Wednesday, November 30, 2011

Puss in boots yang syok habis



assalamualaikum and hye readers :)




minggu lepas cousin aku datang rumah dengan datuk dan nenek aku . then nak tinggalkan cousin aku kat sini . menghabiskan cuti panjang dye kat rumah aku kot . dye baru habis UPSR , baru laa jugak kan . so congrats to him . nama budak nie afiq , and aku rasa dalam banyak banyak cousin dye paling rapat dengan aku kot . apa apa rahsia selalu dye cerita kat aku . aku pon banyak bercerita dengan dye jugak . yang bestnya budak nie , badan dye kecik macam lidi je , tapi otak dye brilliant oke . pandai budak nie , lagi satu kalau dye cakap tu , mak aii rasa macam cakap dengan orang dewasa laa bhai . fikiran dye matang walaupun umur dye baru dua belas tahun . and tak lupa jugak , kalau aku balik kampung dye selalu ajak aku pi makan KFC *aku sorang je tau , sneak out laa . and dye jugak yang selalu belanja aku , hahaha . nie aku aku suka . budak nie kaya woooo . sentiasa murah rezeki , ada je orang nak hulur duit kat dye .



hari tu aku ajak dye keluar , saja bawak jalan . mesti dye boring duduk rumah je . aku nie lesen P tak dapat lagi , kalau tak dah lama aku bawak dye jalan sini sana . tapi tak kot . well , you know me . aku mana ingat jalan jalan nie , apatah lagi nak ambik tau kan . memang tak laa derr . tapi aku ada impian jugak sebenarnya nak bawak family aku jalan jalan . time tu mak aku tak payah drive , duduk relax buat taik mata je . celik je dah sampai . tapi tu laa masalahnya . nak test JPJ pon aku tak ingat jalan . walaupun aku rasa aku dah lalu jalan tu dekat sepuluh kali kot . macam mana tu ? 



oke , back to the story . melalot dah nie . aku bawak dye jalan kat mall sambil cari birthday present untuk kakak aku hari tu . mula mula pi makan dulu . budak nie makan time breakfast je . padahal time kiteorang keluar tu dah pukul enam petang kot . tapi dye buat muka dono je . tak lapar ke kau ? dye nie memang susah sikit nak makan . sebab tu badan cekeding . dah abis makan dye ajak aku tengok wayang cerita puss in boot . mula mula aku dengar , aku tak tau pon cerita apa . sebab aku dah jarang tengok tb , paper lagi laa aku tak baca . beriya benor dye nak tengok . lepas tu dye cakap ' jom laa kak , afiq belanja ' . yess ! nampak tak keakraban kami *buat muka comel sambil jelir lidah . cerita nie 3D so agak mahal . aku tambah laa sikit duit .




masa kiteorang tengok pun memang full laa . ramai betul orang . kiteorang amik sit yang kat tepi je . sebab kat tengah full . tak kesah laa kan , janji dapat tengok jugak . nie first time aku tengok wayang 3D ohh , before nie ada laa cerita senario yang kat tb tu . ingat tak , yang zaman zaman tok kadok tu . time tu aku kecik lagi laa . nie tengok kat wayang rasa real giler laa . macam dye keluar dari screen tau . real laa kan . korang faham tak aku cerita nie ? cerita dye pasal diorang percaya dengan kacang ajaib . kacang yang bila kita tanam dye akan tumbuh sampai setinggi langit tu . macam cerita dongeng jack dan kacang ajaib kot , kalau tak silap . so dorang berebut rebut nak kan kacang tu sebab dekat atas langit tu akan ada telur emas . kalau dapat sebijik pun dah bole kaya raya . and lepas tu ada laa macam macam konflik , kawan makan kawan , kasih antara ibu dengan anak , cintan cintun and macam macam lagi . aku dengar cerita nie gabungan pengarah daripada cerita shrek dengan kung fu panda . apa apa pun , puas hati laa tengok cerita nie . best !





yeah , ini laa yang dimaksudkan .



amboi , muka kau . tak bole kerek lagi ke ?


kucing pon bercinta tau .


ngan dak afiq . time raya nie .


Tuesday, November 29, 2011

Happy birthday to my lovely sister .


happy birthday to you ,
happy birthday to you , 
happy birthday to kakak ,
happy birthday to you !



allah selamatkan kamu , 
allah selamatkan kamu ,
allah selamatkan kakak ku sayang , 
allah selamatkan kamu !



poom poom poom ! *percikan bunga api . haha . hye , today birthday kakak saya yang pemalas ,   toing ! *kena ketuk kepala . semalam aku ngan cousin pi menjelajah seluruh dunia *tipu .  mencari hadiah budak nie . punya laa sakit kaki aku . dah laa pakai heels . menapak ntah berapa kilometriko , sambil memecahkan lemak selepas makan pizza sebanyak tiga potong . banyak bukan bagi seorang perempuan seperti aku ? yeah tank aku sangat besar . memang dah lama aku mengidam nak makan pizza *bukan mengandung ye . sejak berbulan bulan yang lalu . and baru sekarang dapat . so memang makan mengikut hawa nafsu laa kan .



oke , hari ini birthday kakak aku yang ke dua puluh dua tahun . dah kertu dah kau ye . semoga panjang umur , dimurahkan rezeki *ayat yang biasa kita wish kalau malas nak fikir kan . tak ada ayat lain ke ? semoga kau menjadi lebih dewasa , ecehh macam geli je ayat aku nie . dan semoga kau lebih rajin memasak di rumah ini . hik hok hik hok *sila ketawa ala ala keldai . lagi apa ehh ? urm , semoga kau rajin rajin laa menghulur duit kat aku , haha . aku kan student , mana laa ada duit . kais pagi makan pagi , kais petang makan petang . malam tak makan ke ? tak kais pon ? haha , malam diet , tettttt ! apa apa pun semoga kau sihat sihat selalu , jangan gatal mulut makan benda benda yang kau tak bole makan . seperti meja dan kerusi . kadang kadang aku tengok kau , kalau lapar tahap babun , kau dok gigit gigit meja makan kat rumah tu . hahahaha . gurau je :P



ini laa Nurlina Dayana , kakak saya :)



p/s : nie gambar tahun lepas kot . gambar celebrate tak ada yang superb laa .

Saturday, November 26, 2011

"GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE



Assalamualaikum








tadi pergi melawat blog kak irine , then terjumpa contest nie . before nie memang tak pernah nak join apa apa contest . nie first time . tiba tiba macam memanggil manggil pulak untuk join contest nie . kieka nak try produk nie sebab bila tengok testimoni orang yang dah try , semua cakap bagos , ada perubahan dan macam macam lagi . lagi satu kieka suka kopek jerawat then lepas tu jadi parut . memang susah laa nak hilangkan lepas tu . boleh hilang act , tapi take time laa . bila keluar je rasa tak confident sebab muka berparut . tengok kulit orang lain licin je . nak kulit macam tu boleh ?


p/s : semoga rezeki berpihak kepada saya . peace :D

Wednesday, November 23, 2011

rasa kecewa bila tidak dihargai



assalamualaikum



yeay ! semalam malaysia menang dalam sukan bola sepak menentang indonesia . aku tengok bola laa bhai . *sila percaya . act bukan aku tengok sorang . aku tengok dengan housemate aku yang begitu emotional . especially babe amira yang dok menjerit tak ingat dunia . sebok dok marah marah pengadil yang tidak terlihat keadilannya disitu . disamping kawan kawan yang lain sebok dok menghentam sorang housemate aku yang berketurunan indonesia nie . kesian pulak aku tengok . *tapi aku ada bahan sikit kot :P



setelah sekian lama menanti malaysia menjaringkan kan gol yang seterusnya , akhirnya gol jugak . walaupun penalti kan , bole laa tuh . kiteorang jerit dah macam kena histeria . riuh rendah laa apartment aku nie . tak cukup meriah lagi tu . kami menambah lagi kemeriahan dengan bergendang menggunakan baldi . * bergendang seperti tarian bangra sedang berlangsung didepan mata . nampak tak meriahnya disitu .



oke , aku dah terpesong jauh nampaknya . bukan nak cerita pasal bola . sebenarnya aku terkilan plus kecewa dengan kawan aku yang berat mulut nak ucapkan terima kasih . padahal aku dah tolong dye kot . bukan aku mintak kau duit RM juta juta pon . at least ucap laa terima kasih bila orang dah tolong . bukan susah sangat pon kan . cuma dua patah perkataan sahaja . T-E-R-I-M-A    K-A-S-I-H . senang je kan ? nie aku rasa macam buang masa pulak bersusah payah nak tolong kau . rasa macam pertolongan aku tu tak dihargai sama sekali tahu .



bila kau rasa nak mintak tolong baru cari aku . kalau tak , tak ada laa kau nak cari aku kan . nak tegur pon susah biasanya . sebab aku fikir kau nie kawan aku je aku tolong , kalau orang lain dah lama aku biarkan aje . apa kau rasa kalau orang buat kat kau macam tu ? mesti sakit hati kan . belajar laa appreciate orang sikit . baru laa kita akan dihargai di kemudian hari . aku tak marah , cuma terkilan je . sorry laa kalau ada yang terasa .


Tuesday, November 22, 2011

ular tedung besau gilak !



assalamualaikum .



nak tengok tak ular tedung yang besar tak hengat punya . aku tak tau laa dye makan apa sampai gemuk dan panjang lagu tu . seram mak tengok nyah . *bajet jumpa depan mata . malangnya pihak bomba tak dapat memberkas ular tedung sena ini dan ia masih hanging out kat putrajaya presint 15 . takot tak ? padahal aku baru je lepaking kat putrajaya . tapi aku tak tau laa aku pi presint berapa . as usual aku takkan ingat jalan dan tak ambik tau pon . sebab aku memang pelupa . kalau encik eym dan kawan kawannya tipu aku pon , aku still akan iyakan aje . *kadang kadang aku rasa aku nie agak lurus jugak .







image nak besau je . saje kasi korang takot sikit :P



jadi berhati hati laa bila berada di putrajaya . sebab ular nie sangat besar . kang tak pasal pasal kena ngapp mak tak tanggung nyah . *ular nie makan orang ke ? wallah hu alam .


Sunday, November 20, 2011

Rahsia Surah Al-Kautsar


assalamualaikum .







Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.




p/s : renung renungkan dan selamat beramal :)


Wednesday, November 9, 2011

setiap yang berlaku ada hikmahnya .



assalamualaikum .




setiap yang berlaku ada hikmahnya bukan ? cuma kita je yang tak tau . kadang kadang kita dah plan itu ini , dah siap berlakon bagai kat rumah nak buat macam mana , lepas tu nak buat macam nie macam tu , nak bawak apa ? tapi last last semua tak jadi . pernah tak rasa macam tu? semestinya bila something yang kita dah plan lama tu tak jadi,  kita akan kecewa sangat sangat .lepas tu kita akan cakap ' kenapa laa jadi macam nie ' betol tak ? normal laa manusia macam tu kan . tapi sebenarnya tak baik kita salahkan takdir . semua tu sudah diatur oleh yang Maha Esa . Dia yang mengaturkan jalan hidup kita . dan kita sebagai umatnya kena laa redha dengan apa yang terjadi .



tapi , tu laa orang kata . jangan plan something tu beriya sangat . nanti apa pon tak jadi . kita pulak yang kecewa . then mula laa salahkan takdir kan ? sama laa macam kita nak pergi mana mana . contohnya nak pergi holiday laa katakan . kita dah happy gila kentang nie . dalam perjalanan kita dok sorak sini sana , gelak tak ingat . happy laa katakan . lepas tu balik bawak berita sedih . pernah dengar tak cerita macam nie ? by the way , aku selalu dengar benda macam nie jadi . mak aku pon selalu pesan kalau nak pergi mana mana tu jangan seronok sangat . takot benda yang kita tak nak tu laa yang jadi .



aku rasa kalau nak plan tu , kita plan biasa biasa je . tak payah melampau sangat . sebab akhirnya kita pulak yang kecewa . lepas tu mula laa moody je . asyik terfikir kenapa tak jadi . sebab aku pon pernah lalui benda nie . tapi sekarang dah kurang kot nak plan beriya sangat . takot tak jadi . selalu tak plan langsong pon nak pergi mana . bila terfikir terus jumpa and pergi macam tu . macam semalam , aku pergi jumpa encik eym , pergi makan . lepas tu tak semena mena dye suruh aku bawak motor dye . aku mana laa reti bawak motor . mesti korang cakap 'ek eley , motor pon tak reti bawak ' .  betol tak ? haa aku dengar korang cakap tu . nasib baik laa encik eym bawak skuter , bole laa jugak berjalan . tapi dye yang ajar aku . masuk jalan nie , jangan laa masuk laluan orang , haha . aku dah gelabah , tangan sampai sejuk , kau sedap je duduk belakang kan ? 



p/s : all the best encik eym for your test esok . 


Tuesday, November 8, 2011

deng ! tak berbaloi baloi laa .


assalamualaikum



lama rasanya tak tengok wayang . bukan setakat wayang je , tv tak tengok , radio pon tak dengar . hanya online semata mata . so sekarang nie aku tak berapa tau laa berita tentang dunia nie . kalau korang tipu aku pon , aku percaya rasanya . hari tu aku pergi tengok wayang dengan encik eym , macam tak banyak cerita yang best . so aku dengan bangganya ajak encik eym tengok cerita Hong Kong Ghost Stories . tengok gambar macam best , sekali tengok macam apa je . 



aku tertipu sebenarnya , aku ingat tu cerita thailand ke jepun ke . sekali masuk tengok cerita cina daa . patot laa aku tengok ramai cina je yang tengok . yang cina cina tu pulak usha aku pelik je . yelah , dah laa aku pakai tudung kan , lepas tu tengok cerita cina , macam pelik je . nasib baik laa ada akak belakang aku tu melayu . pakai tudung jugak . so bole cover sikit laa . kalau tak aku rasa nak keluar dah . segan babe .






haa , nie nak komen sikit pasal cerita nie . aku memang tak paham apa yang dye nak cerita . encik eym pon tak paham . akak melayu tu aku tak sure laa paham ke tak . boring gler kot . tapi ada kelakar sikit . kalau aku nie cina may be best laa . lepas tu hantu dye tak seram langsung , haha . nak tergelak pulak aku tengok . hantu dye just mekap darah darah then mata macam lebam and merah je . tu pon aku tengok budak budak tu dah takot kemain . aku rasa kalau diorang tengok  ' Jangan Pandang Belakang ' bole demam seminggu kot .



p/s : tu laa yang aku rasa macam membazir gler tengok cerita nie . dah laa tak paham , boring pulak tu . haish, nasib baik laa bukan duit aku . haha . encik eym yang belanja . thanks yea encik eym .


Monday, November 7, 2011

amboi , meriahnya !


assalamualaikum 



apa khabar semuanya ? ada baik ka takda baik ? hari ini berapa hari bulan ye anak anak ? huh , taktau ? tak sekolah ke hape ? *macam dengar je korang jawab apa kan . pang skali ! oke . hari ini 6 hari bulan november tahun 2011 . hari ini Hari Raya Aidiladha kan kan kan ? tahun nie punya raya haji macam meriah sikit kot . sebab aku ngan mama masak nasi impit ,  rendang ayam dan juga kuah kacang . *sebelum nie tak pernah buat ke hape ? syahdu sungguh . so macam terasa laa raya haji tahun nie . ada makanan seperti ini . tapi yang tak meriahnya , kitaorang tak balik kampung pon . ada laa sebab tertentu .



then yang meriahnya lagi , hari nie bangon pagi pagi lepas tu terus pakai baju kurung . semangat bukan ? tapi kalau encik eym tak kejot aku , aku still buat taik mata kot kat atas katil tu . dengan berkat gangguan dye mengacau aku tido dengan text aku tak henti henti suruh bangon . katanya tak baik raya bangon lambat . akhirnya aku gagal mengumpul lebih banyak taik mata hari nie , hahaha . lepas dah wangi wangian teros mekap takot mak aku bising pulak lambat gerak nanti . then melantak nasi impit dengan rendang ayam sikit lepas tu online pulak . saja nak wish selamat hari raya kat korang semua . suka tak ? haha .



dah siap semua tu , kitaorang pi banting rumah mak mertua mak aku , hahaha . aku tak rasa macam tu kampung je , sebab dekat sangat . salu balik kampung kat perak tu lama . dalam 3 jam setengah . kalau mak aku drift sikit dalam 3 jam pon bole sampai . oke dah sampai banting melantak lagi . tapi makan nasi pulak . then lepaking kejap lepas tu balik . sebab ada hal pulak lepas tu . nak tau tak ? kita kan dapat duit raya . heee :D . tu yang tambah meriah tu , hahaha . apa apa pon belum terlambat lagi kan untuk aku wish 




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Thursday, November 3, 2011

10 hari cabaran blog - day 10



10 final words



1 . yeay ! akhirnya berjaya menghabiskan cabaran ini .

2 . rasa bangga dengan diri sendiri .

3 . blog tak bersawang dengan ada nya cabaran macam nie .

4 . kalau busy macam mana pon , kena curi masa
semata mata nak siapkan cabaran nie .

5 . ramai jugak yang bagi sokongan untuk siapkan benda alah nie .
thank you so much .

6 . semakin hari semakin sayang dekat blog nie .

7 . kalau sehari tak ada entri baru rasa resah gelisah ,  tidur tak lena ,
mandi tak basah , makan tak lalu *tak lalu laa sangat :P

8 . dah sampai hari ke-10 , berokband pulak tak bole pakai .
rasa nak maki hamun je .

9 . esok nak pi joging *tak ada kena mengena pon act .

10 . teruskan menyokong kieka dalam dunia blogging nie :)



Wednesday, November 2, 2011

10 hari cabaran blog - day 9



10 ways to win your heart



1 . rajin melayan aku . sebab aku memang banyak kerenah :P

2 . kena spend time dengan aku selama mungkin *melampau kan ?

3 . main gitar lagu favourite aku , awww .

4 . buat jahat jangan sekali , buat baik berkali kali .

5 . boleh membimbing aku ke jalan yang benar .

6 . kena sabar dengan perangai aku yang macam macam nie .
*lagi lagi time babak memujuk tu :P

7 . pendengar yang baik .

8 . rajin solat :)

9 . tidak smoking *penting nie .

10 . mendahulukan perempuan dalam segala hal .



Tuesday, November 1, 2011

10 hari cabaran blog - day 8



10 of your favourite songs


1 . ku ukir indah namamu .

2 . sempurna  . lirik dye best sangat .

3 . hujan kemarin .

4 . aishiteru . dengar banyak kali pon tak boring .

5 . love story .

6 . yakin cintamu ku dapat .

7 . jar of heart .

8 . percaya padaku .

9 . sedetik lebih .

10 . cinta muka buku .



p/s : majoriti lagu yang pernah ada kat blog aku :)