Sunday, January 29, 2012

untuk wanita yang stylo milo :)



assalamualaikum



macam biasa hari hari aku akan blogwalking . mencari sesuatu yang tak pasti , ecehh . tak laa , saja nak tahu cerita terbaru awak awak semua . jalan punya jalan , terjumpa pulak sesuatu yang menarik dan tertarik . nak tau apa ? haa , nie yang nak story merry . aku jumpa fb yang jual skirt and maxi dress yang owesome giler oke . kalau korang tengok pon confirm rasa macam nak grab satu . aku pon dah rambang mata tengok collection dia . nie yang rasa nak beli , tapi memandangkan ekonomi meleset , kewangan pon belom kukuh lagi , so akan dipertimbangkan dulu laa . kalau dah kaya raya nanti aku beli satu lori ye , hari hari tukar baju . haa , kaya kan ? moh lerr kita usha dulu barangan dari RNRcollection .



nak yang warna hijau taik lembu tu *ehh hijau ke coklat ?



















suka yang pink cair tu , nampak soft je :)









 terdapat juga aksesori yang boleh digayakan bersama skirt atau dress







macam mana , tergoda tak ? pertama kali tengok aku dah jatuh cinta taw . semua collection dia cantik dan up to date . yang bestnya , dia mengikut ukuran badan kita . so bila pakai tu memang cantik dan terletak je dekat badan . berbeza kalau beli siap tu , sebab cutting tak sama . kadang kadang labuh sangat laa . lagi satu , kain dia macam lembut and go with the flow je kan . tak kira , nak beli jugak nanti . tak tahan dah aku tengok nie . sesiapa yang berminat boleh laa like fb RNRcollection .


Tuesday, January 24, 2012

honeymoon bersama encik driver dan encik bodyguard



assalamualaikum




hye readers , semalam aku pergi honeymoon weyh , haha . honeymoon laa sangat laa . cuba teka kiteorang pergi mana . cepat teka cepat teka ? tettt , masa dah tamat , haha . semalam kiteorang pergi picnic , dekat port dickson . sebenarnya aku plan nak pergi pantai remis . dah siap tanya kawan aku ada jual apa kat sana , berapa lama perjalanan , best ke tak ? sekali encik eym kata kita pergi port dickson je laa sebab pantai remis jauh sangat . lagipon dia tak tau jalan , kang sesat sia sia je honeymoon kiteorang . honeymoon sampai tiga orang babe , kau ada ?




malam tu aku serius aku penat sangat sebab nak siapkan bekal untuk pergi PD tu . macam macam pulak order , nak nasi lemak bagai , haha . so aku pon ikot je laa . act empat orang yang nak pergi , tapi adik encik eym tak jadi ikot . bukan nak cakap awal awal kan . nasib baik tak masak banyak banyak tau . lepas tu aku pon masak laa dengan penuh kasih sayang , ecehh . tung tang tung tang , siap pukul dua belas kot . pagi pulak kena bangon awal sebab nak masak nasi , goreng telur dan sewaktu dengan nya . tengah kemas kemas tu encik call tanya dah siap ke belom , masa tu pukol sepuluh setengah . nak gerak pukol sebelas nie . aku boleh tak sedar laa , then terus pergi siap . nasib baik masa tu siap kejap je . kalau lambat mesti aku kena bebel punya laa .




on the way pergi sana jalan jem pulak , yelah tengah raya cina kan . setelah meredah jem segala tu , sampai laa pukol dua setengah kalau tak silap . semua dah kebulur aku rasa time tu . aku pon tak breakfast , nasib baik encik eym bawak roti , bole laa alas perot sikit .  masa kat tepi tepi jalan nak masuk pantai tu , aku punya laa seronok sebab tengok ada orang jual layang layang , lantas aku terus menjerit ' ehh , ada orang jual layang layang laa ' . haha encik eym yang tengah tidur terkejut then terus bangon . sorry laa bro , aku tak sangka boleh menjerit sampai macam tu . terlebih sudah kan ?




sampai tu , dah pilih port baik punya kiteorang terus pacak khemah . aku tak suruh bawak pon , tapi nasib laa otak dia nie cerdik sikit boleh laa berteduh dalam khemah . masa tu ramai betol orang , siap ada family day lagi . memang happening laa . tapi yang tak bestnya , kiteorang dapat berteduh bawak pokok yang hidup segan mati tak mahu je . slim je pokok yang kiteorang dapat tu tau . then dah siap semua , kiteorang pon melantak sebab perot masing masing dah bergendang gendut tali kecapi dah . so mencekik laa kami dengan hidangan nasi lemak yang tak berapa nak lemak tu .




dah seronok berjalan tu , aku rasa pening pulak . may be sebab tak cukup tidur punya pasal kot . lepas tu aku terus membongkang dalam khemah , encik eym tidur kat luar , encik bodyguard pulak setia menjaga princess yang sedang tidur . *wekkk , muntah hijau . aku sempat tidur kejap je sebab tak tahan panas woo duduk dalam khemas tu , berkemungkinan tak ada ruang oksigen didalam nya . pandai pandai je aku kan . then bangon bangon terus encik bodyguard ajak ambik gambar . dengan muka dan otak yang blur , aku pon ikot je redah panas terik kat luar tu . apa laa kau nie .




lepas tu kiteorang ingat nak mandi . encik eym laa beriya je suruh aku bawak baju tukar . mula mula aku tak nak pon , panas giler kot . then bawak je laa kan . tengah aku excited tengok orang ramai je mandi pantai , dengan senang hati pulak encik eym dengan encik bodyguard cakap taknak mandi . hey , kang aku smackdown dua dua orang nie baru kau tau ye . suka suka je mempermainkan perasaan aku yang lembut lagi sehalus kulit bayi nie . choii , gua brutal laa bro . rock steady , yeah yeah !




lepas mereka mempermainkan perasaan aku tu , dorang ajak pergi rumah api . nak tangkap gambar matahari terbenam katanya . tapi kan , aku tak tau ohh rumah api tu apa . mula mula aku bayangkan rumah api tu macam menara lepas tu ada kipas besar yang pusing pusing tu . tapi bukan ke tu nama dia kincir angin ? lepas tu aku pon tanya encik eym rumah api tu apa ? dia kata susah laa nak explain , kejap lagi kita tengok ye . tak puas hati lagi aku tanya pulak encik bodyguard . dengan muka selamber dia jawab ' rumah api tu , rumah yang ada api lepas tu terbakar ' . hey , bergurau pulak kau nie . nasib baik aku nie penyabar . penyabar ke ?




nak pergi rumah api tu ya ampun , menyiksa sanubari aku betol laa . kiteorang mendaki bukit yang tinggi sangat sangat tapi permandangan dia owesome laa , macam dalam drama pulak . yang aku pulak dengan pakai kain , terpaksa laa redah . rimas tahu . dah laa bermandi peluh aku naik bukit tu . dengan penatnya tuhan je laa tau . tapi kat situ ramai orang joging laa . yang joging tu pulak aku tengok ramai orang tua . mecam mana laa dorang boleh dengan keadaan bukit yang curam tu . tak penat ke ? aku yang berjalan nie pon rasa macam nak pengsan , nie kan pulak orang tua . dasyat giler lerr .




agak agak lutut aku sikit lagi nak terburai , kiteorang pon sampai . haa , baru laa aku tau apa itu rumah api . sedih laa aku nie . dah berapa lama kau hidup ahh wahai cik kieka ? rumah api pon tak tau . tapi sekarang saya dah tau , hee *buat peace . kat atas tu cantik sangat , boleh tengok matahari terbenam . and ramai jugak photographer datang semata mata nka tangkap gambar matahari tu . siap bawak anak bini lagi . kelasss kan . tapi macam sweet pulak bila si isteri memahami minat si suami dan sanggup mendaki bukit yang tinggi dengan membawa anak kecik . bahagia nya * pejam mata sambil berangan :)








 gagah tak encik driver dan encik bodyguard saya , haha


kami makan nasi lemak :)


bajet ong bak rindu , haha

good evening , saya baru bangon tido :)


jauh lagi perjalanan tu wey


itu dia rumah api *ingat style laa berdiri macam tu ?


senjakala


cik kieka





last but not least , terima laa novel aku yang pertama yang bertajuk kau dan aku . boleh dapatkan di kedai kedai buku berhampiran anda dengan harga rm29.90 . mahal kan ? haha



p/s : encik bodyguard kawan sekolah aku dan encik eym :)


Sunday, January 22, 2012

mari bersenam bersama-sama



assalamualaikum



last aku joging dua tahun lepas kot . tu pon time roadrun kat sekolah . aku memang suka joging , kalau orang ajak tu aku memang semangat habis laa . that's why aku tak pernah miss roadrun masa kat sekolah dulu . bagi aku hari tu laa paling best . tak payah belajar , tak payah bawak buku , hehe nampak benor malasnya . lenggang kangkung je datang sekolah . tapi sekarang aku bukan pelajar sekolah lagi . tapi pelajar kolej . so mana ada buat roadrun tiap tiap tahun lagi . rindu giler zaman sekolah , masa tu muda lagi . pergi sekolah dengan baju putih dan kain biru . bawak beg sekolah dan tak pernah tinggal botol air aku tu . datang sekolah lepak dengan kawan kawan , ohh rindunya waktu tu .




then satu hari tu , on the way nak balik rumah sewa sambil jalan kaki dengan classmate , tiba tiba dia ajak joging pagi jumaat tu . and aku teros cakap ' jom lah , lama tak joging ! ' . rasa seronok pulak , tak sangka ada jugak orang yang minat nak bersenam . selalunya bila umur makin meningkat , kerja makin banyak , jadual makin padat ,  ramai orang malas nak bersenam . lagi lagi student , jadual selalu pack , lepas tu balik penat . kadang kadang tak cukup tidur . tapi tup tup ada orang still berminat nak bersenam why not aku join the club kan . 




so bila dah set time and date , pagi tu aku bangon awal . lepas mandi je tiba tiba hujan pulak . kawan aku yang join sekali nie tak bangon lagi . so aku biar laa dia tidur dulu sampai hujan berhenti baru laa aku kejut dia bangon . rasa frustated sikit laa , sebab plan nya nak gerak pukol sembilan , tapi sebab hujan plus tunggu kawan aku siap pukol sepuluh setengah baru kuar rumah . time tu pon dah panas tapi redah jugak . kiteorang pergi joging dekat stadium shah alam . first time joging kat situ . masa masuk kawasan stadium tu mula mula macam best , tapi lama lama macam scary pon ada . sebab sunyi sikit laa tempat tu . orang tu ada tapi boleh kira dengan jari laa . stadium tu dah laa besar . so agak bahaya laa aku rasa , lagi lagi perempuan kan . macam macam boleh jadi .




apa apa pon aku puas hati jugak laa sebab dapat joging , dah lama sangat tak exercise . walaupun joging time panas terik sebab dah nak masuk tengah hari , tapi kiteorang still teruskan . hari tu dapat joging dua round je sebab kawan kawan aku tak larat . sebab dorang pon dah lama tak joging so semput laa sikit . aku pon apa kurangnya , kalau every week pergi joging , mesti tak ada masalah punya laa , lima round pon steady lagi . betol ke ? haha . habis joging pukol sebelas setengah then singgah beli nasi campur untuk lunch , haha berbaloi ke joging , kalau makan tak ingat ? lu pikir laa sendiri .


 mula mula kita warm up dulu ye adik adik

ehh , tiba tiba nak tumbang pulak , nasib baik ada benteng pertahanan , hee 


berlari lari anak kambing



motif  ?



p/s : lepas nie nak joging lagi ;)



Saturday, January 21, 2012

tiba tiba banyak pulak menu



assalamualaikum



macam yang korang semua tau , kalau tak tau meh aku bagitau . aku study kos culinary arts and semestinya laa keje aku masak . tapi still ada kelas teori . tapi bukan perkara nie yang nak digembar gembur kan . tapi benda lain . hari tu time kelas garde manger , macam biasa laa kena masak kan . and hari tu last kiteorang masak untuk kelas tu . act baru tau last minute yang hari tu last class , tengok menu nak masak macam senang and boleh relax sikit . masak tu memang laa senang , tapi bila dah siap baru perasan yang menu hari tu paling banyak kot berbanding dengan kelas before nie .




and hari tu jugak tiba tiba semangat berkobar kobar je nak nak masak . may be sebab last kot , hikhok . tapi yang buat aku lebih berhati hati bila plating sebab hari tu aku dengan partner aku kena sound gila barbie sebab kiteorang salah plating makanan tu . punya laa kuat suara lecturer aku . malu giler kot time tu . yang aku pulak tak terfikir plus tak perasan pulak yang plating kiteorang lain dari yang lain . masa tu aku blur giler macam orang tak ada perasaan . bahana syaiton nirojim yang syok main buai kat mata aku barangkali . tak apa itu namanya proses pembelajaran , belajar dari kesilapan .





then masa tu kena rebut plate cepat cepat sebab kena pakai banyak plate and takot tak cukup . tapi memang tak cukup pon act . terpaksa pinjam kat kitchen lain . yang tu boleh tahan lagi , time nak hantar balik tu yang seram sikit . mana tak nya , kelas habis pukol sembilan malam , then budak kitchen lain semua dah balik . tinggal laa kami terkapai kapai , bertungkus lumus , bermandi peluh , berhempas pulas *ehh cukup cukup laa tu . haa tinggal laa group kiteorang yang last sekali balik . before tu kena pulang balik plate segala tu . dah laa kitchen lain semua gelap , nak kena redah lautan gelora bagai hantar plate tu dengan gelap plus seram nya . just pakai torch light fon je . dapat pulak kawan yang mulut capoi , rasa nak lastik lubang hidung dia dengan biji sawi . nasib baik ada kawan lagi empat orang , so berani sikit laa . berani pon berkepit jugak dengan diorang , haha . kalau aku sorang , sampai ke sudah aku tak pergi punya . confirm wa cakap lu 





 plating sayur


alaa tomei tomei


yang nie aku suka *kenyit mata


chicken ham


haa , benda nie orang tak makan . just buat display


dan terhasil laa ini . nampak tak benda yang colour cokelat tu . namanya pate , makanan france . perasan tak ada gambar apa , hehe . otak aku nie kartun jugak kadang kadang .


introduce you , my partner :)



p/s : sorry laa aku tak ingat nama menu , sebab buku resepi aku hilang ke mana pon taktau . sedih tau ,    sobsob


Saturday, January 14, 2012

aku ada bakat jadi doktor bedah ?



assalamualaikum dan selamat tengah hari




pernah tak korang terlibat dengan aktviti pembedahan ? tak kesah laa , bedah orang ke , katak ke , tikus ke janji bedah . bedah ye , bukan makcik bedah jual karipap tu . yeah , hari tu aku telah membedah seekor binatang yang tak dapat dikenalpasti kewujudannya . yang pasti masa aku jumpa tu , kedua dua tangan dia dah melekat dekat badan and aku rasa kesian sangat lalu tanpa berfikir panjang aku terus melakukan pembedahan ke atas beliau dan alhamdulillah binatang tu dapat diselamatkan . sekarang nie beliau bebas mendepakan tangannya sebesar mungkin . mari kita lihat siapakah beliau sebenarnya .





































beliau adalah adik baru encik domo , hahaha suspen tak ? *kang ado yang kono lompang nie .




tengok laa , mula mula tangan dia kena jahit sampai cenggitu sekali . aku tak suka betol laa tengok orang dera domo . biar je laa tangan dia macam biasa . nak jahit buat apa . meh aku jahit tangan kau pulak . apa rasa ? domo nie aku beli masa on the way balik melaka hari tu . tengok macam murah je , so beli laa . lagi pon senang di bawa kemana mana . time nie berebut jugak dengan kawan aku , sebab dia pon nak jugak . tapi benda nie ada satu je . tapi dia baik , dia bagi kat aku . heee , thanks ye dayah . harga dia dua puluh ringgit sahaja . kalau dekat tempat laki mahal sikit rasanya .




balik tu , dah siap mandi semua . aku terus ambik gunting then potong jahitan dia . haaa , baru laa best macam tu . tak payah nak kepit kepit sangat laa . yang tak bestnya , korang perasan tak gigi domo tu something wrong . haish , spoil betol laa . selalu kalau aku nak beli domo , tak kesah laa patung ke , baju ke , beg ke . aku akan cek yang gambar dan jahitan dia betol betol cantik dan kemas baru aku beli . selalunya bahagian gigi dia . tapi hari tu sebab terlampau excited and tengah rushing aku just cek ala kadar je  . bila dah dalam kereta baru perasan yang jahitan dia tak kemas . especially bahagian gigi tu . membebel laa kejap aku kan . tapi nak buat macam mana dah terbeli pon . saya redha , sobsob .




























keadaan beliau selepas pembedahan . bukan main lebar lagi tangan kau .




p/s : terima kasih kepada awak awak yang comel sebab baca blog yang tak habis habis cerita pasal encik domo dan keluarganya . hee :D


Wednesday, January 11, 2012

melaka mari



assalamualaikum



minggu lepas aku pergi melaka . teruja giler sebab baru first time kot pi jalan dengan kawan kawan jauh macam tu . kiteorang pergi melaka bukan suka suka , kena buat assignment sebenarnya . mula mula ingatkan kumpulan aku je yang pergi melaka , tengok tengok ramai pulak nak buat assignment kat sana . so alang alang tu pergi je laa ramai ramai . selamat pon selamat kan , sebab ramai . kalau pergi ngan kumpulan aku je pon bahaya jugak sebab semua perempuan and kiteorang bukan tau jalan sangat . so dengan itu kami membuat keputusan untuk pergi sana secara konvoi . sepatutnya konvoi tiga kereta , tapi yang satu nie nak gerak malam . so tinggal laa dua kereta je . tapi yang gempak nya , semua bawak kereta waja . dah macam konvoi waja . cayalah !



dorang ada plan nak pergi gunung ledang kat johor , nak mandi sungai . so pergi dua tempat laa . first melaka , then dah siap assignment pi johor pulak . tapi dalam perjalanan tu lain pulak jadinya , bukan pergi melaka dulu tapi pergi johor sebab terlajak . lepas mandi sungai baru pergi melaka . kat melaka nie laa aku rasa penat bebenor *walaupun bukan aku yang drive . sampai melaka dalam pukul tiga lebih then lama giler pusing melaka cari hotel nak check in . pusing punya pusing , sampai malam baru dapat hotel . memang penat laa rasa , dengan tak makan nya . lembik badan nie haa . aku breakfast pukul sembilan and makan malam pukul sebelas setengah . memang semua kebulur kot time tu . sabar je laa .




lepas mencekik , energy pon dah penuh , kiteorang pi meronggeng kat area dataran pahlawan , taming sari and area dekat situ laa . jalan kaki je taw , yang buat aku bertenaga tu bila aku nampak ada uptown tengah malam tu . so apa lagi , cuci mata laa kan . hasrat di hati nak shopping , so pusing laa dua tiga kali , tapi lepas tu bila nak pusing balik nak shopping kedai dah tutup . haish , frustated betol time tu . tapi sempat jugak laa cuci mata . yang bestnya dapat tengok sugar glider , arnab dengan kucing parsi . serius comel sesangat . yang sugar glider tu harga rm350 baru umur enam bulan kalau tak silap . tapi dia manja , dengan semua orang dia nak . yang arnab tu pulak pelik sikit , first time jugak tengok , dia tak macam arnab biasa , bulu dia kembang macam kucing parsi . orang tu kata arnab tu jenis barbie doll ke apa entah , tak ingat laa pulak .



dah puas meronggeng kiteorang balik hotel terus tidur , sebab esok pagi baru nak pergi buat assignment kat A famosa dengan muzium . masa pergi A famosa tu , cuaca panas terik tahap menggelegak laa . sunburn aku kejap . dah laa kena tawaf cari bahan , nasib baik ada topi koboi kawan aku . dapat laa cover sikit kepala otak aku yang rasa macam dah separuh masak masa tu . mata aku pon macam dah tak boleh bukak , kuyu je . nasib baik ada orang menjual macam macam barang , terbukak laa sikit mata aku nie . ada laa beli sebijik dua benda yang dorang jual tu , tapi tak banyak choice sebab kat situ bukan tempat shopping .



apa apa pon melaka best laa , teringin nak naik beca . tapi tak cukup bajet . naik beca rm25 . dah lama tak berjalan . last aku pergi melaka masa aku darjah enam kot . long long time ago . masa tu aku kanak kanak ribena lagi , pakai baju nemo warna pink , dengan rambut pony tail sambil bagi gajah makan . lepas tu tangkap gambar macam tengah nyanyi lagu Negaraku , tegak je badan . masa tu jugak laa aku merajok sebab adik aku taknak tangkap gambar sama sama . siap bagi warning lagi ' tepi laa , jangan duduk dekat dekat dengan aku , aku nak tangkap gambar sorang sorang ' . kurang asam keping ye kau . masa tu aku hati tisu , sikit sikit nak nangis . sekarang aku brutal , macam dah tak ada hati pulak .
























itu dia !























tak dapat naik , duduk pon jadi laa .























lalalalala 























meronggeng di malam hari















































arnab dan kucing yang masing masing lawan bulu siapa lagi kembang























nampak tak bukti aku buat assignment ? siap bawak buku plus pakai ID lagi


dalam muzium , saja nak jadi patung yang feel sedih sebab tak dapat naik beca .

haish , tinggi nya laa kau nie manusia .

nie laa namanya sambil menyelam minum air . buat assignment sambil shopping .



p/s : terima kasih sudi baca :)


Thursday, January 5, 2012

gambar nie nampak cantik bila dah upload , so nak buat new post laa .



assalamualaikum sekali lagi .



jarang sekali buat post banyak banyak di hari yang sama . tapi tangan nie tiba tiba rasa gedik nak menaip selepas otak nie berfikir tentang apa yang mata nie lihat semalam . hari tu kitaorang buat canape kat kitchen . you know what is canape ? canape ialah sejenis makanan yang bersaiz satu gigitan atau suapan . di mana makanan ini bersaiz kecil serta comel . alaa , macam yang korang dok makan nachos tu ? macam tu ke eja . lantak laa , saya rasa saya tak pernah makan nachos itu .  cara makan dia memang sekali sumbat dalam mulut je . pernah ke korang makan nachos or canape tu gigit sikit sikit macam hamster makan kuaci . tak kan ? so hayati je laa gambar ini .



inilah canape


























hasil air tangan bersama kawan sekelas


























ramai sungguh peminat canape nie .



semua gambar diatas telah selamat dicuri dengan jayanya dari belog nur hidayah . tapi aku dah mintak izin dari dia act  then dia pon berkata . ambik laa apa apa yang kau nak ambik kat belog aku tu . aku tak kisah . rasa bersalah mula menghantui diriku . ehh, tapi dia ikhlas bagi nie , aku tau , aku kenal dia . budak nie baik orangnya , anak siapa laa nie . btw , thanks yea dayah . tanpa keizinan darimu mungkin entri nie tak berjaya dicipta atau di post . heee .



p/s : esok nak pi melaka buat assignment 


macam dah lama je tak dengar cerita pasal encik driver ?



assalamualaikum 



amboi , tajuk kali nie tak boleh nak panjang lagi ke ? aku rasa dulu aku selalu sebut sebut pasal encik driver . sekarang nak dengar nama dia pon susah kan , asyik nama encik eym pulak yang muncul sekarang . macam sedih je kan . sesungguhnya aku tak pernah lupa kan dia . sebab pada hakikatnya encik driver dan encik eym adalah orang yang sama . huahuahua *pang sekali .


























imran bin hamzah


dulu aku panggil dia encik driver sebab dia rajin bawak aku jalan jalan , hee . tapi kadang kadang aku takut jugak . mana laa tau dalam diam diam dia sentuh ( touching ) ngan aku . tapi aku pernah tanya dia jugak , tak kisah ke kalau aku panggil dia macam tu . dengan selamber nya dia kata ' i tak kisah , sebab kadang kadang ibu pon panggil ayah macam tu ' . haha so sweet *kelip kelip mata . selalunya aku panggil encik driver time dia tak ada dekat sini je , kalau dia ada aku panggil laa encik eym . dah menjadi kebiasaan pulak semua benda nak diletakkan title 'encik' . adakah encik eym / encik driver tergolong dalam kategori benda ?



memperkenalkan , MOMO :)


sekarang dia dah berkawan baik dengan encik DOMO :)



p/s : momo tu encik eym punya . aku bela dia buat sementara je . nanti encik eym balik , dia jaga momo macam biasa . gonna miss you , sobsob .


Monday, January 2, 2012

melly ( tentang dhia ) dah bertunang

 

assalamualaikum



ingat lagi tak melly atau nama sebenarnya Izreen Azminda ( 27 tahun ) yang berlakon dalam cerita tentang dhia yang meletup tu , sampai makcik nasi lemak pon tau cerita nie . kelassss kau makcik nasi lemak . dia dah pon bertunang . mereka mengikat tali pertunangan pada tahun baru iaitu pada 1 Januari 2012 . Tunangnya yang bernama Muhamad Riza ( 28 tahun ) merupakan seorang jurukamera bebas dan duda anak satu .



gambar pertunangan izreen



tengok laa , cantiknya melly . tunang dia nie sekali tengok ada iras iras akhil hayy pulak , haha . apa apa pon semoga berbahagia laa kepada pasangan nie .



p/s : credit to abang nara .


happy new year !



assalamualaikum



wee , kita dah masuk tahun baru laa tepat pukul dua belas malam tadi . macam tak percaya je kita nak masuk sembilan belas tahun . macam dah tua je rasa . seperti tahun tahun lepas jugak , aku celebrate depan tibi sambil tengok bunga api . and aku baru tau dorang ada buat sambutan tahun baru dekat i-city . frustated pulak rasa sebab dah dekat kot dengan rumah . kalau duduk rumah sewa aku tu lagi laa dekat . and lagi satu aku tengah jeles giler dengan encik eym , dia celebrate kat penang oke . kita duduk rumah je , tapi takpe laa sebab dah biasa macam nie . sejak aku lahir sampai laa umur aku lapan belas tahun nie aku tak pernah celebrate new year or merdeka *sila percaya .



nak cerita sikit nie , semperna tahun baru nie aku bole pulak mimpi bukan bukan . pagi tadi aku bangon lambat act . may be sebab mimpi tu laa kot . sampai berpeluh peluh , aku tersedar pon time encik eym call . masa tu aku rasa panas giler laa , dengan dahi aku berpeluh nya , badan jangan cakap laa . basah lenjun dah . nasib baik encik eym berjaya bawak aku keluar dari mimpi aku yang entah apa apa tu . korang mesti tertanya tanya kan , apa laa yang aku mimpi sampai berpeluh sakan . panjang cerita nya , malas laa nak cerita . yang aku tahu mimpi tu complicated sangat sampai buat aku berfikir dan risau sepanjang mimpi tu . tu yang bangon bangon je rasa sakit kepala *padahal terlebih tidur :P



bila cerita pasal tahun baru nie mesti semua orang ada azam baru kan . bukan fb je ramai laa yang post pasal azam dorang . azam aku apa pulak ? aku pon tak pasti lagi nak azam apa untuk tahun nie . kalau tahun lepas aku punya azam adalah nak pakai tudung secara tetap . tak on off macam tahun sebelumnya dan aku rasa   azam aku tu dah tercapai . tahun nie azam aku nak dapat pointer 3.5 ke atas . woah , azam bukan main nie . tak kisah laa , janji ada azam jugak kan . so dengan ini aku kena study rajin rajin laa supaya dapat capai target tu . mudah mudahan tercapai laa , amin .



azam lain pulak , nie kira azam sampingan laa . kalau tercapai alhamdulillah , kalau tak tercapai pon takpe . boleh ke macam tu ? boleh laa dari tak ada . kalau boleh tahun nie aku nak ada lebih ramai kawan . kalau ramai kawan kan best . bak kata pepatah , kawan biar beribu , kekasih biar satu . cewahh , macam geli pulak , haha . *kalau anda turut geli atau rasa nak muntah ketika membaca ayat nie sila pergi ke kedai lantas membeli asam masin dan limau kasturi lalu sumbatkan asam kedalam limau tadi dan makan bersama sama dengan saya . pasti lagi sedap .



p/s : terima kasih kerana mambaca entri yang tersasar sikit dari tajuk . peace 2012 :)

Sunday, January 1, 2012

goodbye 2011 welcome 2012



assalamualaikum dan selamat tengah hari .



lagi beberapa jam saja tahun 2011 akan meninggalkan kita and say hye to 2012 . pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru . rasa sekejap je masa berlalu . rasa macam baru dua minit tiga puluh tujuh saat je aku meninggalkan zaman sekolah aku yang penuh suka duka , konflik dan kegilaan bersama rakan rakan . tiba tiba pulak rasa rindu dekat kawan kawan sekolah , sobsob . malam ini awak awak semua pergi mana ? hurm , saya hanya duduk didepan tibi sambil menonton bunga apa yang tak berapa real je kot . itu pon kalau dapat tukar channel sebab remote control dirumah selalu dieksploitasi oleh kakak saya . sedih sedih .



banyak kenangan yang berlaku sepanjang tahun nie . ada best dan ada jugak yang tak best . kita cerita yang best best dulu laa ye ? yang bestnya tahun nie , aku baru dapat rasakan yang aku ada bestfriends yang cool . i called them BABES . dulu time kat sekolah aku kawan biasa biasa je dengan dorang . then after spm aku mula rapat dengan dorang . and alhamdulillah sampai sekarang kitaorang still contact even jarang jumpa . ingatkan bila semua dah futher study masing masing buat hal sendiri . tapi nasib baik semua tu tak jadi dan insyallah tak akan jadi . hope kita semua akan jadi BABES forever *tadah tangan sambil berdoa , amin . and aku pernah janji dengan dorang , kitaorang nak pergi picnic bila aku dah pro bab masak masak nie . time tu biar laa semua dapat berkumpul baru gempak bukan .


masa form 5 , babe amira yang snap kot . sebab tu dia tak ada dalam nie .



then , lepas tu aku dapat ramai kawan since masuk kolej . tak ada laa ramai sangat tapi bole laa . orang pertama  yang aku jumpa masa nak masuk rumah sewa ialah hajar . masa aku masuk rumah tu hajar and family dia je yang ada . yang lain tak sampai lagi then sembang punya sembang , aku tanya laa ambik kos apa . dia cakap culinary arts . haa , time tu aku dengan mama dah happy dah . ada pon housemate yang sama kos . sebab aku rasa aku tak pandai berdikari berbanding kakak dan adik aku tu . may be sebab aku sorang je belom pernah pisah dengan mama . nie laa first time aku hidup tanpa mama , before nie aku banyak bergantung dengan dia je . tapi sekarang dah boleh bedikari sikit sikit kot . kan mama kan ?



setakat nie hajar dengan babe amira je kot orang yang paling aku rapat kat kolej . hajar nie kira penting laa jugak untuk aku , kalau tak ada dia hancus aku . dia nie dah macam PA aku dah . amboi , PA laa sangat , kau hengat kau datin ? *tunjuk jari di muka sendiri . mana tak nya , segala assignment yang ada semua aku tanya dia . bukan tu je , yang remeh remeh pon dia yang selalu ingatkan aku . maklum laa , masalah hilang ingatan aku dah tak dapat dibendung lagi rasanya . masalah lupa aku nie makin menjadi jadi pulak . macam hari tu , aku baru lepas makan then nak basuh laa pinggan tu . orang basuh pinggan kat sink laa kan , nie aku pi masuk toilet . benda nie secara tak sengaja , sebab masa tu aku tak sedar . dah masuk dalam toilet tu baru aku sedar then pergi kat sink . sebab tu laa aku kata hajar nie penting .



then lepas pertandingan dikir barat hari tu , aku mula rapat dengan budak budak nie . kos berlainan tapi majoriti nya kos sama dengan aku dan sekarang kalau ada apa apa or pergi mana mana pon selalu dengan dorang nie . kira dorang nie dah sebati laa dengan perangai pelupa plus gila gila aku . semuanya best best , dorang jugak laa yang celebrate birthday aku time puasa hari tu . thanks yea friends . so kalau nak tau aku kat mana , cari laa mereka mereka ini . pasti terjumpa aku terselit di mana mana .


























geng dikir barat , kiteorang dapat nombor 2 dari 20 group oke .



benda yang best best ever ialah aku dapat encik domo oke . tu hadiah birthday aku , encik eym bagi . hadiah yang lain lain tu best jugak . tapi aku kan fanatik domo , so mesti laa hadiah encik domo nie yang aku paling sayang . dah laa besau , gemok pulak tu . selalu kena smackdown time aku tido . tapi dia tetap tabah dan kental . see , encok domo pon sayang aku . dah lama aku dok usha binatang berwarna coklat nie , tapi tak terbeli lagi . last last encik eym yang bagi . start tu aku belai belai dia tau , bangon pagi selalu cakap dengan dia . entah dia faham ke tak apa yang aku bebel . saya sayang awak tau encik domo .


encik domo yang gemok .



yang terakhir sekali , pada tahun nie jugak . mama aku berjaya menjadi businesswoman dengan titik peluh sendiri . bulan tujuh hari tu kalau tak silap , mak aku bukak kedai mini market dekat dengan rumah aku . macam tak percaya pulak mak aku sepower itu , padahal plannya macam plan plan ayam je *power ayat aku . taktau laa mak aku nie serius . tengok tengok bulan tujuh tu plan plan ayam mak ku nie jadi kenyataan . bila masa dia bukak kedai pon aku taktau , sebab time tu aku kat kolej , tak balik rumah . then nak dekat sebulan lepas tu kot baru aku tau . sampai hati tak bagi tau kan , sobsob *lap hingus . apa apa pon tahniah laa kat mak aku yang power nie *minum superpower barangkali .




oke , sekarang yang tak best pulak . sesi pembelajaran aku untuk memandu tertangguh sebab nak futher study hari tu and sampai sekarang tak sambung lagi . orang lain semua dah boleh drift aku je yang still terkial kial . tapi ikutkan hati memang macam dah tak ada mood . ditambah lagi dengan kena test jpj and kena hafal jalan , lagi laa buat aku malas . aku tak pasti laa aku ingat lagi tak nak drive . kesian mama saya , asyik dia je kena drive , yang lain semua tak ada lesen lagi . kakak aku pon tak ambik lesen lagi ye . adik aku nak ambik lesen tapi lesen motor je laa . kereta tak tau lagi bila . bersabar laa mamaku .



p/s : yang tak best sikit sikit sudah .