Sunday, March 25, 2012

best dapat berbakti untuk ibu tunggal



assalamualaikum


woah , leganya bila dapat lepak atas katil sambil melunjurkan kaku ,
dapat meregangkan otot otot sambil ditemani bear dan encik domo di sekeliling katil .
baru lepas tengok cerita usin bunga lakonan zizan raja lawak ,
dan sekarang masa untuk bersama encik belog tersayang .


pagi tadi sampai laa petang kiteorang iaitu budak budak kulinari ada buat
hikmat masyarakat untuk ibu ibu tunggal ,
seronok walaupun pagi tadi susah sangat nak bangon sebab malam sebelumnya
bergayut dengan encik eym sampai dahan patah .
lepas tu datang lambat pulak tu , tapi sempat lagi tolong diorang .
alaa lambat sikit je kot , wa ingat baru lapan setengah ,
rupanya dah pukul sembilan , haha .


kiteorang kena masak untuk ibu ibu tunggal yang datang .
macam macam kiteorang masak ,
mula mula masak nasi putih , ikan siakap stim , ayam dan sayur lemak .
lepas tu untuk dessert buat dadih .
untuk petang pulak buat pau sambal dengan bubur candil ke candir ohh whatever laa .
suka masa buat bubur tu , sebab kiteorang kena uli tepung jadi bulat bulat kecil .
bulat bulat tu pulak colourful sangat dan comel .


masa tengah siapkan makanan untuk ibu tunggal nie .
diorang pun ada  masak jugak tau .
chef kiteorang ajar diorang semua buat kuih .
ada lapan jenis semuanya ,
kuih cakoi , keria , tako , lompang dengan apa ntah .
tapi yang paling ingat sekali kuih puteri dua sebilik .
unik sangat nama kuih nie .


kiteorang ada kat kitchen lain ,
yang makcik makcik nie kat kitchen sebelah .
tapi aku selalu lari pi kat kitchen makcik makcik tu ,
sebab seronok tengok diorang belajar buat kuih ,
kalau duduk situ boleh belajar sekali .
makcik makcik tu pun nampak seronok je ,
serius rasa puas hati dapat layan makcik makcik tu semua .


ada laa jugak sembang sembang sikit .
itu pun makcik tu yang peramah .
nak tunggu aku nie memang tak peramah laa .
tak pandai laa nak jadi peramah nie .
sebab tu orang yang tak kenal selalu cakap aku sombong .
elehh , ingat aku tak tau lerr tu .


tak kena maka tak cinta ,
haa pernah tak dengar ayat tu ?
setakat nie kawan kawan yang dah kenal aku memang ramai sangat
cakap macam nie ' ehh , dulu ingat kau sombong ohh , tapi bila dah kawan kau okay rupanya '
kan kan ? lain kali jangan nilai orang kalau kita tak belum kenal siapa dia .
kenal dulu baru laa tau macam mana *lari topik dah nie .


lepas habis tugas kiteorang dekat kitchen 1 ,
kiteorang tunggu kawan kawan yang lain pulak habis tugas .
ada laa jugak tolong diorang , ramai tolong cepat siap ,
bila cepat siap cepat laa balik , tak gitu kawan ku ?
lepas dah tolong tu , banyak giler makanan tak habis .
nak buang macam membazir je .
so semua tapau bawak balik rumah .
bagi housemate makan , kan bagos tu .


dah siap tapau , chef kteorang bagi lagi guddies bag kat kiteorang .
walawehh , rezeki melimpah limpah .
dah laa tadi makan macam dah tak ada hari esok .
kalau boleh semua nak sumbat ,
haish gemok laa lepas nie , tak suka nya .












Tuesday, March 20, 2012

tak pasal pasal aku kena gigit dengan kau .



assalamualaikum


hye uolls , lama tak jumpa kan ?
cuti sekolah baru baru nie buat apa je ?
mesti korang seronok keluar jalan jalan dengan buayapren , gelipren mahupun family .
aku ? duduk rumah je , memang seronok bercuti kat rumah -..-'
cuti seminggu , sehari je aku keluar berjalan .
nak buat macam mana , tak ada orang nak bawak kita jalan taw . *sedut hingus
nasib baik ada tok , tokwan dengan cousin datang rumah .
tak ada laa boring sangat .


hari hari duduk rumah tengok tibi cerita putri yang ditukar je tak boleh jugak .
lantas aku mengajak cousin aku yang paling rapat main kat taman .
sweet kan kita ? *bajet ada sifat menyukai kanak kanak yang mendalam .
padahal aku yang boring gila barbie , kesian jugak dekat budak tu terperap je .
lepas tu kitaorang pon siap siap .
tiba tiba tokwan cakap nak ikut jugak .
wee , yang nie baru sweet .


sebelum pergi tu dah siap bawak kamera nak main tangkap gambar .
lepas tu beli air sabun nak main belon .
dah lama tak main bendalah nie .
mahal jugak laa , tapi tak berbaloi sebab tak banyak buih .
air je yang lebih , sampai sekarang tak puas hati nie .
balik tu berkali kali try buat air sabun sendiri , tapi tak jadi jugak .
last last aku humban je kat sinki .


masa sampai kat taman tu hujan rintik rintik ,
so kitaorang duduk relax lagi ,
sambil makan pisang goreng yang tokwan belanja ,
agak agak dah reda sikit aku mulakan main jongkang jongkit .
tak berapa malu sebab taman tu tak ada orang pon .
cuma keliling je ada orang lalu lalang .
tengah syok menjongkang jongkitkan diri sambil tangkap gambar ,
tiba tiba aku merasakan sesuatu yang kurang enak kat peha aku .
aku ingat sakit sebab kena dekat besi jongkang jongkit tu ,
sekali pandang , ada semut besar gila dengan bontot tonggek sedang kusyuk gigit aku .
sungguh tiada nilai kesopanan disitu .
sakit gila wa cakap lu , memang power habis semut spesis nie .
padahal masa tu aku pakai seluar jeans kot , tapi still boleh tembus .
kagum sebentar walaupun sakit .


lepas tu pi main tiup buih sabun je .
walaupun buih yang keluar seperti hidup segan mati tak mahu ,
tapi still try tiup sampai banyak buih .
tapi petang tu dapat jugak laa hilangkan sikit boring .
daripada duduk rumah kena buli dengan cousin aku yang sorang tu .
kalau dia datang je confirm aku jadi aktif layan dia ,
sebab dia memang suka cari pasal kan kan .
so jom tengok gambar gambar yang kitaorang snap :)





tokwan jangan pi mana mana taw , kitaorang nak main taman kejap . hee


tiba tiba mak budak nie datang 








p/s : cuti dah habis tapi baru nak update kan . heee :D

Friday, March 16, 2012

tak sangka , baru tau nie . ke korang pon baru tau ?



assalamualaikum .


beberapa hari yang lepas aku ada usha blog yana syamsudin .
dia update pasal jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ,
dan dia siap upload video lagi .
terkejut berok den tengok video tu .
yana samsudin berduet dengan shaheizy sam ,
tajuk lagu begini caranya ,
untuk filem terbaru dorang kalau tak silap ,
yang bertajuk Aku Ada , Kau Ada .


tak tau pulak yang dorang nie boleh menyanyi .
yang yana tu aku memang tau suara dia sedap ,
sebab aku penah tengok rancangan jangan tidur lagi ,
dia nyanyi lagu ella kalau tak silap ,
tu pon aku tengok iklan je , tak sempat tengok cerita dia .
see ? baru tengok iklan dah kagum nie .


lepas tu tadi saja search kat youtube ,
haa nie pon baru tau jugak ,
yana dari dulu memang dah jadi penyanyi ,
cuma tak menyerlah je ,
tak percaya cuba search sekarang ,
dia ada nyanyi lagu pasrah ,
lepas tu aku baru tau dia yang nyanyi lagu hingga hujung nyawa .
dulu aku ingatkan erra yang nyanyi ,
sekarang dia dah meletop letop jadi pelakon kan ,
aku rasa satu hari nanti tak mustahil dia boleh meletop jadi penyanyi pulak .


nie yang buat aku bertambah minat kat dia ,
dah laa comel , sweet je kalau berlakon tu .
lagi lagi dalam cerita bibi biniku gengster tu .
sweet giler oke dia dengan sam ,
aku time tengok pon sempat laa berangan ,
sengih sengih kambing sikit haha ,
oke , dah habis membebel .
korang tengok laa video nie .
sedap wey suara dorang , rasa macam nak makan haha .
sebelum tu pause dulu lagu blog nie kalau tak dengar .






p/s : hai yana , kenapa laa kau comel sangat ? cer citer sikit .

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday - the first trial


 















dah selamat menjadi tunang orang :)



assalamualaikum .


woah , tajuk sensasi je nie kan ?
siapakah yang bertunang , aku kah ?
ohh tidak tidak .
sebenarnya kakak saya yang bertunang .
pada 11 mac yang lepas dia selamat bergelar tunangan orang .
alhamdulillah , aku tumpang gembira untuk kebahagiaan dia .
haish macam jeles je tengok .
awak , jom tunang ! haha
gatal pulak , belajar pun tak habis lagi dah gatal nak bertunang kan .


sebelum majlis pertunangan tu , ya allah busy giler .
sibuk mengemas rumah , gubah hantaran .
haa , hantarannya aku dengan mama yang buat sendiri taw .
bila siap terserlah kreativiti tu , walaupun tak kreatif mana .
tapi oke oke je laa , sedap laa mata memandang .
persiapan sebelum majlis tu , betol betol buat kitaorang semua penat giler .
sampai tak cukup tidur pon ada .
nasib baik laa ramai jugak yang turun padang .
kalau kitaorang je , pengsan laa wey nak siapkan semuanya .


rombongan belah lelaki boleh tahan ramainya .
sampai penuh satu rumah .
tu pon tak termasuk family belah kitaorang pulak .
sampai duduk kat balkoni sebab terlampau ramai .
rumah pon tak ada laa besar sangat .
tapi alhamdulillah muat je dan semuanya berjalan lancar .
so jom cuci mata pulak .






















p/s : selamat bertunang kakak :)

Friday, March 9, 2012

cara saya me-merdeka-kan diri



assalamualaikum

yeay , tepat pukul lima petang tadi ,
hilang laa semua penderitaan otak serta kecederaan jiwa .
rasa macam nak menjerit 'aku sudah merdeka' kat telinga encik eym .
ehh tak pasal pasal pulak kan ? haha
oke , hari nie hari terakhir exam ,
dan aku rasa bebas giler lepas habis exam tadi .


lepas semua team aku dah keluar exam ,
kiteorang nak ambik gambar ramai ramai ,
konon dah merdeka habis .
then selit punya selit , posing demi posing ,
sekali pekkk !
bertempek telur dan tepung dekat kepala kawan aku .
birthday nya esok , tapi esok cuti .
so buat hari nie .
dalam hati dah bersyukur sangat sebab tak snap gambar dekat dekat .
tapi last last terkena jugak serpihan doh cekodok beliau .


tapi bukan itu yang nak di story merry kan .
sebaliknya bagaimanakah saya memerdekakan *terbelit lidah
diri selepas berakhirnya seketul peperiksaan ?
yess , seketul ye kawan kawan .


tadi sampai je rumah terus serbu kawan kawan lantas bergosip seketika .
kemudian agak agak dah gelap sikit ,
kitaorang pergi kolej kejap ,
nak bagi hadiah dekat orang orang yang lahir bulan tiga .
ramai jugak rupanya -..-'
lepas tu lepak dekat laman seri .
suasana ala ala taman sikit , boleh laa .


sebelum tu pergi kedai mesra beli maggi ,
serius lama tak makan maggi sebab nak exam punya pasal .
akhirnya melantak laa kami di taman tersebut *konon .
secara tidak langsung kami telah mewujudkan suasana berkelah di situ .
lending atas rumput sambil makan maggi .
diselangi pula dengan air mineral berharga seringgit seposen kot .
selerakkan barang barang macam tempat tu kami yang punya .
bukan man belon yang punya .



lepas kenyang , main tangkap gambar macam tak ada orang kat sekeliling je .
orang kat situ meluat kot , haha .
tapi menyedihkan bila kamera amira tak ada night mode .
kamera aku pulak gambar pecah walaupun ada night mode .
siap sangkut handphone kat pokok lagi .
tapi kali nie punya merdeka boring je .
tak macam sem lepas , dapat mandi kolam .




























pakai dslr yang paling mahal nie -..-'



























adakah anda melihat sebarang kelibat ? sila bulat menggunakan pen merah .



p/s : sampai kebas kaki menaip . *kaki ke tangan yang menaip ?