempat rasa mengantok laa kan ,
part paling best bila dia jawab soalan ,
kat situ banyak laa soalan yang orang tanya ,
tanya pasal macam macam laa ,
dan alhamdulillah dapat laa sedikit ilmu dari ceramah beliau .





mama <3


macam nie laa muka tak mekap , pucat je -.-'


ehh tu laa dia kan :)


sempat laa salin untuk peringatan

Saturday, May 19, 2012

semua orang macam penari dalam cerita hindustan



assalamualaikum


pukul lima petang semua dah sibuk bersiap ,
semangat berkobar kobar je siap ,
bila dah siap serius macam segan giler nak kuar rumah ,
orang tingkat atas semua kecoh tengok budak budak pakai baju bollywood ,
siap panggil housemate lagi , lepas tu cakap sambil tunjuk tunjuk ke arah suspek ,
aku , babe amira dengan hajar sampai tak turun sebab segan , haha .
bila kawan lain dah gerak baru kitaorang turun rumah ,
so tak ada laa segan sangat bila the makcik makcik nak tunjuk kitaorang pulak .


pukul enam empat puluh lima macam tu sampai di tempat kejadian ,
stay kejap dalam kereta sambil tunggu kawan pakai mascara ,
lepas tu keluar then tunggu kawan yang lain ,
berjambang laa jugak tunggu depa nie ,
dari gua cool sampai gua baran dibuatnya ,
sempat laa jugak kritik orang orang yang baru sampai ,
tengok sebab dorang lambat dah berbakul dosa kitaorang yang mengkritik nie ,
dan akhirnya dorang sampai setelah hampir empat puluh minit menunggu ,
sabar je laa kieka oii .


katanya event start pukul lapan suku ,
duduk punya duduk , sembang punya sembang tak start jugak ,
sampai naik bosan tunggu , last last start jugak annual dinner nya .
suka sangat opening dia , masa tu semua lecturer menari lagu hindustan ,
tak ingat pulak lagu apa , tapi serius ohsem giler ,
tak sangka pulak semua lecturer tu pandai menari ,
dengan baju dorang yang glamor tu , sebijik macam orang hindustan weyh .


lepas dah menjamu mata tengok depa semua joget sakan ,
sampai laa masa untuk menjamu selera ,
semua orang dah kebulur agaknya masa tu ,
sampai tak bercakap langsung , fokus sangat makan kan .
makanan dia okay laa , berbaloi laa dengan bayaran .


sambil makan tu ada artis buat persembahan ,
kenal lagi tak rubisa yang masuk akademi fantasia 7 ?
haa dia laa yang perform time tu , aku still ingat dia sebab layan laa jugak af kan ,
tapi ada jugak kawan aku yang tak kenal dia , tak layan af laa kot .
penat jugak laa aku nak ingat kan dorang pasal si rubisa nie ,
tapi tak berhasil jugak , buat habis air liur je .


lepas tu datang pulak helmi yang penah masuk raja lawak tu ,
masa dia perform tu meriah laa sikit , sebab kelakor ,
lecturer laa yang jadi mangsa kena buat itu ini ,
helmi bawak tiga watak kalau tak silap ,
yang jadi david arumugam , kedua dia jadi orang cina , ketiga dia jadi michael jackson ,
aku ingat real punya david arumugam , aku siap tepuk orang sebelah cakap alleycats datang ,
rupanya den terkono , bukan david arumugam pon tapi helmi ,
yang bestnya masa tu sebab dia pandai berinteraksi dengan kitaorang ,
ada je benda dia nak suruh kitaorang buat , memang tak henti laa ketawa .




helmi 



lepas tu penyampaian anugerah ,
takyah cerita laa sebab bukan aku yang dapat anugerah tu pon , haha .
last sekali acara yang ditunggu tunggu iaitu cabutan bertuah ,
semua orang kalut pegang nombor masing masing ,
mana tau dapat tv plasma ke , motor ke macam yang pakcik tu cakap ' saya menang motto ' ,
gitu laa kan , tapi sedih group kitaorang tak ada sorang pon yang dapat ,
berapi je , nak buat macam mana tak ada rezeki redha je laa .
jom tengok penari penari hindustan sekalian .





hero dan heroin 




penyambut tetamu


persembahan dari lecturer


santapan






cantik sari akak nie



lecturer yang meletup 

Monday, May 7, 2012

turun bas , itu dia !




assalamualaikum .


tengah duduk termenung tiba tiba teringat someone yang sangat bermakna untuk aku masa zaman hingus meleleh dulu , tiap tiap kali raya puasa dia akan call dan cakap selamat hari raya . tapi beberapa tahun yang lepas dia tak call pon . so dengan usaha yang gigih mencapai lappy lantas jari jemari menekan abjad M-A-W-A-R , tapi tak jumpa . cuba M-A-W-A-R-D-A-N-I pulak , masih tak jumpa , cubaan terakhir D-I-A-N-A-D-A-N-I . yess ! kali nie jumpa dan terus add . siapakah dia ?



Normawar binti Dani adalah kawan baik aku masa darjah empat , dia ada kembar yang bernama Nordiana binti Dani . dua dua nie satu kelas dengan aku , aku rapat dengan dorang nie je , sebab dulu aku agak pendiam orangnya , sekarang nie , nauzubillah haha . aku sekolah kat situ kejap je , dalam setahun kot . so lepas tu terus tak jumpa sampai sekarang . tapi bila dah jumpa kat facebook rasa seronok sangat , tapi dalam masa yang sama risau jugak , takut dorang tak kenal aku dah .



lepas si Diana nie dah approve , terus memulakan sesi memperkenalkan diri , alhamdulillah still kenal aku hehe , lepas tu add si Mawar pulak . mula mula dia tak kenal sebab muka dengan nama dah lain katanya , lepas cakap aku atikah nie , bestfriend kau masa darjah empat elit kelas pertama tu *tokok tambah sikit . dapat respon positif ' jap jap nie atikah yang birthday dua haribulan lapan tu ea ' ? ambik kau , sekali dengan birthday aku dia ingat , serius terharu kot , sebab dah lapan tahun tak jumpa , tak dengar khabar berita tapi dia still ingat birthday aku . tapi aku ? langsung tak ingat birthday dia , sorry sobsob .



so dengan semangat yang berkobar kobar aku dengan Mawar pergi date , hewhewhew *malu . cadang nak jumpa pukul dua belas , sekali terlajak tidur sampai pukul sebelas . memang tak laa aku nak bersiap satu jam je , nak tunggu bas lagi ? aku tak bagi encik driver ikut sebab nak jejak kasih setelah sekian lama terpisah kan . kalau encik driver ikut macam segan je . lepas tu , aku sampai dulu , then tunggu laa dia kat bus stop . saja tak bagi tau dah sampai sebab nak usha dia dari jauh , hehe . nervous dia macam nak jumpa bakal tunang weyh .



satu satu bas datang , lepas sorang sorang aku usha , tak nampak pon sekuntum Mawar merah nie , naik teleng kepala aku , lepas tu ada satu bas nie macam ada satu aura yang memanggil , berpinar cari orang last last , haa tu dia dari jauh dah senyum . aku dah segan serta kelu lidah berbahasa . ayat pertama yang keluar ' hai , asal kau macam pendek je doe ' ? *sila laa lempang sekali . teruja sampai tersalah cakap kot . lepas tu pergi shopping then makan . masa nie dah tak segan sangat , dah boleh cerita kisah hidup masing masing .



rasa janggal sikit sebab dulu aku rasa dia nie macam rock sikit , aku yang lembik . tapi sekarang terbalik pulak , dia ayu giler okay , aku pulak macam terlebih rock . dia cakap lembut je , terselah keayuan gitu . tak kisah laa , dia memang cantik dari dulu lagi , omputih kata natural beauty . tak yah nak mekap bagai , muka tu dah memang lawa . bibir pink original taw . ingat dulu masa kat sekolah , orang tu tanya . ehh you lipstick ye ? dia nie pon melayan , cakap a'ah i pakai lipstick lepas tu terus blah . orang tu macam tak percaya je , haha .



masa date tu tak tau nak pergi mana , lepas tu dia teman aku shopping , ke hulur ke hilir kitaorang jalan . kieka kot , tak main laa sekali dua je round round the world . kesian jugak tengok Mawar ,tapi dia kata takpe laa . so maknanya dia tak kisah laa kot . dah abis beli barang semua , pergi satu kedai tu . sebelum tu dah masuk , tak jumpa barang tapi jumpa bear comel sangat , tapi tak beli laa . masa nak balik ajak dia pergi kedai tu balik , cakap nak beli bear comel tu , mintak pendapat dia warna apa comel . lepas tu dia cakap warna coklat comel , tak cepat kotor . aku pun terus meragut dan bayar . masa nak balik tu , aku bagi dia bear yang aku beli tadi , memang untuk dia pun sebenarnya , saja tak bagitau . dia pun macam terkejut je , hehe . seronok sangat dapat jumpa kawan lama . nanti kita date lagi ye . jap nak upload gambar kiteorang date :)












p/s : babes , nanti kita pulak date ye ? rindu awak awak laa  .