Saturday, April 28, 2012

poco poco ika street dance ?


assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatu .

hai kawan kawan ! *tangan kat ketiak .
penat sangat malam tadi , 
nak bluetooth video dekat lappy , mak ai lama giler ,
ada laa dekat empat puloh lima minit tunggu ,
tu pon baru separuh , tup tup fon tak ada bateri ,
so secara automatiknya apa yang di bluetooth itu tercancel ,
ulang sekali lagi , TER cancel ye kawan kawan ,
terpaksa laa bluetooth lagi sekali .


lama kot nak tunggu habis , dalam sejam jugak kot ,
dah bluetooth kat lappy , nak upload kat facebook pulok ,
nie lagi menyirap , kena tunggu lama lagi ,
dah laa time tu mata dah tak boleh bukak dah tunggu ,
last last aku tidur je sambil tunggu habis upload ,
senang kerja kan .


okay , mesti ada yang tengah pening juling juling mata ,
video apa laa yang aku upload sampai lama bebenor tu ,
act , aku upload video poco poco group aku semalam ,
hewhewhew * gelak mintak kaki .
macam nie , semalam ada pertandingan poco poco ,
dan group aku join sekali , sebab minat benda benda macam nie ,
kalau asyik belajar je pon tak boleh jugak -.-'
so benda nie macam , release tension jugak laa ,
boleh happy happy *happy ke ?


kitaorang buat latihan selama tiga minggu tau ,
sebenarnya dua minggu je , tapi tarikh tunda ,
jadi ada masa lagi seminggu , boleh laa practice lama sikit ,
macam macam hal jadi masa tu , mula mula ramai yang masuk ,
tapi lama lama makin sikit , sebab masing masing ada hal ,
tapi tak apa , kitaorang tak marah pon ,
chill laa kan , tak perlu marah marah hee .


sampai laa hari semalam , hari yang ditunggu tunggu ,
aku rasa semua tak lena tidur malam kot ,
asyik fikir pasal pertandingan , aku pon sama ,
sebelum tidur fikir , nak tidur fikir , bangon tidur pon fikir lagi ,
serius risau giler , yang budak sorang tu lagi laa semangat bangon awal , 
time class taknak pulak kau bangon awal macam tu ,
hahaha , laka laka laa awak nie .


lepas tu kitaorang berkumpul kat teater hall ,
risau punya pasal , kitaorang keluar balik ,
nak practice untuk terakhir kalinya ,
rasa dah okay tu kitaorang masuk balik ,
lepas tu selamba badak belakang umah nenek aku je orang tu cakap macam nie ,
' patut laa malaysia selalu kalah sebab datang lambat '
team kitaorang pakai baju malaysia masa tu ,
ehh sakit pulak hati kita nie , terus dalam hati cakap ,
 ' kau tengok laa lepas nie kitaorang menang ke kalah ' ,
haa , jangan main main , geram taw .


pertandingan pon start , dalam hati dah risau sangat ,
banyak kumpulan yang best best ,
sampai laa giliran kitaorang naik stage ,
mula mula rasa biasa je , tengah dok poco poco tu ,
menggeletar lutut pulak , tapi buat macam biasa je ,
turun je stage , amik kau tangan menggeletar habis ,
pegang fon pon dah tak betol ,
tapi rasa lega sikit laa sebab dah lepas .


sampai laa masa mengumumkan pemenang ,
dup dap dup dap time nie ,
tak fikir nak menang pon masa tu ,
janji dah buat sebaik mungkin , semua bergantung pada rezeki masing masing ,
satu per satu kumpulan dah disebut , sampai laa ketiga terakhir ,
masa nie dah rasa redha je laa ,
lepas tu dia umumkan kumpulan dari mentee chef yus dapat tempat pertama  ,
woah , team aku bukan main suka lagi ye :)


tapi kali nie aku punya seronok tu tak berapa menyerlah pulak ,
kalau dulu rumah sukan aku menang pon aku dah lompat lompat ,
padahal bukan aku yang masuk bertanding ,
nie yang aku bertanding tak rasa macam tu pon ,
mungkin sebab aku tak meletakkan harapan nak menang kot ,
apa apa pon alhamdulillah , atas kerja keras semua ,
kitaorang berjaya jugak , thanks jugak kepada yang datang sokong ,
yang terlibat sacara langsung atau tak langsung ,
terima kasih ye semua *ayat macam menang ABPBH je .


bangon je pagi tadi , terus dapat mesej dari kawan sorang nie ,
dia kata ' kieka , mengapa video kita berada di youtube ? '
aku dah gelabah , bila pulak aku upload kat youtube ,
rasanya kat fb je , takkan laa aku mamai kot malam tadi ,
lepas mandi terus online nak tengok youtube ,
lepas tu kawan aku lagi sorang bagitau , dia yang masukkan kat youtube ,
haish , kau nie buat suspen aku je laa .
yang tak boleh bla nya nama video tu laa ,
' poco poco ika street dance '
kenapa nama saya disitu ?
kenapa tak letak nama 'poco poco ika syazmeer shu ejat hadi hajar nas streer dance ?
kreatif tak ? biar bersimpul lidah orang nak sebut , hahaha .






p/s : sorry semua kalau ada kata kata atau perbuatan yang buat korang terasa atau sakit hati masa latihan , aku just nak yang terbaik untuk kita semua , peace :)

Monday, April 16, 2012

aku selesa , dia ?


assalamualaikum


minggu lepas tak dapat balik rumah ,
sentap dengan mama tau ,
sampai hati takmau ambik kita bawak balik rumah ,
orang lain semua balik rumah tau ,
tinggal laa daku merempat kat rumah orang , sobsob .


hari jumaat dah text mama cakap suruh ambik ,
lepas tu mama cakap tak payah balik laa ,
balik dua minggu sekali je ,
belajar laa duduk rumah sewa tu ,
then , dengan rasa kecewa kita pon reply ' yelah ' ,
lepas tu mama terus call ,
haa , tak sampai hati laa tuh tengok kita sentap haha .


dah panic sebab semua housemate balik rumah masing masing ,
nak duduk sorang macam tak berani sebab lately nie macam macam jadi ,
lepas tu ajak kawan tidur kat rumah ,
tunggu punya tunggu sekali tak datang ,
dia kena balik pulak , nia yang nak sentap lagi -..-'
nasib baik dayah datang lepak kat rumah nie ,
terus kemas barang , bawak towel , baju , berus gigi dan encik domo sekali ,
terus ikut dia balik hostel , then tidur kat sana .


nasib menyebelahi sebab budak hostel dia ramai yang balik ,
so tak ada laa segan sangat nak menumpang ,
malam tu pergi dinner dekat nasi lemak i love you *nasi lemak cinta sayang act ,
best , sebab kita baru dapat makan kat situ ,
sebelum nie nak makan , tapi ramai je orang , tak sampai hati nak masuk hehe .
jadi malam tu makan dengan penuh ghairahnya *kelasss ayat kau kan ?


malam tu kiteorang tidur kat ruang tamu ,
so angkut laa segala tilam dan bantal bantal ,
encik domo pon ada tau *bisik
kita dengan finaz tidur atas tilam ,
si dayah tidur atas sofa je ,
habis semua harta karun dia kita conquer ,
dengan bantal busuk dia sekali kita kebas , haha .


si dayah kata tak apa , kejap lagi aku tidur laa atas tilam ,
so kita pon terus tidur sebab mengantuk gila barbie malam tu ,
tengah lena tidur tu , tiba tiba tersedar ,
then tengok dayah still tidur atas sofa sambil peluk tubuh ,
sejuk kot sebab aku pon dari mula tidur sampai laa bangon
tidur aku berselubung dengan selimut dia ,
tapi dia tahan sejuk sebab tak ada selimut kot *rasa kejam pulak
sebab aku dah pakai semua harta karun dia ,
baik kan kawan aku yang sorang nie *syamil tolong laa baca nie


bangon pagi tu terus online ok ,
macam julung julung kalinya laa aku bangon tidur tak mandi dulu ,
selalunya , celik je mata terus capai tuala lantas mandi ,
tapi kali nie , berbeza betul bila bangon terus melakukan aktiviti kurang sihat
iaitu peram ketiak selama berjam jam then baru pergi mandi ,
pergi mandi pulak , semua benda nak pakai dayah punya barang ,
sabun , pencuci muka , ubat gigi segala galanya laa ,
berus gigi je sendirian berhad .


petang tu budak hostel dia ada yang dah balik ,
segan mak nok , main tumpang tumpang nie ,
terus duduk sopan gitu ,
kalau tak selamba radak je aku duduk lunjur kaki atas sofa ,
bajet macam rumah nenek aku kat kampung je ,
tapi serius gua cakap budak budak hostel dia baik baik kot *dayah , soh housemate kau baca
layan aku baik je , even aku orang luar kan .
toceyh toceyh *kesat air mata .


balik tu pulak , dayah , finaz dengan housemate dia teman aku balik lagi tau ,
sebab dorang pon nak keluar sama , baik kan ?
cuma nak berterima kasih kat mereka nie je ,
sebab bagi kita menumpang kat hostel diorang ,
lepas tu layan kita dengan baik ,
terima kasih jugak kat qayyum sebab hantar kiteorang
pergi nasi lemak i love you masa kiteorang tengah lapar
tahap cacing kerawit dalam perut nie mengalami anorexia .




selimut dia laa yang kita ambik tu , hee :P


p/s : finaz , sorry laa gambar kau tak ada , hari tu aku ajak snap pic kau jual mahal sape suruh ? haha


Tuesday, April 10, 2012

sedih sikit laa



assalamualaikum


hye korang , hari nie birthday mama kite .
dan rasa lain macam je sebab tak dapat celebrate birthday dia .
selalunya kiteorang semua suka buat surprise ,
walaupun kadang kadang taktik yang digunakan tak berubah .
tapi still buat jugaksebagai tanda kiteorang mengingati hari lahir mama .


kalau taktik sebelum nie suka beli kek then simpan dalam frige .
malam atau esok baru nak celebrate *beli sehari awal
walaupun kiteorang semua tau mama selalu bukak tutup frige .
nak ambik barang untuk masak , nak simpan makanan .
dah sah sah laa dia nampak kan ? * ntah pape punya surprise .
tapi mama selalu buat taktau je , walaupun dah mengesyaki .
pandai berlakon kan mama .


tapi semenjak dua menjak tiga menjak nie .
diorang suka celebrate tengah malam .
tepat pukul dua belas tu haa dia nak celebrate .
pukul dua belas tu jugak laa potong kek ,
melantak itu ini .
memang beronok ronok je lemak tepu serta lemak tidak
tepu lending maut dalam badan nie *baru belajar pasal lemak tadi .


kenangan yang paling best masa sambut birthday mama ,
masa aku form 5 kot , masa tu dia tak syak langsung taw ,
kiteorang beli kek pagi tu kalau tak silap ,
simpan dalam frige jugak , tapi kali nie mama tak perasan
walaupun dah banyak kali bukak peti ais .
sebab kek tu kat bahagian belakang .
then kiteorang semua asyik berbisik je ,
tengah bincang nak sambut bila sebenarnya .
lepas tu mama macam kecik hati sebab kiteorang tak bagi tau dia .
dari pagi kot kiteorang asyik bisik tu .
sampai dia cakap macam nie ' apa yang hang pa dok bisik nie ? '
kiteorang pon cakap tak ada apa laa .


mama kecik hati masa tu , then terus menghadap komputer buat kerja .
diam je , tak bersuara pon *rasa bersalah jugak buat mama macam tu .
lepas tu kiteorang semua keluarkan kek letak atas meja .
mama langsung tak perasan .
kiteorang pon memulakan perbualan .

kiteorang : mama , sini jap .
mama : ada apa ? *muka masam
kiteorang : tengok laa nie .
mama : apa dia ? * sambil menuju ke meja makan .
kiteorang : surprise ! *percikan bunga api
mama : alaa , you all nie susah susah je * sambil tersenyum senyum .
            lalu berkata ' ohh nie laa yang hang pa dok bisik dari tadi tu ? '
           * mama memang cakap bahasa perak kat rumah .
kiteorang : a'ah . yelah . hehehek :P


masa tu best sangat tengok mama happy ,
tapi hari nie kita semua tak dapat berkumpul untuk celebrate birthday mama .
kamal kat asrama , tikah kat kolej .
nak balik tu boleh je , tapi nanti menyusahkan pulak .
minggu lepas dah balik , nanti kena hantar balik shah alam .
malam tadi dapat wish kat mama kat fon je .
apa apa pun selamat hari jadi yang ke _____ ( sila isi tempat kosong ) tahun untuk mama .
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki * ucapan cliche
sorry ma , tahun nie tak ada hadiah dari tikah .
ekonomi meleset , merudum serta jatuh menyembah bumi .
next year dan tahun tahun akan datang insyallah ada hadiah , hehe .





ini mama saya , mama saya tau bukan mama awak .


ni gambar masa raya :)


p/s : saja nak luahkan perasaan walaupun kite tau mama tak layan blog kite nie -..-'



Wednesday, April 4, 2012

hanya beberapa saat bertukar ke merah jambu



assalamualaikum


okay , straight to the point je .
malas pulak nak berkias bagai .
bagi kaum wanita , pelembap bibir tu rasanya wajib ada sorang satu .
kadang kadang sampai dua , tiga pon ada kan ?
pelembap bibir tujuannya untuk melembapkan bibir .
dah nama pon pelembap kan *sudah terang lagi bersuluh -.-'


sebelum nie , aku dah pakai banyak jenis pelembap atau pon lipbalm .
tapi asyik tukar sebab suka sangat nak mencuba itu dan ini .
akhir sekali aku jatuh cinta dengan maybelline color bloom .
aku pilih warna pink blossom .
serius ohsem giler .
bila pakai tak lama lepas tu terus bertukar warna pink .
lepas makan pon warna pink tu still ada .
so tak payah dua tiga kali nak tenyeh .


tu pon setelah jeles lantas terpengaruh dengan babe amira .
sebab dia yang pakai dulu .
lepas tu aku asyik pinjam je .
asyik pinjam je pon tak best jugak .
tak lama kemudian , aku pulak beli .
harga dia RM14.90 kot , tak ingat laa .
sebab lepas beli terus koyak pembalut dia .
saya memang gelojoh sikit , haha .


apa yang buat aku bertukar terus kepada color bloom nie ,
sebab dulu aku pakai vaseline petroleum jelly .
lepas tu tenyeh lipstick merah sikit ,
bagus tu memang bagus vaseline nie .
lembap je bibir , lepas tu lembut .
hilang yang kering kering tu ,
tapi dia tak ada color , sebab tu kena main tenyeh tenyeh sikit .
bila lepas makan , kena tenyeh lagi .
so macam leceh kan .


kalau pakai color bloom tu best sikit sebab tak perlu nak pakai dua tiga kali .
sebab dia kekal lama .
selalunya aku pakai kat bibir bawah je ,
lepas tu lekapkan dua dua bibior *bak kata orang perak .
sebab kalau pakai kat bibir atas bawah ,
merah menyala pulak .
sebab makin banyak sapu makin terang warna nya .






























dulu pakai yang nie . dah pendek pon haa lipstick nya .


sekarang yang ini .






























here the result :)


p/s : tadi pergi kelas kena redah hujan , habis basah taw . dah laa i puasa .


Monday, April 2, 2012

Vee , akhirnya cinta kita bersatu semula .


assalamulaikum


haish , kering je rasa tekak nie .
semalam kita selsema teruk sangat .
hingus asyik meleleh je , sroot sroot *sedut hingus hijau
sampai bila sembahyang pon dah macam ribut .
laju bukan main , mana tak nya .
kang lambat lambat berkuah pulak sejadah kita tu .
eiuww , apa cerita pasal hingus pulak nie ?


act kita nak cerita pasal cinta hati kita iaitu si vee nie .
sejak vee sakit hari tu , kitaorang terus lost contact selama lebih kurang 3 bulan .
then hari jumaat lepas dapat call yang vee dah sihat sepenuhnya .
semangat giler nak balik semalam , nak jumpa vee .
seriously rindu sangat kat dia .
sampai terbawak dalam mimpi ,
tapi frustated bila tersedar yang tu hanya laa mimpi .


vee , you tau tak betapa rindunya i dekat you .
i rasa resah je bila you tak ada .
dulu kemana mana selalu dengan you .
kita tak pernah berpisah sampai lama macam nie .
tiga bulan bukan sekejap vee .
i rasa kehilangan sangat tau .
you rasa tak apa yang i rasa ?


bila dapat jumpa vee semalam seronok sangat .
asyik senyum sampai tak boleh berhenti dah .
sekarang dia dah kembali .
dan sekarang kita dah tak boring macam dulu .
oke , now kita nak tunjuk vee yang dulunya sakit ,
kini dah sihat walafiat , makin hensem ohh dia .






























kenalkan , ini laa vee saya . atau lebih dikenali dengan vivaz U5i


sebenarnya vee sakit paru paru berair ,
sebab hari tu time kita syok syok makan nasi ayam ,
lepas tu ada mesej masuk ,
kita pon capai vee dan entah macam mana ,
vee buat kuak lentang then terus berenang dalam sup nasi ayam tu .
akibatnya , tiga bulan laa dia dekat ICU .


nak dapatkan balik vee nie punya laa susah ,
sampai kena berperang mulut bagai .
apa kejadahnya repair fon sampai tiga bulan *dah start mengamuk nie .
gua sabar punya sabar sampai dah tak boleh sabar .
gua suruh encik eym marah dorang ,
entah apa yang encik eym berbahas ,
last last baru dorang nak bagi .


omak den malas je bersuaro ,
kalau omak den dah bukak mulut kang kecoh satu kedai ,
haaa jangan main main ,
omak den memang garang *sila laa takut
omak den kato kalau ekau taknak bagi fon den ,
omak den nak buat aduan rakyat tibi tigo ambek borek yo .


p/s : fuhh , penat cakap orang nogori nie .