Saturday, December 31, 2011

al kisah balik kampung



assalamualaikum




hari tu balik kampung sebab ada kenduri . tapi balik kejap je , pergi hari nie , esok dah balik . takpe laa  janji dapat jumpa atok , nenek dengan cousin . after balik kenduri tu pergi kampung lagi satu . jarang balik kampung nie . selalu balik time musim buah je . sebab atok nak kutip buah . masa balik hari tu pon banyak jugak buah . aku pon bantai durian banyak banyak . kalau kat shah alam nie tak dapat laa nak cari durian kampung . ada tu ada , tapi tak pernah beli pon . better makan hasil kita sendiri , i mean atok punya . baru puas . ada jugak buah lain macam pisang , cempedak , rambutan , manggis , nanas and apa lagi entah . tapi gua tak layan laa . durian je gua layan , haha .



then , after dah kenyang perut budak budak nie ajak mandi sungai . act bukan budak je laa . kakak , mama and makcik aku pon join sekali . aku just duduk tepi tengok dorang nie mandi je laa . bukan taknak mandi , tapi aku bawak baju cukup cukup je . mama tak bagi bawak banyak beg sebab nanti nak balik puchong confirm bonet kereta penuh dengan makanan . nenek aku nie bukan boleh , selagi ada makanan kat kampung tu , semua dia nak bagi suruh bawak balik . that's why laa kalau duduk kampung badan aku naik mendadak . asyik makan je kat sana . banyak sangat makanan sampai tak termakan kadang kadang tu .


 lepas kenduri atok belanja ais krim , hehe .

 air cetek je pon , riuh nye yang lebih .

 aksi perenang dari perak .

 tengok laa budak budak nie .























dengan baju kurung pon aku bantai pergi sungai .



otw balik puchong kereta dah berat . berat dengan buah yang banyak giler kat dalam bonet , ditambah lagi dengan berat badan masing masing yang dah melantak durian entah berapa biji . sampai bila naik bumper pon kereta tersagat *betul ke ayat nie ? nampak tak berat tu . bila balik shah alam , satu guni buah aku bawak balik . haa , amekaw !



p/s : next week exam weyh , nebes nebes .


Monday, December 26, 2011

kenapa mesti kuning ?



hye dan assalamualaikum uollsss .



hari tu ada perjumpaan mentor mentee . kat kolej aku setiap hari jumaat selalunya dorang ada kan meeting bersama mentor nie . and hari jumaat nie jugak laa yang selalu buat aku malas bangon pagi . sebab meetingnya pukul sembilan pagi . aku hari jumaat nie pulak ada kelas petang je . pagi takdok ehh . tu yang rasa bole tido sampai tengah hari , haha . yelah hari lain kelas penuh je . penat kau tahu ? tak kesah laa . dah nama pon student kan . nak buat apa lagi selain belajar . tak gitu ?



oke , nak dijadikan cerita . jumaat lepas kolej aku ada buat senam aerobik , time pagi pagi tu laa . lepas tu mentee kepada mentor iaitu kami kami nie kena pakai baju ikot warna tema pulak . then mentor aku pon mengisyhtihar (macam salah ejaan je) dengan lantang dan bangganya . ' hari jumaat mentee saya kena pakai baju warna kuning ' . dush ! aku terus tunduk . haiyo , kenapa warna kuning ? aku tak suka laa . lepas tu aku terus mengadu plus membebel dekat hajar . and pening taktau nak cari baju kuning kat mana . kalau nak beli memang tak laa . kalau warna purple sanggup laa aku beli . last last pinjam kat babe amira je .



tapi aku excited sebenarnya nak aerobik nie . seronok kot , aku memang suka aktiviti beramai ramai nie . meriah laa sikit . malam tu aku dah siap iron baju semua . selalu pagi nak kuar tu aku baru iron . tapi excited punya pasal siapkan awal awal laa . lepas tu tidur . nasib baik tak mengigau macam dulu . kang aku pi bangon mandi pukul dua belas tengah malam pulak , haha . kelakar pulak kalau ingat balik . tapi pagi tu relax je bangon pukul tujuh setengah . daftar pukul lapan pagi katanya . berguna jugak aku iron baju malam tu . kalau tak dah confirm laa aku kelam kabut . jom tengok gambar gambar yang tergempak lagi sensasi pada masa kini , hehehe .



thanks babe amira , pinjamkan baju kuning kau .

 majoriti pakai baju malaysia kan . 


 geng geng yang terlebih sudah .























cuba cari dimana mentor saya ? haha



p/s : best aerobik ramai ramai , kalau tiap tiap minggu buat bole kurus aku :P


Sunday, December 25, 2011

wee , saya budak baik



assalamualaikum




aku rasa dah lama betol mata aku nie pakai lens . takot jugak nanti effect apa apa pulak . sekarang may be tak nampak . takot dah tua nanti entah macam mana laa mata aku . encik eym pon bising jugak . dye kata sampai bila nak pakai lens . aku pon taktau laa . rasa macam dah tak bole hidup tanpa lens laa . hari tu aku ada buat spec baru . before nie ada jugak spec , tapi yang lama punya , aku pakai kat rumah je . time tengok tibi . and power pon yang lama laa . yang baru nie power lagi tinggi dari yang dulu . dan spec baru nie pon dah siap . nak tengok tak macam mana rupa dye ? dengan ini saya mempersembahkan *bunyi dram

































tadaa ! ini laa kieka yang baru . dah kena belajar pakai spec . nampak macam nerd giler kot . hari tu aku pakai pergi kelas budak budak kelas aku bole bantai panggil aku nenek laa . how could you classmate , sobsob . ada yang kata tak sesuai laa , itu ini bla bla bla . tak kesah laa . aku pakai time kitchen je kot . yelah , macam bahaya je pakai lens time masak tu . better pakai spec kot . mata aku pon macam dah tak bole pakai lens lama lama , nanti jadi merah . so sekarang pakai kejap kejap je . lepas tu pakai spec .


p/s : mama kata saya nampak matured pakai spec nie :)

Sunday, December 18, 2011

makin parah aku nie



assalamualaikum




weyh korang . nak tanya sikit . korang ada masalah rabun tak ? haiyo , aku tengah bermasalah nie . hari tu aku pergi cek mata nak buat spec mata . sebab masuk kitchen tak bole pakai lens laa . tak tahan panas aku . so aku nak buat spec . then hari tu cek mata , tengok tengok power aku dah naik mendadak . dari 3.50 kepada 4.50 . banyak tu . takot pulak aku . lepas tu akak tu cakap suruh aku minum air carrot tiga kali seminggu untuk reduce kan power aku nie . *nasib baik air carrot nie favorite aku . sebab dia kata dah teruk . and act power 6.00 lebih kot . ohh tidak *hantuk kepala kat dinding . dia cakap jangan pakai lens selalu . hurm sedih nie . aku tak suka pakai spec laa . lepas tu korang nak tau tak , encik eym bising bising tak bagi aku pakai lens . membebel bla bla bla *tengah bisik kat telinga korang , nanti dia dengar aku pulak .



p/s : saja nak mengadu dekat belog cinta hati ku ini . lepas nie kena banyak makan carrot *persis arnab :)


Friday, December 16, 2011

best giler bila dapat bercuti setahun sekali ( part 2 )



assalamualaikum




hye kawan kawan , hari nie kita nak buat apa ? oke , hari nie kan i nak sambung cerita part 2 punya . nebes tak nebes tak ? urmm , nak start dari mana ye . oke , nak cerita pasal makan . sepanjang kat sana , aku rasa kiteorang banyak makan makanan fast food je kot . mula mula makan nasi laa , then makan pizza hut , lepas tu mac donald dan seterusnya semua fast food . so sepanjang kat sana aku rasa macam tak sihat betul lah . perut pun makin maju tapi oke laa dari tak makan kan . 



macam apa yang korang semua tengok aku pakai boots kan pergi genting tu . yeah , saja nak pakai boots tu sebab dah lama tak pakai . pernah pakai sekali je time beli dulu . lepas tu tak pakai dah . lagi satu sebab aku tau kat sana nanti mesti banyak berjalan , so takkan aku nak pakai heels pulak . memang terkehel laa kaki aku kan . and dengan adanya boots aku nie , aku bebas giler laa berjalan . tak sakit kaki pon . sebab kasut nie memang selesa . sepanjang dua hari kiteorang berjalan tu , aku tak rasa penat pun . *time tu kiteorang overnight sebab hotel semua dah penuh . padahal orang lain semua dah pancit kot . asyik ajak duduk je . see , tak sia sia aku beli kau wahai boots , dah laa comel , hehe 




masa first day tu kiteorang tak main semua game pon . sebab tak sempat kot . so ingat tag tu bole pakai sampai esoknya . tengok tengok kena beli tiket baru untuk hari lain , so agak frustated laa sebab baru main sikit je , tak sempat nak main game superman , taktau laa nama apa . tapi kiteorang panggil game superman sebab dye kena terbaring macam superman tu . tapi dye tak laa suruh pakai spender kat luar macam superman tu . tapi yang tu aku rasa macam adventure giler kot . aku memang suka benda benda yang mencabar fizikal dan mental aku nie . walaupun aku tau aku tak berani tapi aku still nak main . that time baru laa kita bole rasa macam mana perasaan orang yang main tu kan .



haa , benda nie laa . kan macam superman tu .



then malamnya bermula sesi pengembaraan bersama dora the explorer , hekhek . kiteorang merayau sini sana tak tentu hala . tapi best jugak sebab time tu tak ramai sangat orang , lepas tu jalan pagi pagi tu rasa macam fresh je walaupun pada hakikatnya mata masing masing dah kuyu habis . duduk mana mana je boleh lelap . ada laa jugak kiteorang terlelap kat mac donald , haha . tapi kejap kejap laa . lepas tu sambung jalan lagi , habis semua kiteorang pusing , dengan sejuk yang tak ingat tu plus hujan renyai renyai . siryes sejuk bebenor . sampai merah merah hidong aku . bila cakap je , keluar asap dari mulut . tu yang rasa macam kat london .




ehh , lupa pulak . yang tak bole bla nya kat sana , kiteorang sempat tengok wayang weyh . cerita petaling street worrior . budak budak nie laa yang ajak tengok . katanya best , lebih baik tengok wayang dari merayau tak tentu pasal . at least bole rehatkan kaki sikit kat situ . kiteorang ambik tiket pukul 1.15 pagi . woah , nie wayang yang paling lambat aku pernah tengok . before nie paling koman pun pukul 9 malam then habis pukul 11 . masa masuk tu , seperti biasa laa bila tengok cerita cina majoriti nya memang cina laa yang tengok . kiteorang je kot satu satu nya orang melayu yang layan citer nie . tapi best jugak laa , kelakar sebab ada pelakon india dan melayu kita yang berlakon . nama dye taktau , haha .




hari keduanya , kiteorang pergi jalan jalan jugak sambil cari ole-ole untuk family and kawan kawan . tapi yang tak bestnya tak dapat masuk kat outdoor tu laa . sebab kat situ lagi banyak ole-ole yang comel and banyak choice . nak buat macam mana kan , dah tak ada rezeki . kiteorang beli je laa apa yang dirasakan comel dan bole dibuat gifts . tu pun dah last minit pergi shopping , asyik jalan je sampai lupa nak beli benda tu semua . nasib baik laa sempat , tapi tak puas laa , ishh ! and sorry jugak pada kawan kawan aku yang tak dapat gift dari aku , may be tak sempat atau dah pokai , haha . dah malas nak cerita panjang panjang , korang usha je laa gambar gambar nie :)


 tengah tunggu turn nak naik solero



























hadoi muka aku , haha 


pukul 12.50 , nak tengok wayang *mata macam puntianak harum sundal malam 





m&m kegemaran encik eym 



























baju dorang sama weyh , jeles aku 























boikot , dah nak balik pon tak bukak tag tu lagi





dah nak balik pon 


byebye :)



p/s : thanks for reading , teruskan menyokong blog sikenitkieka.blogspot.com :)


Wednesday, December 14, 2011

best giler bila dapat bercuti setahun sekali ( part 1 )




assalamualaikum




wahai rakyat malaysia , dengan ini beta ingin mengisytiharkan bahawasanya beta telah pergi bercuti di LONDON *oke fine , aku tipu . tak laa tak laa . sebenarnya i pergi GENTING HIGHLAND je pun , haha saja nak gebang lebih . well , u know me kan ? aku pergi bercuti minggu lepas selama dua hari satu malam bersama tiga orang kawan ku yang comellsss iaitu encik eym , babe amira and amir . dah lama benor kiteorang plan menatang nie . dari bulan sembilan kot . lepas tu asyik postpone je . ingat kan dah tak jadi , so buat bodoh je and finally jadi jugak . macam tak percaya je kiteorang pi holiday bersama sama kan .




act kiteorang baru plan betul betul minggu lepas , tapi plan pon macam tak ada perasaan , sebab time tu masing masing busy dengan keje laa , study laa . so banyak plan dalam fon je . then hari jumaat kaum lelaki pergi beli tiket bas . yess , kiteorang pergi naik bas je . sebab fikir keselamatan , penjimatan dah keseronokan yang bakal kiteorang semua hadapi . malam jumaat tu terus pergi shopping kat uptown *tak mampu nak beli mahal mahal . habis shopping terus balik rumah , lepas tu tengok jam dah pukul dua . kemas barang semua habis pukul tiga then terus tidur .  yaww , pukul 5 nak kena siap dah . gerak pukul enam pagi . awal giler gerak kan . sebab kiteorang gerak dari shah alam , tak balik puchong . dengan nak naik ktm nya lagi , so buat persediaan awal dengan bergerak seawal mungkin . yeah , keputusan yang tepat .




pukul lima bangon dengan penuh semangat waja terus mandi , siap siap , mekap sikit , lilit lilit shawl jap then terus bla . driver dah sedia menunggu untuk bergerak ke batu tiga . sampai kat ktm pukul enam setengah kot . then ktm sampai dalam pukul tujuh lebih kalau tak silap . kiteorang sampai kl sentral pukul tujuh setengah and terus pergi sarapan . sempat laa jalan jap sementara tunggu bas , bas kiteorang pukul lapan setengah . excited giler laa laa time tu , aku lagi laa excited lebih , macam tak percaya je plan menjadi . tu laa yang bestnya plan macam nie , tak payah nak plan semangat sangat , nanti apa pun takde . plan ala kadar je , mesti jadi , selalu macam tu laa .




naik je bas , lagi excited kot . senyum je kan . walaupun time tu semua mengantuk act , tapi excited punya pasal , mengantok semua tolak tepi . janji dapat pergi holiday kat genting highland . sebenarnya aku baru first time pergi tempat nie . sadis sungguh , selama lapan belas tahun aku hidup dan ini lah kali pertama aku menjejakkan kaki kat genting * sila ketawa tanda mengejek . sebab tu laa aku punya excited tu terover dos . oke , sambung balik . kiteorang sampai sana pukul sembilan setengah , sejam je pun naik bas . then naik cabel car * nie pun fiest time jugak . haha , kesian aku . bila sampai je kat atas , aku pon macam ' wow , akhirnya aku berada di genting *perasaan seolah olah berada di london . dengan kabus yang tebal , sejuk nya . dan macam mana aku bole lupa bawak jaket , aku pun tak tau , nasib baik lemak lemak tepu di perut dan pehaku dapat mengatasi kesejukan kat sana . kebal tak lemak aku ?




best giler laa aku rasa buat orang yang batak macam aku nie , yelah baru first time kan . korang kena faham perasaan aku yang rasa macam nak menjerit sambil lompat lompat dan berkata ' bestnya genting highland , next time nak datang lagi laa ' . tanpa membuang masa sesi photography pun bermula sebagai bahan bukti yang kiteorang pergi holiday . game pertama yang kiteorang main ialah yang kapal ayun ayun tu . entah apa laa nama dye . aku tak notice pulak . yang aku tau aku nak main semua . hohoho , tamak bukan ? macam berani sangat je nak main semua . memang aku takut sebenarnya , tapi aku nak main jugak . haa , nampak tak permainan dye . tapi satu game nie memang tak bole bla betul . aku dengan eksennya ajak encik eym and babe amira naik solero ke hape nama nya . * seperti biasa kau memnag takkan amik tau nama nama menatang nie . game yang naik atas pastu dye turun bawah dalam beberapa saat je tu . tau kan kan ? 



nie laa yang dimaksudkan .


time tu aku poyoronos ajak encik eym naik benda nie sebab dye macam takut je . baru main sikit dah pening pening , tujuan aku saja laa nak dajal dye kan . setelah beratur panjang sampai laa turn kiteorang . aku pulak yang cuak , macam takut je . aku pun ambik tempat dengan muka selamber radak .  then bila menatang nie naik aku tanpa sedar telah menyebut 'ohmygod ohmygod ohmygod ' entah berapa kali . lepas tu dah sampai atas aku ingat bole tak sedar , ingat tak sampai lagi . lepas tu time dye turun tu , ya allah . rasa macam nak gugur jantung . rasa macam terjun dari bangunan laa . sebab kita terapung kan , tak rasa duduk pun . muka aku tak payah cakap laa . macam nak menangis je . yang pelik nya semua orang jerit . aku je diam . haha , rasa tak pelik tu . yeah , aku memang pelik sikit . orang kalau takut menjerit . aku lain , kalau takut aku tak bole jerit . aku diam je macam orang tak ada perasaan .


before gerak * aww , comelnya stokin aku 


marilah berdoa sebelum makan :)
























tujuh setengah pagi















































mereka :)















































genting highland


muka mintak simpati




muka pujuk laki balik

tak bole excited lagi ke ?



sepuluh pagi 

tunggu turn nak main buai laju laju 

walaupun takut , kita senyum je haha

jaket tu sumpah busuk !



p/s : tunggu part 2 yea , penat upload gambar banyak banyak . naik berpinar mata aku .

Thursday, December 8, 2011

ombak rindu yang begitu berpengaruh



assalamualaikum




hye kawan kawan ! dah tengok movie ombak rindu serindu rindunya ? i mean ombak rindu , hehe . mesti ramai yang dah tengok kan ? saya pon dah tengok , wee . aku rasa cerita nie sangat berpengaruh kepada rakyat malaysia sekarang . pergi sini ombak rindu pergi sana ombak rindu . semua orang dok cerita pasal ombak rindu . bukan senang nak tengok cerita melayu kita nak meletup cenggini ye dok ? so , memang hebat laa cerita nie sehingga membuatkan aku menempuh pelbagai dugaan semata mata nak tengok ombak rindu nie je . apa dia adik adik ? ombak rindu , yesss !




masa first day cerita nie keluar wayang aku dah berkobar kobar nak tengok . tapi tak dapat pergi time tu . so aku pergi time hari kedua or ketiga kot . aku pergi mid valley dengan encik eym serta kawan kawannya . aku dah semangat habis , sanggup meredah jam di tengah bandar sebab bak tengok cerita nie . ambik masa dalam satu jam jugak laa dari shah alam . sampai je mid valley terus serbu wayang dengan semangat berkobar kobar . tapi malangnya tiket habis dijual . sold out kau tahu ? lepas tu aku mula laa frustated kan . nak buat macam mana kan . redha je laa . lepas tu balik macam tu je . bersusah payah redah jam nie , sampai lenguh kaki aku walaupun bukan aku yang drive , hahahaha .




hari berikutnya , tetap tak putus asa nie . aku pi pulak dengan encik eym , babe amira dan amir . kiteorang pergi mid valley lagi sekali . kali nie lagi penat rasanya sebab kiteorang naik ktm . korang kan tau ktm nie tersangat laa laju sampai aku rasa nak tercirit menunggu kau . takpe laa . demi ombak rindu , sanggup ku redah jua , ecehh . perjalanan dari shah alam ke mid valley mengambil masa lebih kurang 3 jam . kejap je kan ? sampai mid terus serbu wayang . yesss , tiket sold out jugak . bahagia betul aku . tapi semangat tu still ada , so kiteorang pi cari kat the garden pulak . memang tak ada laa kan . it's okay , usaha tangga kejayaan katanya *tangan di dada , mata ke atas .



lepas tu dah taktau nak pi mana . then kiteorang pi mengisi perut yang dari pagi tak makan lagi . lapar giler doe . seterusnya , kami membuat keputusan untuk berpatah balik ke shah alam . dari mid pergi kl sentral pergi batu tiga ambik cab dan menuju ke jusco bukit raja pulak . sabar je laa . macam macam dugaan . memang aku berusaha keras nie . time tu hujan pulak . redah lagi . dengan pakcik pakcik teksi yang buat perangai , sesuka hati menge-pau student seperti kami . rasa macam nak cungkil lubang idong dye . amekaw ! setelah sampai nya kami di jusco bukit raja , dan akhirnya kini pasti * sila nyanyi lagu anita sarawak . finally ada jugak tiket . rasa nak sujud syukur , haha . tiket pukul 10.30 , jadi kami bersiar siar dulu dengan senang hati :)




ombak rindu yang digila gila kan .


jangan panggil saya encik , panggil je saya abang . walaweh , sweet giler laa kau .


cantik dress up dye , especially baju tu .


kau ada ? haha


ending yang best :)



kesimpulannya , cerita nie best sesangat laa . ada sweet , ada sedih , ada jahat and macam macam lagi . tapi bab sweet tu , memang sweet sangat laa . encik eym sempat berpesan , jangan nak berangan laa katanya . tau tau je budak nie . habis angan angan aku . tapi sedih laa , sampai mengalir ngalir air mata encik eym *betul laa kot . tak tahan tengok aaron aziz nangis . sangat berpuas hati sebab akhirnya dapat jugak tengok ombak rindu , walaupun sit kiteorang punya laa depan . duduk barisan kedua tu . mendongak laa kiteorang tengok , lenguh jugak laa kaki , pinggang , leher serta bon aku , haha . dan hasilnya kiteorang sampai rumah pukul 2 pagi . penat sangat lepas jalan seharian .



Tuesday, December 6, 2011

purple yang cantik menarik tertarik



assalamualaikum



weyh korang , baca balik title aku nie . haa , macam semangat lebih je kan . yea , seperti yang korang tau , aku nie memang fanatik dengan colour purple . aku minat colour nie sejak sekolah rendah lagi . bukan colour nie je laa . aku minat jugak colour pink and kadang kadang coklat . bergantung pada sesuatu barang tu laa . tapi fanatik habis kat warna purple tak dapat dibendung lagi . aku pun tak tau kenapa . kalau bole semua barang aku nak warna purple . dulu aku pernah buat jugak masa form 3 . barang sekolah aku semua nak purple je . dari beg sekolah , pencil box , botol air , jam , purse dan banyak lagi laa . time tu memang giler habis nak pakai semua purple .




now , aku nak tunjuk kat korang benda benda yang berwarna purple . ohh , sungguh comel dan rasa rompak barang barang nie di kedai yang berhampiran . ehh lupa nak bagi tau perangai aku yang pelik sikit nie . aku kan kalau nampak je orang ada barang yang berwarna purple aku mesti rasa nak marah walaupun orang tu aku tak kenal . seolah olah ada je syaiton yang mengapi api aku time nie . yang salu bising kat aku time perangai aku nie datang adalah kakak aku . aku rapat ngan dye , and banyak benda jugak laa aku cerita ngan dye . almost everything rasanya . lepas tu dye mesti cakap , biar laa dorang suka colour purple , kau ingat warna purple tu kau punya ke ? sekali kena sound setepek *rasa macam kepala otak aku ditumbuk tumbuk tanpa belas kasihan . lepas tu baru boleh berfikir secara normal . betul laa tu kan .




ohh , laptop idaman . bilakah aku dapat memilikimu ?




OMG , duadua colour favorite . tapi purple lagi cantik :)


alahai kasut , kenapa kau cantik sangat ?


wow , sumpah lawa giler .


yeah , purple domo . tapi kenapa bulu awak macam biri biri ? *konpius


Friday, December 2, 2011

Belajar main roller blade



hye dan assalamualaikum semua .



korang pandai main roller blade tak ? aku rasa mesti laa pandai kan ? aku yang terkial kial lagi . yess , aku ta pandai main langsung oke . first time masa aku try dulu masa aku darjah enam kot . time tu seronok tengok orang main , so aku pun nak mencuba laa . then aku pun try pakai and confident habis yang aku bole main dengan baik . sekali frustated menonggeng tertonggeng  sebab nak berdiri pun aku tak lepas . huh , buat malu kaum . lepas tu aku terus mengangkat bendera putih sebagai tanda mengalah . lepas pada tu aku confident lagi , tapi kali nie aku confident yang aku tak bole main roller blade , haha .



tapi entah kenapa sejak beberapa hari yang lalu *tak boleh skema lagi ke ayat ? aku rasa macam teringin sangat nak belajar main menatang nie . mungkin sebab encik eym ajak aku main ice skating kot . dye paksa aku oke . katanya kat sana nanti bole belajar . silap silap kau yang belajar gelakkan aku dua puluh empat jam . tak ke malu aku dikhalayak ramai nanti . tapi dulu aku pernah je gelakkan orang yang baru belajar main ice skating nie *rasa bersalah pulak . biasa laa kalau orang baru belajar mesti akan main kat tepi tepi je . satu hari tu aku tengok ada orang arab kot baru belajar main . dye ada tiga beradik . so dorang nie always bersama sama main kat tepi je . lepas tu aku tengok dorang dah mula berpisah . yang adik dye try laa main kat tengah , lepas tu dye tak berani kot . then dye terus berlari ke tepi semata mata nak capai tiang kat situ . korang bayangkan , dye lari macam orang tengah joging dengan kasut yang macam tu . sumpah kelakar giler . aku time tu gelak tak ingat laa . sampai orang sebelah aku dok usha je . haha , padahal aku lagi tak pandai main :P




oke , sebab aku takut nanti kena paksa main ice skating , so aku buat keputusan nak belajar main roller blade dulu . sebab aku rasa konsep dye sama je kan . cuma ice skating kita meluncur di atas ice . then hari tu encik eym ajak pergi taman bukit jalil untuk main blade . aku semangat giler ahh kan . sebab dah plan lama act . baru hari tu jadi pergi . bangon tidur je aku terus siap siap . cepat pulak aku siap masa tu . selalu encik eym sampai pun aku tak siap siap lagi . haa , nampak tak aku punya semangat tu ? 



sampai sana aku tengok ramai laa jugak orang sebab time tu public holiday , dulu pergi orang tak ramai sangat . beruk banyak laa . time tu aku suruh encik eym yang main dulu sebab ramai orang . malu laa aku . dah laa baru nak belajar , kang jatuh tak ramai laa pulak tengok aku kan . then encik eym main laa dulu . dye ajar aku itu ini dan bla bla bla . dye punya laa berlagak , turun bukit tak nak aku tolong nie . mula mula oke laa , sampai je bawah tak tau nak brek . lepas tu jatuh tergolek atas jalan . nie lagi malu , haha . orang yang ada kat situ terpinga pinga tengok dye . nasib baik bukan aku yang jadi macam tu , bole patah pinggang ohhh .



finally kitaorang pilih nak main blade kat bawah , sebab kat taman tu ramai sangat orang dan banyak bukit . so agak bahaya untuk beginner macam aku . dah siap pakai kasut , aku ingat aku still tak bole berdiri macam dulu . tapi kali nie lain , aku dah bole berdiri . OMG *sambil kipas kipas muka . padahal baru bole berdiri tu . then try laa nak jalan jalan pulak . haa , tang nie susah sikit . berapa kali aku jatuh . tapi tak putus asa nie . semangat kan ? try laa berkali kali , jatuh pun berkali kali laa jugak . aku rasa penat jugak laa main benda nie . even tak gerak sangat pun . dye punya berpeluh tu macam lari pecut 500 meter . tu dye , lenjun jugak laa aku . dan lepas tu aku balik dengan cenderahati lebam lebam di lutut . yeah , cubaan yang berani kieka .



untuk meraikan pembelajaran aku masa tu *sebab dah bole main sikit sikit . kitaorang pi laa makan aiskrim nak hilangkan penat tu sikit . hee , aku kena banyak berlatih nie . nanti bole pi main ice skating pulak . tapi aku takut aku pulak yang kena gelak macam aku gelakkan budak hari tu . hahaha , mintak dijauhkan laa *baru kau tau rasa ye . best tengok orang main ice skating . selalu aku tengok dari atas je . macam macam orang aku pernah tengok . tapi aku tengok yang tak tau main pun sekejap je dye belajar , lepas tu dah pandai main . tak ada laa pro sangat , tapi bole laa bergerak jugak kan .

























sifu saya .























cubaan pertama .




cubaab demi cubaan .










mereka ikut bersama .

























mari meraikannya bersama saya :)


p/s : alamak , tak siap lagi nak pi kelas . byebye .